Ibu mana yang tak bangga anak cemerlang dalam pelajaran apatah lagi jika dapat straight A, aliran sains tulen pula.

Macam manalah mak ayah didik anak sampai dapat keputusan 11 A seperti yang tertera dalam slip itu ya?

Guru yang dikenali sebagai Ummu Al Fateh berjaya mencungkil tip  daripada ibu anak muridnya yang mendapat keputusan ini sewaktu hari bertemu ibu bapa di sekolahnya. Semoga perkongsian ini berguna kepada ibu bapa lain.

4 anak semua berjaya, begini cara didikan ibunya

Sis beruntung hari ni sbb dapat interview ibu kepada pelajar ini. Pelajar lelaki Melayu. Di saat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen. Alhamdulillah ada seorang yg bersinar.

So sis nak kongsi dengan rakan-rakan la kan apa tips maknya ye memandangkan semua anak nya 4 org berjaya (ini yg bongsu):

1) Anak-anak tak dibenarkan belajar dalam bilik masing. Semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu. Reason: duduk dalam bilik kita tak nampak dia buat apa. Betul ke tak belajar.

2) Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing-masing duduk di meja makan.

3) Pukul 10 masuk tidur

4) Tak benarkan anak-anak keluar rumah lepak dgn kawan. Hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan untuk melepak.

5) Keluar mesti dengan ibu bapa. Alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sendiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik utk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yg betul.

6) Ayahnya serius tapi baik, ayah tak pernah pukul/cubit anak.Yang dibenarkan mak sahaja.(ayah dia tunggu dalam keta tak dapat naik sebab parking penuh, rugi tak dpt interbiu sekali)

7) Kena mula dari darjah 1, pukul 8 mlm terus duduk di meja so dah terbiasa. Bila sekolah menengah dah tak perlu suruh, anak automatik pegang buku jam 8 malam.

8) Tak pernah pergi tusyen jika tak faham kena tanya kawan yg lebih pandai di sekolah.

Asasnya dari rumah, dari ibu bapa

Sis tanya lagi, anak puan ada diberikan handphone? Internet? Maknya jawab ya bagi cikgu. Petang-petang dia main game. Kena bagi jugak tak boleh sekat.

Saya faham dia remaja kita tak nak dia memberontak. Asal dia tak melepak sudah. Kawan-kawan dia dtg rumah kami main game tp anak saya takkan keluar dari rumah. Saya kenal semua kawan-kawannya.

Ayat last sekali maknya mmg power:

“Cikgu, apa-apa pun asasnya dari rumah dari ibu bapa. Sy tak boleh nak harapkan cikgu saja. Cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu.”

Sis angguk-angguk.Oooo..betul-betul. Tq puan sudi datang dan share dengan saya.Kirim salam ayahnya, humble ibunya,no wonder anaknya sangat menghormati guru

#hariterbuka
#cikgupunadaanak

Semoga perkongsian ini berguna untuk ibu bapa lain.

Sumber: Ummu Al Fateh

 

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: