
Pokok sayur dah tua tapi buah masih banyak bersusun-susun, sampai tak ‘termakan’ hasilnya. Rahsianya cuma guna baja organik buat sendiri dari kulit buah!
Ini merupakan perkongsian Ridzuan Khalid yang bercucuk tanam di kediamannya. Mempraktikkan penggunaan baja kulit buah ini, beliau turut berkongsi cara pembuatannya.
1. Boleh guna kulit buah seperti pisang, tembikai, mangga, limau dan sebagainya. Pisang lebam buruk pun boleh! Paling bagus kulit pisang.
2. Masukkan kulit buah ini dalam bekas, dan campurkan dengan air tapi tak perlu banyak kerana akan ada banyak air keluar dari kulit buah.
3. Masukkan gula merah.Kalau malas bancuh gula merah beli je molasses (gula merah lembu). Peram selama 2 minggu tapi pastikan buat lubang pada penutup botol kerana ada gas terhasil. Nanti meletup pula.
4. Selepas 2 minggu dah boleh guna, tapi sebelum guna tapis terlebih dulu.
6. Sukatan penggunaan, guna penutup mineral water letak dalam 3/4 penutup saja. Campur dengan air penuh botol 1.5L kemudian bolehlah siram 2-3 minggu sekali. Hasilnya boleh dilihat dalam 2 minggu.
Nota: Jangan buang hampas peraman pada pangkal pokok. Layu pokok nanti.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ridzuan Khalid
Mekanik Tukar Alat Ganti Suka Hati Hingga Kena Bayar Lebih- Peguam Kongsi Cara Ambil Tindakan

Isi Kandungan
ToggleMekanik tukar alat ganti sesuka hati tanpa izin dan akhirnya kita kena bayar lebih. Sepatutnya RM500, tiba tiba datang bil kena bayar RM1000.
Atau mungkin ada bahagian yang rosak sikit saja, tapi bengkel caj macam nak tukar enjin baru?
Situasi ini tak dinafikan memang berlaku, tambah-tambah pula di musim perayaan macam sekarang bila mana ramai yang ke bengkel servis dan baiki kereta sebelum pulang ke kampung.
Jangan diam kalau mekanik tukar alat ganti tanpa izin
Jika terkena di batang hidung sendiri, jangan diam diri! Menurut peguam Gandhi Panala, pengguna sebenarnya boleh buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sehingga RM50,000! Ya, sebanyak itu hak anda dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
“Mekanik tak boleh sewenang-wenangnya caj atau baiki kenderaan tanpa kebenaran pemilik. Jika ditipu, pengguna boleh tuntut pampasan dan tindakan pembetulan,” jelas Gandhi menerusi satu video di TikTok.
Ini cara failkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
Jadi, kalau kena tipu dengan bengkel, apa yang boleh kita buat? Ini langkah mudah untuk failkan tuntutan di TTPM:
- Failkan kes secara online di laman web rasmi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
- Sediakan bukti kukuh – laporan polis, resit bayaran, gambar atau video sebagai sokongan.
- Hadir ke tribunal pada tarikh pendengaran yang ditetapkan.
- Tak perlu peguam! Anda boleh wakili diri sendiri dalam tuntutan ini.
Jangan biarkan mekanik yang tak jujur ambil kesempatan! Hak kita sebagai pengguna ada, cuma kita kena tahu cara nak pertahankan. Dah terkena? Jangan tunggu lama, terus ambil tindakan!
@lawyergandhi Replying to @randa manis 🚗 Mekanik Tipu? Tuntut Hak Anda di Tribunal! Pernah kena caj melampau atau mekanik buat repair tanpa izin? Anda boleh buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan tuntut sehingga RM50,000 🔹 Hak Anda di Bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999: ✅ Mekanik tak boleh caj atau buat repair tanpa persetujuan anda! ✅ Jika ditipu, anda boleh tuntut pampasan atau tindakan pembetulan! 📌 Cara Buat Tuntutan di TTPM: 1️⃣ Kumpul bukti – resit, gambar, WhatsApp dengan mekanik 2️⃣ Fail tuntutan online di 👉 ttpm.kpdn.gov.my 3️⃣ Hadir ke tribunal pada tarikh pendengaran yang ditetapkan ⚠️ Tidak perlu peguam! 📢 Pernah kena? Komen pengalaman anda. Share supaya lebih ramai tahu hak mereka #HakPengguna #TribunalTuntutan #MekanikTipu #JanganKenaTipu #30hari30undang2 #lawyergandhi #ttpm ♬ like JENNIE – JENNIE
Baca artikel: 15 Perkara Asas Tentang Servis Kereta Kena Tahu Supaya Kita Tak Tertipu
Jangan Sesekali ‘Laminate’ Geran Tanah Untuk Pastikan Ia Selamat. Tak Boleh!

Geran tanah antara dokumen yang penting untuk kita simpan dengan selamat. Tapi jangan pula kita berlebihan dalam usaha memastikan dokumen ini tidak mudah rosak.
Antaranya seperti membuat kaedah laminate geran atau laminasi geran tanah. Tindakan ini tidak boleh dilakukan pada dokumen seperti geran tanah.
Menerusi hantaran tular, seorang peguam, Khalil Md Rofiee menyatakan tindakan laminasi pada geran tanah akan menyebabkan dokumen tersebut dikategorikan sebagai rosak.
Ini lima senario yang sering terjadi membabitkan geran tanah.
1. Geran tanah yang koyak, basah, dimakan anai-anai dan diconteng sudah dianggap rosak atau ‘total lost’.
2. Sekiranya rosak, perlu buat permohonan geran tanah baru yang mengambil masa sebulan.
3. Geran tanah sangat berguna untuk tujuan jual beli dan urusan pusaka selepas kematian pemilik kelak.
4. Terdapat kes pusaka yang sepatutnya selesai dalam tempoh dua bulan tetapi terpaksa tangguh sehingga hampir setahun disebabkan kerosakan geran tanah.
INFO
-Proses untuk menggantikan ini termasuk dalam Permohonan Hakmilik Rosak
-Tempoh Masa Proses Penggantian Hakmilik Rosak ialah Dua (2) Minggu.
-Hakmilik Rosak adalah merupakan hakmilik yang telah dianggap rosak akibat bencana atau dimakan usia atau telah di “laminate” kan.
-Permohonannya adalah sama seperti permohonan hilang dan pemohon perlu membawa hakmilik yang rosak itu ke jabatan ini untuk diproses permohonan gantian hakmilik.
Sumber: Mstar & Pejabat Tanah Galian Selangor
10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

Isi Kandungan
Toggle
Semua wanita idamkan dapur yang sentiasa kemas dan teratur. Tapi untuk mereliasasikan impian ini bajetlah yang jadi kekangan. Iyalah nak dapur kemas kenalah keluar modal beli barang untuk penstoran yang selalunya bukan murah juga.
Tapi kalau kurang bajet boleh ikut cara Dr Hani Mynis ini yang selalu saja berkongsi tip mudah uruskan kediaman. Menggunakan 10 barang dari kedai Eco RM2 saja pun dah boleh kemas.
1. Bakul
Bakul ialah barang penstoran kegemaran hani yang pertama. Hani suka gunakan bakul dlm satu2 ruang (rak atau laci) untuk cipta beberapa ruang. Tips hani utk beli bakul.
- Hani lagi suka bakul bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
- Untuk sesuatu ruang, pilih bakul yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
pilih sama ada bakul bertutup atau tidak mengikut keadaan ruang dan barang yang diisi dalam bakul
Bonus kalau dapat pilih saiz bakul yang ngam-ngan muat dalam ruang tu. Hani pernah kongsi tutorial macam mana nak beli bekas yang ngam muat dalam satu ruang tu sebelum ni.
2. Bekas ‘tipuware’
Barang penstoran kedua yg bagi hani pelbagai-guna ialah bekas-bekas tipuware. Kalau masuk Eco, memang rambang mata hani tengok bekas tipuware yang pelbagai bentuk, saiz dan warna. Sama macam bakul, ni tips hani masa nak beli bekas tipuware.
- Hani lagi suka bekas bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
- Untuk sesuatu ruang, pilih bekas yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
- Pilih bekas yang boleh ditindih (stackable) untuk menjimatkan ruang.
3. Botol rempah kaca
Botol rempah kaca ni bagi hani nampak mahal walaupun harganya RM2. Tambah-tambah dengan label. Tapi bahagian besi kat penutup nya cepat berkarat kalau tak betul cara penjagaannya. Hani dah guna setahun tapi so far masih ok tak berkarat. Ni tips utk elakkan penutup bekas ni berkarat.
- Bila lap dengan kain lembap (semasa nak bersihkan) wajib lap semula dengan kain kering.
- Jgn biarkan dia kering sendiri Jangan letak kat tempat lembap.
4. Bekas kedap udara
Hani guna bekas ni utk simpan pes yang Hani buat setiap hujung minggu. Bekas kedap udara ni buatkan pes lebih tahan lama. Hani guna utk pes bawang putih dan bawang putih + halia utk pes ni bertahan dua tiga minggu.
5. Rak pengetus pinggan
Hani simpan pinggan utk tetamu dalam ni supaya bila tetamu datang hani angkut dengan rak ni sekali g basuh dan susun semula kat dalam rak ni
6. Rak kecil
Rak kecil ni hani rasa sempurna utk tambah ruang penstoran kat sesuatu ruang. Macam hani letak kat atas sinki ni utk hani letakkan botol sabun dan aksesori sinki. Bahagian bawah hani letak bekas bekal makanan yg hani letak sabun dan span basuh pinggan.
7. Jaring besi, shook dan command hook
Hani gunakan utk sangkut penapis-penapis.
8. Magazine holder
Hani gunakan utk simpan aluminium foil, cling wrap dan ziplock hani. Hani tampal kat pintu tuk maksimumkan penggunaan ruang kat dapur hani. Magazine holder ni hani beli kat ikea tp baru-baru ni Hani nampak kat Eco pun dah jual.
9. Pants hanger
Untuk hani susun botol-botol kegunaan pembersihan dan pencucian.
10. Bakul magazine holder
Hani gunakan pants hanger utk sangkut plastik sampah yang jenis gulung. Supaya senang nak ambil. Dan juga utk jemur kain lap yang lembap.
Selamat mengemas ya!
Sumber: Dr. Hani Mynis