Selain langsing ketinggian bak model adalah bentuk tubuh yang diidamkan wanita. Tapi tak semua kita memilikinya.

Ada yang langsing tapi rendah dan ada juga yang rendah, berisi pula. Nak tinggi memang takkan boleh kalau usia dah mencecah 20 tahun. Jadi salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah membentuk ilusi kaki yang lebih panjang. Macam mana nak buat? Tipnya mudah saja.

IKLAN

Nak Tinggi Dah Tak Boleh Tapi Ini Caranya Untuk Ilusi Kaki Lebih PanjangLipat sikit bahagian hujung

  • Bila memakai seluar jeans terutama yang mengikut bentuk kaki, lipat sedikit bahagian hujungnya seperti di atas.
  • Pastikan anda tidak mengenakan seluar yang labuh meleret, hingga menutup tumit.
  • Pilih seluar yang berwarna gelap.
  • Jika anda selesa, ‘tuck in baju’ anda kerana baju yang labuh menutup sebahagian kaki dan menampakkan anda lebih rendah.

Kasut warna biar senada dengan kulit

Selain itu pastikan anda mengenakan kasut yang sesuai, dan ia tak semestikan kasut yang bertumit.

IKLAN
  • Ini adalah kombinasi jenis jeans/seluar dan kasut yang sesuai untuk anda pakai.

Nak Tinggi Dah Tak Boleh Tapi Ini Caranya Untuk Ilusi Kaki Lebih Panjang

IKLAN

Tip ekstra

  • Pilih kasut yang hampir sama dengan tona kulit terutama jika mengenakan skirt untuk membentuk ilusi kaki lebih panjang.
  • Banyakkan koleksi kasut stiletto atau runcing di bahagian depan.
  • Elak pakai kasut dengan tali yang bersilang-silang dengan bahagian buku lali. Ia akan menyebabkan anda nampak lebih pendek kerana kesan gangguan di bahagian kaki.

Sumber: Wikihow

Selain itu:  Jika Kereta Ditenggelami Air Banjir, Jangan Buat Satu Perkara Ini Supaya Kos Baiki Kenderaan Dapat Dikurangkan
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI