Makanan sudah tentunya mempunyai tarikh luput. Namun, ada beberapa lagi barang yang selalu kita gunakan yang tidak disangka punya tempoh had penggunaannya.
Dipetik daripada Reader Digest, berikut adalah barang-barang yang turut mempunyai tarikh luput. Hmm… kaca mata hitam pun ada ya…
1. Uncang Teh
Uncang teh yang belum digunakan tidak akan segar selama lamanya. Kualiti teh ini akan berkurang selepas dua tahun.
2. Kaca mata hitam
Menurut kajian dari Universiti of Sao Paulo, Brazil selepas lama digunakan kaca mata hitam akan kurang kualitinya. Ini berikutan pemakaian dan kesan gores yang merosakkan kanta.
3. Kasut sukan
Semakin rajin anda bersukan, semakin menurun kualiti kasut sukan yang anda gunakan. Ia boleh meningkatkan risiko kecederaan. Kebanyakan pembuat kasut sukan menyarankan untuk menggantikannya selepas berjalan minimum 482 – 965km.
Ads
4. Cat
Artis mencadangkan untuk tidak menggunakan cat yang sudah dibuka selepas dua hingga empat tahun. Cat minyak yang belum dibuka boleh bertahan sehingga 15 tahun manakala cat lateks 10 tahun.
5. Ubat gigi
Ubat gigi baik elok digunakan selama dua tahun dari tempoh pembuatannya.
6. Sabun
Sabun buku tidak akan memberi kesan bersih pada tubuh jika sudah sampai tarikh luputnya. Disarankan menggunakannya dalam tempoh tiga tahun. Buang jika sabun kelihatan kering dan retak.
7. Krim pelindung cahaya matahari
Kebiasaannya krim pelindung cahaya matahari ini hanya efektif selama tiga tahun saja, selepas itu manfaatnya akan berkurang.
Ads
8. Pelembap
Gunakan pelembap dalam tempoh enam bulan. Ini kerana penggunaan dengan jari akan menyebabkan bakteria berkembang di dalamnya. Pelembap yang sudah berusia dua tahun dan baru dibuka kesannya tidak akan sama seperti baru.
9. Petrol
Kalau anda menyimpan stok petrol untuk kecemasan pastikan tidak lebih dari lima tahun. Minyak selepas tempoh itu akan berubah konsistensinya dan mungkin memberi kesan pada mesin.
10. Hidrogen Peroksida
Ia salah satu bahan untuk pemutih dan pencuci. Cairan ini sebaiknya digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dibuka. Jika masih ditutup, ia tahan selama tiga tahun.
11. Helmet
Peluh akan membuatkan bahagian dalam helmet jadi kotor, begitu juga sinar matahari. Sebaiknya ganti helmet setiap dua tahun.
Ads
12. Penyembur serangga
Paling lama penyembur ini bertahan selama tiga tahun. Selepas tempoh itu ia tidak akan membantu menghindarkan kita dari serangan nyamuk atau seranggga.
13. Maskara
Sila gunakan maskara dalam tempoh tiga bulan selepas ia dibuka. Selepas digunakan ia mungkin tercemar dengan bakteria yang bahaya jika digunakan pada mata. Jangan tambah dengan air kerana ia akan menambah lagi bakteria.
14. Span mandi atau Loofah
Disarankan menggantikannya setiap tiga atau empat minggu. Sel kulit mati yang terperangkap pada span ini menjadikan ia tidak bersih.
15. Bateri
Sila perhatikan tarikh luput bateri sebelum menggunakannya. Ia mungkin tidak berbahaya tapi fungsinya tidak sama jika digunakan selepas tamat tempoh.
Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, beliau antara pendakwah yang disenangi ramai. Beliau bukan saja mesra di media sosial tapi turut turun padang melakukan street dakwah bersama golongan terpinggir oleh masyarakat.
Namun aktiviti Ustaz Ebit ini mungkin akan sedikit terjejas dengan dugaan yang diterima.
Terbaru melalui perkongsiannya di instagram Ustaz ebitlew mendedahkan beliau kini diuji dengan masalah pendengaran bila mana telinga sebelah kanannya tidak dapat mendengar ekoran masalah saraf.
Menurut Ustaz perkara itu mula dirasai semasa satu sesi ceramah bila mana dia merasa kurang stabil dan tidak dapat mendengar suara sendiri.
Menganggap itu sebagai ujian kasih sayang dari Allah, Ustaz Ebit turut memohon netizen memaafkan kesalahan dan dosanya. Sebak VK baca perkongsiannya.
Dengan rendah hati pohon doa semua yer..Allah uji dan beri sesuatu kerana dia sayang. Telinga sebelah kanan saya dah tak dengar apa-apa. Mula-mula tahu rasa sebak sangat.
Bila Dr kata mungkin sebab saraf setelah diperiksa.. Rasa nak menangis sebab masa nak peluk orang masa ceramah tiba-tiba rasa kurang stabil. Dan bila ceramah saya dah tak boleh agak suara saya kuat ke perlahan.
Tapi syukur kerana saya cuma rasa cakap pada hati saya sendiri..syukur ada sebelah lagi boleh dengar.. Ujian kerana kasih sayang Allah. Dah lama dia beri pelbagai nikmat. Bila hilang nikmat ni terasa sayu sangat.
Di sebalik ujian ada rahmat Allah. Itulah saya harapkan keampunan Allah atas segala dosa. Rupanya hilang satu nikmat ini saya semakin peka pada sekeliling. Saya belajar melihat semuanya dengan mata dan belajar merasainya..
Buat semua sahabat pohon doakan saya yer. Dengan rendah diri saya minta maaf pada semua yer semua kesalahan dan dosa saya..saya cuma insan yang lemah dan berdosa. Saya doakan semua sihat dan bahagia dunia dan akhirat..-ebitlew
Sama-sama kita doakan agar masalah pendengaran Ustaz Ebit sembuh dan dia dapat terus berdakwah dengan caranya.
Satu persatu kisah menyayat hati tentang keluarga mangsa nahas Lion Air yang terhempas baru-baru ini tersingkap. Terbaru perkongsian media di negara jiran Indonesia melaporkan satu keluarga turut terkorban dalam kejadian itu yang membabitkan 181 mangsa.
Rizal Gilang Perkasa Sanusi Putra, isterinya Wita Sriyani serta anaknya yang masih bayi Kyara Aurine Daniendra Giwitri, 15 bulan tersenarai dalam penumpang pesawat malang itu.
Gilang duduk di tempat duduk bernombor 22D sementara isterinya Wita pulang bersama anaknya Kyara di tempat duduk 22E.
Gilang merupakan seorang pegawai sebuah syarikat manakala isterinya Wita pula adalah seorang doktor gigi.
Tiga beranak ini terbang dari Jakarta selepas selesai bercuti. Gilang menyambung cuti untuk menghantar anak dan isteri pulang ke Pangkal Pinang.
Tapi ketentuan Ilahi ternyata itulah perjalanan terakhir mereka sekeluarga. Pemergian mereka ditangisi oleh keluarga dan juga mendapat simpati dari netizen di sana.
Semua tahu adik beradik Rozita Che Wan atau Che Ta memang cantik-cantik belaka malah bergaya. Mereka ini juga kerap menarik perhatian netizen di instagram bila selalu berkumpul untuk berposing bersama-sama.
Cuma sejak beberapa bulan lalu, salah seorang adik Che Ta iaitu Ruby Che Wan tampil berbeza daripada sebelum ini.
Jika dulu Ruby yang juga isteri Lan Pet-Pet ini bergaya ranggi tapi sejak kepulangannya dari mengerjakan ibadah haji tahun lalu tudung litup yang labuh mengganti imej lamanya.
Memang sejuk mata memandang penampilan baru Founder Putih Ajaib by RCW ini. Malah netizen juga memuji imej baru Ruby yang dilihat cukup manis dan makin cantik meskipun tidak bermekap.
Ruby dan Lan Pet-Pet berangkat ke Makkah pada hari ulangtahun perkahwinan mereka dan ia diibaratkan sebagai hadiah yang paling istimewa buat keduanya.
Ternyata pemergiaannya ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu memberi impak yang besar buat Ruby.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...