Banyak kediaman sekarang menggunakan pintu sliding. Antara masalah selalu berlaku bila pintu ini dah lama digunakan adalah pintu sliding jadi tersekat dan susah untuk ditarik atau ditolak.
Bagi mengatasi masalah yang biasa dihadapi ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Jason_jezi di akaun Tik Tok miliknya. Mudah saja rupanya untuk betulkan.
Ujarnya masalah pintu sliding susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu longgar mengakibatkan pintu sliding turun. Jadi lakukan perkara berikut;
1.Cari lubang skru di bahagian bawah pintu sliding kemudian ketatkan menggunakan screwdriver.
Ads
2.Apabila dah diketatkan pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah nak tarik.
Ads
3.Selain itu pintu sliding boleh jadi tersekat-sekat kerana ada kotoran seperti pasir pada rail. Jadi lap dan bersihkan kotoran.
Bila dengar rakan baru bersalin kita memang teruja nak pergi melawat. Tapi perlu diingat juga bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.
Oleh itu jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.
Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.
Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad ada 10 pantang larang yang perlu mereka tahu dan ikut demi kebaikan si kecil.
Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.
Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi? 🙂
Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.
Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.
Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana si ibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.
Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.
Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Siibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.
Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.
Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan si ibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.
Gunting bila dah lama simpan dan tak digunakan mungkin jadi tumpul. Potongan jadi tak cantik dan kerja pun jadi lambat.
Selalunya kita akan ambil tindakan beli saja gunting baru walau sebenarnya cara untuk tajamkan kembali gunting ini mudah sangat.
Ambil kertas pasir kemudian gunting menggunakan gunting yang tumpul. Buat potongan dari dalam ke hujung mata pisau. Lakukan dalam 10-20 kali. kemudian bersihkan gunting dari kerikil kertas pasir.
Cari botol kaca yang ada di rumah, sama ada botol kicap, cuka, balang dan sebagainya. Kemudian buka gunting seluas-luasnya dan letakkan mata pisau gunting pada bahagian kaca.
Lakukan gerakan seperti menggunting pada botol kaca tujuannya supaya mata pisau diasah pada botol kaca. Ulang sehingga mata pisau tajam. Boleh uji dengan menggunting kain atau kertas.
Cara ini sama macam kaedah kertas pasir. Ambil aluminium foil, lipat dua lalu buat potongan menggunakan gunting yang tumpul.
Gunting aluminium foil dari dalam hingga ke hujung mata pisau. Lakukan sehingga rasa gunting sudah kembali tajam.
Pastikan gunting sentiasa kering, rajin-rajinlah meletakkan minyak pada sendinya.
Asingkan gunting untuk kegunaan memotong fabrik, kertas dan sebagainya untuk mengekalkan ketajamannya
Ada orang yang alah bila makan ikan tongkol atau dipanggil juga ikan kayu serta ikan aya. Kulit jadi gatal-gatal.
Memang sejak dulu, orang orang tua kita mengatakan ikan ini ada bisa. Jika nak makan juga kena buang bisanya terlebih dahulu. Mungkin sekarang tak ramai yang tahu tentang petua ini.
Dikongsi oleh Asmimy Abu Bakar ini cara yang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk membuang bisa ikan tongkol.
Petua nak buang isi bisa dalam ikan tongkol/kayu/ aya. Petua ini arwah nenek yang ajar. Ada setengah ikan isinya bisa untuk sesetengah orang yang makan. Kadang-kadang boleh sebabkan kegatalan pada badan.
Selalu kalau siang ikan ini saja saya buat begini, sama ada ikan tongkol dan cencaru. Betul atau tak petua ni wallahhua’lam. Caranya boleh rujuk pada gambar.
1. Pegang hujung ekor ikan dan pusing ikut arah jam.
2. Kemudian tarik hujung ekor, isi bisanya akan tertarik keluar sekali.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...