Satu persatu kisah menyayat hati tentang keluarga mangsa nahas Lion Air yang terhempas baru-baru ini tersingkap. Terbaru perkongsian media di negara jiran Indonesia melaporkan satu keluarga turut terkorban dalam kejadian itu yang membabitkan 181 mangsa.
Rizal Gilang Perkasa Sanusi Putra, isterinya Wita Sriyani serta anaknya yang masih bayi Kyara Aurine Daniendra Giwitri, 15 bulan tersenarai dalam penumpang pesawat malang itu.
Gilang duduk di tempat duduk bernombor 22D sementara isterinya Wita pulang bersama anaknya Kyara di tempat duduk 22E.
Ads
Gilang merupakan seorang pegawai sebuah syarikat manakala isterinya Wita pula adalah seorang doktor gigi.
Tiga beranak ini terbang dari Jakarta selepas selesai bercuti. Gilang menyambung cuti untuk menghantar anak dan isteri pulang ke Pangkal Pinang.
Ads
Tapi ketentuan Ilahi ternyata itulah perjalanan terakhir mereka sekeluarga. Pemergian mereka ditangisi oleh keluarga dan juga mendapat simpati dari netizen di sana.
Budak kecil memang mudah ‘terkena’ gangguan makhluk halus. Sebagai ibu bapa, kena kena beringat apatah lagi kalau pergi ke lokasi yang selalunya menjadi port ‘kegemaran’ makhluk sebegini. Bagi seorang ibu yang menggunakan nama facebook Eida Hidayati Hassan, dia serik apabila anaknya menangis tak henti selepas pulang dari air terjun.
Jom ikuti kisah seram ibu ini yang viral di media sosial.
Pagi semalam family kak ida pi mandi air terjun di Tupah SP Kedah. Serius kak ida jarang pi tempat macam tu.memang dah lama tak pi.. bila dok bincang nak berkelah..kak ida join la dan memang siap siap celak kan anak anak kak ida.
Masa mandi..bagi #RawdaDinara mandi sekali. Dia menanggis sebab sejuk so letak dia kat atas darat dan bagi dia layan abang abang dan sepupu2 dia mandi.. kami enjoy berkelah makan nasi mandi sama sama tak ada apa. Masa naik atas nak salin baju rawda. Mak kak ida kata awat biru rawda ni… kami ingat dia sejuk sampai biru..dia senyap ja maaa tu .tak nanggis..
Pastu naik dalam kereta, tetiba dia panas dan merengek..kak ida bagi susu dan dia tidur. Maybe air sejuk tak sesuai dengan dia sampai demam tetiba.. so balik tu kak ida pon penat ..tidur la dengan dia.. petang sikit dia bangun..dia menanggis tak henti henti.
Tutup mata… tak mau dok dalam bilik..kena berdukung jaa…
Tak apa lah.. benda ni berlarut sampai malam…kak ipar kak ida ni badan jenis lemah..cepat lah terasuk..benda yang dari air terjun tu marah sebab kata kami ada ambil barang dia.. kami tanya lah ambil apa… dia suruh pulangkan pulangkan.. padahal tak ambil apa apa pon.. rupanya dia nak rawda..dia kata rawda tu anak dia..
Bayi perempuan itu anak aku… pulangkan.. kak ida bengang lah..
Aku beranak penat penat hang ngaku anak hang..ingat aku nak bagi ka.. benda tu marah kak ida… kata kak ida EGO.. memang bukan setakat EGO..KERAS KEPALA SEKALI LAH.. dah anak kak ida.
Dia dok pujuk kak ida bagi RAWDA kat dia.. memang TAK LAHH..
Dia nak sangat sangat rawda.. sebab anak dia dah mati. dia kata dia nak kacau rawda..dia kata lagi nyawa rawda separuh dah tu.. kak ida marah dia.. nyawa anak aku Allah ja boleh ambil . Hang tak ada hak.. aku tak takut dengan hang..aku percaya Allah ja.. sampai pukul 4pagi baru settle .
Rawda masa tu ketar badan..biru jadi badan dia dan mulut dia.. last last masa berubat tu berjaya bunuh benda tu…dan rawda masih demam demam..semoga tak ada apa apa lagi la… serik dah..
Sebenarnya kak ida dah lama tak pi tempat gitu sejak ada abang abang dia lagi..tapi yang ni tak sangka nak jadi.. sebab tak terfikir pon.. Allah serik sungguh… kak ida dah celakkan rawda ..dia kenan jugaa.. tak leh bayang macamana biru badan dia.. uiii dah nak dapat anak pon bukan senang.. pompuan sorang ni ja.
Sungguh serik.. maafkan kak ida sebab tak jadi ibu terbaik.. kak ida share sini supaya ramai lagi ibu ibu lebih berhati hati dari kak ida.
Jangan kecam..kak ida dah lut dengan kecam ni.. cuma sebagai pengajaran bukan kat kak ida sorang..untuk semua jugaa.. sebab kita manusia tak lari dari kesilapan..
Dalam gambar ni, kalau jenis boleh nampak..ada macam perempuan di sebalik pokok sebelah kiri… bayangan hitam…
Rawda tu yang dalam bulatan merah.
#eidahidayatihassan
Moms to 3 kids
Bila baca kejadian macam ni, VK teringat kisah anak VK yang menangis tak henti lepas melawat adik di UiTM Puncak Alam. VK bawa berubat ke Darul Syifa. Ustaz ada pesan kat VK macam ni.
Kita kena selalu baca surah ayatul kursi apabila hendak keluar rumah. Budak kecil ni memang mudah terkena benda macam ni. Jadi sebagai ibu bapa yang selalu dengan bayi, kenalah baca ayatul kursi sebagai pendinding.
Apabila pergi ke lokasi yang jarang-jarang kita pergi, selalu beringat akan makhluk lain turut ada di mana-mana sahaja. Jadi jangan lupa bacakan ayatul kursi itu dan yakin bahawa hanya Allah yang boleh elakkan daripada kejadian yang tidak diingini.
Menghimpunkan 18 peserta dari enam buah negara di Asia namun rezeki ternyata milik peserta dari Malaysia Naseeha Uyaina Arshad bila menjuari pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta.
Dianjurkan oleh sebuah stesen TV Indonesia, Indosiar, dalam acara peringkat akhir yang berlangsung malam semalam Uyaina telah menewaskan dua lagi calon iaitu Hanifah Razan, pemenang tempat kedua dari Indonesia dan Avida Lale (Turki) yang memenangi tempat ketiga selepas mereka terpilih ke peringkat tiga terbaik.
“Ini penganjuran pertama dan saya memenanginya. Ia membuatkan kemenangan ini cukup manis dan bermakna dalam hidup saya.
“Diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018, pastinya saya cuba memikul tanggungjawab ini untuk mengangkat martabat wanita Islam agar menjadi pemangkin kepada masyarakat,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Dinobat sebagai juara, Uyaina yang juga pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan trofi.
Turut diumumkan, Anugerah Puteri Muslimah Persahabatan Asia 2018 yang dimenangi Mala Daud dari Brunei Darussalam, Puteri Muslimah Berbakat Asia 2018 (Beyza Demir – Turki) dan Puteri Muslimah Favorit Asia 2018 (Avida Lale – Turki).
Kemenangan Uyaina juga turut disaksikan primadona alaf baru, Erra Fazira yang bertindak sebagai juri dari Malaysia.
Turut menjadi juri pertandingan ialah aktivis dari Indonesia, Yenny Wahid, Siti Rahmawati (Turki), Marina Yusoff (Singapura) dan Daffy (Brunei Darussalam).
Selain daripada Uyaina, Malaysia juga turut diwakili oleh dua lagi peserta iaitu Nurain Zamri dan Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatila Melvin.
Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 menghimpunkan 18 peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.
Semalam jutawan produk kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi kegembiraan menimang cahaya mata keempatnya.
Enam tahun menunggu, sememangnya Datuk Seri Aliff Syukri teruja dengan kelahiran bayi ini malah terus memuat naik foto anak yang diberi nama Yusuf Al Qdrawi.
Terbaru di instagram aliffsyukriterlajaklaris, pengasas produk De Herbs ini berkongsi pula rakaman video saat isterinya Datin Seri Nur Shahida bertarung nyawa untuk melahirkan.
Diiringi dengan lagu yang mendayu, video yang memaparkan Datin Shahida sedang meneran untuk melahirkan bayinya cukup menyentuh hati.
Ia sekali gus mengingat kita betapa besar pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa untuk memberikan zuriat dan perkara itu turut diakui oleh Datuk Seroi Aliff Syukri sendiri.
Pengorbanan wanita sungguh hebat…setuju tak? Ketika ini saya berada bersama dia dan saya rasa pengorbanan melahirkan amat bemakna dan sukar utk diungkapkan ketika moment ini berlaku.
Semoga anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yg soleh dan pengikat ikatan kita supaya lebih menyayangi antra satu sama lain..walapun berbagai dugaan hampir 12 tahun kita hidup bersama.. and ill always with u.. i love u syg @shahidadherbs forever.
Dalam video yang dimuat naik beberapa jam lalu, Datuk Seri Alif dilihat memberikan kata-kata semangat buat isterinya yang kelihatan menggunakan sepenuh tenaga melahirkan bayinya. Datin Shahida kemudiannya terbaring lemah sebaik bayi yang dilahirkan diletakkan di dadanya.
Status usahawan berjaya ini juga turut menyebabkan netizen yang menontonnya berasa sebak dan terharu melihat proses kelahiran malah tak kurang juga yang mengalirkan air mata.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.