Anak Sulung Selamat Khatam Al-Quran, Pesanan Aidid Marcello Buat Hati Tersentuh

Share

 

 

Pada hari ini, tanggungjawab mendidik anak sebenarnya menjadi lebih berat kerana wujudnya pelbagai pengaruh negatif dari luar. Dasar langit terbuka, internet dan gajet boleh menjerumuskan anak-anak ke arah yang negatif jika tiada pantauan daripada ibu bapa.

Sebab itulah, mengukuhkan pegangan agama pada diri anak-anak perlu dilakukan sejak kecil lagi. Ibu bapa berperanan besar dalam hal ini. Salah satu caranya adalah dengan mengajak cintakan al-Quran dan perkara itulah yang dipraktikkan oleh pasangan pengacara  Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek.

Baru saja melangsungkan majlis khatam al-Quran buat anak lelaki mereka, Iman Marcello, melalui instagram Aidid yakin dengan didikan agama sahajalah anak-anak boleh membesar dengan lebih baik. Malah dia juga turut meninggalkan pesan untuk anak lelaki sulungnya itu.

 

 

Berat tanggungjawab nak besarkan anak

Hari ni daddy sedih + gembira dengan anak boy daddy @imanmarcello sebab pejam celik iman dah besar. Alhamdulillah lega mummy & daddy selepas iman dah selesai khatam Quran hari ni. Lega rasanya sebab salah satu tanggungjawab berat daddy & mummy utk besarkan iman dengan kehidupan berlandaskan Islam.

 

Iman memperdengarkan bacaan al-Quran.

 

Bacalah al-Quran sampai bila-bila

Daddy & mummy sentiasa mendoakan kejayaan Iman dan semoga hati iman akan sentiasa terang untuk terus membaca Al-Quran sampai bila2! Kerana seperti yg kita tahu, teman pengakhir kita, x kiralah dengan siapa sekalipun kita kawan, cable besar macamana sekali pun, pangkat apa sekalipun, akhir sekali, semua kawan2 dan pangkat kita, hanya tinggal didunia.

 

Doa supaya wujud rasa cinta dengan al-Quran

Manakala Al-Quran lah yg bakal menjadi kawan baik kita untuk membantu serta mempermudahkan segala perjalanan kita di alam kubur ?. Nasihat untuk saya sendiri juga, samalah2 lah kita doa supaya kita diwujudkan rasa cinta dan kasih dengan Al-Quran. Sepertimana kita resah x check IG & FB, macamtu jugaklah kita kena rasa resah kalau x membaca Al-Quran (susahkan nak buat?). Doakan juga utk keluarga saya semoga perjalanan keluarga kami sentiasa dibawah petunjuk yg benar, amin!! Salam utk semua!! #aididitagain #aididitmyway #aididmarcellostyle #aididmarcellofamily #khatamquran #khatam #quran #alhamdulillah #bangga #syukur #1stson

Makan dalam sungguh pesanan Aidid ni.

Sumber: https://www.instagram.com/aididmarcello/?hl=en

 

 

 

IKLAN