Kita selalu tertanya-tanya kenapa tepung celup tepung yang makan di kedai sedap ranggup dan tak tanggal pun tepungnya.

Sedangkan bila kita buat, habis luruh tepungnya. Itu belum lagi meletup-letup dalam kuali.

Supaya lepas ni sotong celup tepung kegemaran kita elok kejadiannya, rangup, tepungnya melekat elok boleh ikut tip dari Fatihah Aziz ini.

Menariknya untuk hasilkan sotong celup tepung yang crunchy ini dia tak gunakan tepung segera pun sebaliknya buat sendiri bancuhan tepung. Tip penting katanya bancuhan kena sejukkan dulu!

Sotong celup tepung yang sedap chrunchy
Bahan untuk bancuhan tepung kering:

Tip Buat Sotong Celup Tepung Sedap Rangup, Tepung Tak Luruh Waktu Goreng

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung.
1 sudu besar garam
Campur 3 jenis tepung ini dan gaul rata.

Bahan bancuhan tepung basah:

Tip Buat Sotong Celup Tepung Sedap Rangup, Tepung Tak Luruh Waktu Goreng

  • Ambil sedikit tepung yang dah digaul rata tadi.
  • Tambah 1 biji telur & sedikut air (secukupnya).
  • Adunan tepung tak cair sangat dan tak pekat sangat. Sedang-sedang saja.
Langkah demi langkah

1. Rendam sekejap sotong dengan air panas dalam 2-3 minit bagi kembang supaya mudah bila nak celup tepung sebelum menggoreng.

IKLAN

Tip Buat Sotong Celup Tepung Sedap Rangup, Tepung Tak Luruh Waktu Goreng

2. Ok, dah siap tepung basah tadi, boleh masukkan sotong ke dalamnya & gaul rata macam ni.

Tip Buat Sotong Celup Tepung Sedap Rangup, Tepung Tak Luruh Waktu Goreng

3. Siapkan 2 bahan
– Tepung Basah yg dah dicelup sotong dalamnya
– Tepung Kering utk celupan ke 2 sebelum goreng

Dua bahan ini masuk dalam peti ais. Biarkan sejuk dalam 20-30 minit.

IKLAN

Tip Buat Sotong Celup Tepung Sedap Rangup, Tepung Tak Luruh Waktu Goreng

4. Dah sejuk tepung tadi bolehlah keluarkan. Celup sotong (yang sudah terendam dengan tepung basah tadi) dengan tepung kering. Gaul rata, bagi keseluruhan sotong mesti kena tepung. Dah boleh digoreng.

Tip Buat Sotong Celup Tepung Sedap Rangup, Tepung Tak Luruh Waktu Goreng

Inilah hasilnya sotong celup tepung.

Tip Buat Sotong Celup Tepung Sedap Rangup, Tepung Tak Luruh Waktu Goreng

IKLAN

Selamat mencuba

Sumber: Fatihah Aziz

Selain itu:  4 Langkah Mudah Penjagaan Kaki Untuk Elak Tumit Pecah & Berkerak

Artikel berkait:

Teknik Goreng Ikan Untuk Dapatkan Hasil Ikan Goreng Yang Juicy, Rangup Di Luar, Lembap Di Dalam

Tambah Aiskrim Soda, Rahsia Buat Jeruk Mangga Yang Rangup Krup Krap

Klik SINI untuk beli kuali menggoreng tak melekat

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI