Musim Durian Dah Maiiii. Dato’ Fazley Kongsi Petua Elak Panas & Tangan Berbau

Share
Sana-sini di laman sosial ramai yang muat naik gambar atau cerita makan durian. Musim durianlah katakan. Banyak gerai menjual durian di tepi jalan. Selebriti Dato Fazley Yaakob turut bercerita di laman sosial instagramnya mengenai durian. Jangan tak tau, hampir setiap malam Fazley dan keluarganya pergi cari durian. Perghhh betul-betul minat durian ni.

Minum air dari kulit elak panas

Sekarang ni memang musim durian, hampir setiap malam saya dan keluarga cari durian ?, anak saya #Piyashmemang hantu durian lah kan. Cuma kitaorang masih amalkan minum air dari kulit durian, untuk hilang bau dan kata orang untuk buang panas.

Cara elak tangan berbau durian

Tapi saya guna untuk cuci tangan jugak, sebab memang betul2 hilang bau!

Fazley suka udang merah dan blackthorn

Jenis durian pulak saya suka #UdangMerah dan ada orang kata #Blackthorn pun sedap? Anyways.. apa petua korang bila makan durian ni, cerita sikit?

Follower kongsi petua

Ramai pengikut instagram Fazley ni peminat durian jugak rupa-rupanya. Masing-masing nak share petua yang diamalkan selepas makan durian supaya badan tak panas dan tangan tak berbau. Maklumlah, bau durian ni memang tak boleh sorok langsung, kan.

Basuh tangan guna biji durian

 

Basuh tangan guna air garam

 

Letak tangkai durian dalam kereta

IKLAN