Kalau pergi restoren China Muslim, hidangan ginger beef atau daging halia ini antara yang kita selalu pesan.
Harga pun boleh tahan, satu hidangan kecil saja dah berbelas ringgit. Kalau menu ini memang kita suka makan, apa kata cuba buat sendiri.
Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Wan LuQman ini.
1. Potong daging, buat segi empat tepat dulu kemudian hiris nipis mengiring.
2. Perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia cincang, gula, garam, minyak masak dan minyak bijan serta tepung jagung. Kuantiti bahan ikut kuantiti daging. Ketepikan.
3. Sediakan bahan untuk kuah. Buat air bancuhan tepung jagung dan air bancuhan sos tiram. Bancuh 1.5 sudu besar sos tiram campur dengan 6 sudu besar air. Sediakan juga hirisan halia, bawang merah dan daun bawang.
Ads
4. Cara menggoreng, biarkan kuali panas berasap baru letak minyak, kemudian alih kan minyak tinggalkan sedikit saja,. Ini bertujuan untuk mengelakkan daging melekat dikuali. Sebab menu ini daging kena lembut dan moist.
5.Masukkan daging dan goreng. Masuk satu persatu supaya tak meleka. Kacau, tak perlu goreng lama. Jangan sampai garing. Kita nak daging lembut dan moist.
6. Rehatkan daging seketika.
Ads
7. Kemudian, masukkan bawang halia dan daun bawang.
8. Masukkan daging.
9. Masukkan air bancuhan sos tiram tadi dan masukkan secubit lada hitam.
Ads
Lihat kuah, kalau tak pekat baru campur air bancuhan tepung jagung. Kalau dah cantik kepekatan tak perlu.
Memandangkan hampir setiap hari menggunakan cili dalam masakan, ramai yang tanam pokok ini di rumah.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah selalu terkena serangan bena putih atau seranggan perosak hingga menyebabkan daunnya rosak dan luruh.
Ada pokok yang dah besar dan tak sempat berbuah lagi dah hampir mati dek serangan perosak ini. Jika pokok cili yang ditanam di rumah berdepan masalah yang sama boleh cuba atasi menggunakan semburan organik yang dikongsi oleh Khairulazani Bin Hassan Sabery.
Menggunakan air rebusan bunga cengkih pokok cili yang terkena serangan perosak akhirnya pulih semula. Berikut adalah cara yang dikongsi.
Pokok cili kena serangan perosak pulih lepas sembur air bunga cengkih
Hari tu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ini. Kena serangan bena dan parasit yang buat daunnya kerinting.
Terima kasih buat yang beri petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi sekarang dah berbunga dan berbuah.
Saya kongsi cara yang saya buat;
1. Ambil segenggam bunga cengkih, rebus dengan 1 liter air.
2. Rebus dalam 15-20 minit. Kemudian biarkan sejuk.
3. Esoknya masukkan dalam botol penyembur dan sembur pada pokok cili.
4. Untuk permulaan sembur 2 kali sehari pagi nselepas siram pokok.
Saya buat begini 2-3 hari saja. Selepas seminggu sembur seminggu sekali. Pastikan sembur rata pada pokok atas bawah, depan belakang.
Lepas ni kotak yang selalu dapat bila beli barang jangan buang ya, kita boleh recyle untuk buat lampu hiasan.
Hasilnya memang cantik dan boleh jadi sebahagian daripada dekorasi untuk bilik anak seperti ilham Nani Idayu. Bagi yang nak cuba DIY beliau juga berkongsi cara membuatnya.
DIY lampu bilik anak guna kotak
Saya kongsi diy lampu bilik anak-anak guna kotak. Projek mak mak, bajet murah saja. Cuma perlu ada kotak, led strip light dan lampu liplap.
1. Bahan utama wajib ada kotak yang keras dan tebal supaya kukuh
2. Setelah dilukis kena potong, saya guna cutter biasa tapi kena betul teliti. Buat base 2 keping sebab permukaan besar kena tebal. Kemudian buat tulang supaya ada gap antara lampu dengan dinding, saya guna glue gun untuk gam kotak/bod.
3. Depan kita tambah bod ice cream cair dan kena gigit bagi nampak sedap.
4. Ambil lampu led strip light yang lama. Kalau nak beli boleh cari di Shopee macam-macam saiz ada. Guna yg pendek lekat keliling belakang bod.
5. Kemudian warnakan. Saya guna poster color campur dengan foam sheet warna warni.
6. Seterusnya anak mintak tambah lampu aiskrim. Sama jugak macam proses tadi base 2 keping potong dan gam dengan glue gun.
7. Kemudian masukkan lampu, tebuk lubang dulu baru masukkan. Gam bulb lampu tu di kedudukannya.
8. Warnakan lampu guna buncho, apa yg ada di rumah.
Inilah hasil kejadiannya lampu DIY. Lampu ini bila anak dah tidur saya tutup untuk keselamatan.
Waktu cuaca panas tengah hari dan petang kalau dapat teguk minuman sejuk yang kaw, memang nikmat rasanya.
Tapi tak perlulah sampai nak keluar tengah panas terik ni untuk beli. Minuman ikat tepi macam ni memang kita boleh buat sendiri di rumah. Cuma kena tahu sukatan saja supaya rasanya kaw dan mantap. Nak senang ikut saja perkongsian dari Miz Juejue.
Nescafe Ais Kaw
Cara membuat:
Nescafe – 3 sudu kecil
Susu pekat -ikut kemanisan yang disukai
Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
Kacau lama hingga semua sebati
Masukkan ais dalam plastik/ gelas
Tuang air bancuhan tadi, letak straw sedia diminum
Boleh juga masukkan susu cair jika mahu.
Milo Ais Kaw
Cara membuat:
Milo – 4 sudu besar
Susu pekat – ikut kemanisan yang disukai
Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
Kacau lama hingga semua sebati
Masukkan ais dalam plastik/ gelas
Tuang air bancuhan Milo tadi, letak straw sedia diminum
Boleh juga masukkan susu cair atau fresh milk, rasanya macam Milo kotak
Jika nak buat Neslo, cuma tambah 2 sudu kecil Nescafe dan kurangkan serbuk Milo kepada 3 sudu.
Kopi Ais Kaw
Cara membuat:
Rendam 2 atau 3 sudu serbuk kopi
Rendam hingga nampak pekat
Kemudian tapis air kopi
Masukkan susu ikut kemanisan yang diingini
Jika terlampau pekat boleh tambah air suam
Masukkan ais dalam plastik dan tuang air kopi.
Ikat tepi letak straw, sedia untuk diminum.
Boleh tambah susu cair kalau suka.
Teh Ais Kaw
Cara membuat:
Rebus 3 cawan air dalam periuk sampai mendidih
Masukkan 3-4 sudu serbuk teh (jenama ikut citarasa).
Biar hingga mengelegak seminit dua, kemudian tutup api dan tapis teh
Saya guna tapis putih yang selalu kedai makan guna.
Masukkan susu pekat (ikut kemanisan yang dikehendaki)
Susu cair 3/4 sudu, jika nak rasa lemak-lemak lebihkan.
Masukkan sedikit garam – cubit hujung jadi saja (jika mahu)
Garam untuk lemakkan lagi rasa teh ais
Masukkan ais dalam gelas dan tuang air teh. Sedia untuk diminum.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...