Sebenarnya Kembar Tapi Seorang Gugur, Selepas Miliki 4 Anak Syurga, Akhirnya Adam Corrie Dakap Zuriat Pertama

Share

 

 

 

Selepas 10 tahun menanti, melalui empat kali keguguran isteri Adam Corrie, Fazeema Mohd Fuad selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Adam berkongsi berita gembira bergelar bapa melalui posting di instagramnya semalam.

“Alhamdulillah… Bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yg mendoakan kesejahteraan kami.

Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,”demikian tulis beliau.

Terbaru hari ini, netizen terharu melihat beliau selepas berkongsi video memangku cahaya mata yang ditunggu-tunggu itu sambil mengalunkan zikir.

“Penantian yang membahagiakan,” tulis seorang peminatnya.

Sepatutnya anak kembar tapi seorang gugur

Tak dapat dinafikan Adam dan isteri melalui dugaan hebat sebelum dapat mendakap zuriat pertama mereka.

Selain melalui empat kali keguguran, kehamilan Fazeema kali ini juga merupakan anak kembar yang masa salah seorangnya gugur pada usia dua bulan.

Namun rezeki pasangan ini, seorang anak lagi bertahan walaupun Fazeema mengalami pendarahan sehinggalah selamat dilahirkan semalam.

“Ini adalah kali keempat saya hamil. Saya dah ada tiga anak di syurga. Dan kehamilan saya kali ini adalah kembar, tetapi hampir usia kandungan dua bulan, dengan kuasa ALLAH, saya pendarahan.

“Salah satu anak kembar saya tak dapat diselamatkan. ALLAH ambil semula seorang anak kembar saya yang ALLAH pinjamkan seketika di dalam rahim saya. Saya alami pendarahan berbulan-bulan lamanya.

“Hinggalah bulan keempat, pendarahan baru berhenti. Ulang-alik jumpa doktor untuk pastikan kandungan saya yang satu ini selamat dan sihat. Jadi bukanlah tiga tapi empat anak saya di sana,” kongsi Fazeema di Instagram satu ketika dulu.

Ternyata rezeki anak setiap pasangan berbeza, ada yang mudah dan ada yang perlu melalui dugaan demi dugaan seperti Adam dan Fazeema. Apapun penantian mereka sudah berakhir, sama-sama kita doakan kesihatan isteri dan bayinya. Semoga Baby Lee jadi anak yang soleh.

 

Sumber: adamcorrielee  &  Sinar Harian

 

 

 

IKLAN