Ramai yang nak kurus tapi takut nak makan ubat kurus. Bersenam pun segan juga. Untuk anda yang spesis macam ni boleh amalkan cara tradisional pula.
Boleh amalkan minum air rebusan rempah dan herba perkongsian Habibah Badar Bajrai. Katanya air rebusan ini disarankan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut kerana bertindak mencairkan lemak.
Lagi satu, air rebusan herba ini bukan setakat menguruskan badan tapi juga membuang angin menjadikan badan lebih ringan dan bantu kaum wanita lebih cergas buat kerja rumah.
Tak perlu risau dengan bahan-bahannya, tiada yang pelik. Semua berasaskan herba dan rempah yang sentiasa ada di dapur kita dan diketahui banyak khasiat.
Menariknya air ini juga boleh diamalkan oleh para suami yang ada masalah perut buncit juga. Jadi sekali isteri buat boleh kongsi dengan suami. Jom cuba!
Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara membuat:
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.
Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.
Ads
Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika mahu diminum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
Hasilnya? Jika diamalkan boleh membantu menguruskan badan, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi air detox juga! Memang berbaloi untuk mereka yang mahu kurus cepat tapi sihat.
Khasiat bahan dalam air rebusan
Serai
Ads
Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol & gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.
Halia
Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.
Cengkih
Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.
Ads
Kayu manis Ceylon (true cinnamon)
Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak
Madu
Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.
Lemon
Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina
Ramai yang terkejut melihat gambar terbaru pelakon dan pelawak Enot yang banyak dikongsi dalam media sosial. Dia yang dulunya berdepan dengan masalah berat badan kini semakin slim.
Bila badan dah kurus, makin cantik dan bergaya pulak dia. Ya lah kan dah senang cari baju.
Mesti ramai nak tahu rahsia kurus Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah. Bagi yang mengikuti instagram pelawak berusia 40 tahun ini sudah pasti tahu rahsianya.
Dia dilihat selalu mempromosikan produk suplemen yang turut diamalkan. Ha inilah rahsia dia.
Bagaimana pun dalam status dia juga berharap agar orang ramai tak kaitkan perubahan saiz tubuhnya kerana penyakit yang dikaitkan dengannya satu ketika dulu. Sebaliknya Enot berharap agar netizen mendoakan dirinya terus sihat.
Bila baca perkongsian Wani Syazwani ini VK pun rasa bersemangat cuba turunkan berat badan. Mana tidaknya cara yang dilakukan cukup mudah tapi mampu hilangkan lebih 35kg dalam tempoh 8 bulan. Hebat tu!
Dari perkongsiannya ada ada lima rutin yang dilakukan setiap hari sehingga berjaya menurunkan berat badannya. Salah satu yang dia tak pernah miss adalah minum teh hijau.
Akui Wani kegigihannya untuk berdiet bukanlah untuk dipuji tapi sebalik untuk diri sendiri. Baguslah macam tu sis. Bagi yang nak cuba cara diet Wani Syazwani boleh ikut tip yang dikongsi.
Hari-hari diet tanpa jemu. Hampir 8 bulan Wani berjaya lost 35.5kg. Tak kurus macam org lain tapi kurus sikit dari dulu. Orang tanya macam mana diet ni. Wani cuma bagi tahu:
Ini yang Wani amal selama diet. Dari mula diet Wani juga dah amal minum green tea jasmine dan air kosong 3-4 liter sehari. Memang akan ulang ke tandas. Ke hulu hilir bawak botol air. Bukan senang nak kurus.
Setiap kali mkn wajib makan on time. Pagi 9am, lunch 1pm dan dinner 6pm. Lepas 7pm memamg tak makan dah. Makan makanan berkhasiat (panggang @ rebus ). Kurangkan garam.
Setiap minggu 3-5 kali Wani akan bersenam. Sekarang ni selang-selang cardio workout dgn zumba. Kalau dulu zumba saja. Wani pilih untuk bersenam dalam rumah saja. Lagi senang dan jimat masa.
Tenkiu untuk husband Wani. Sentiasa support wife mu ini.
Diet bukan utk dipuji. Tapi utk diri sendiri. Sekurang-kurangnya wani dh usaha utk hidup sihat.
Kat sini Wani sertakan contoh breakfast + green tea jasmine setiap pagi. Tak pernah miss.
Teruja kan nak mula diet? Jangan baca saja, jom mula!
Sejak Lisa Surihani, pelakon anak dua berkongsi amalan Intermittent Fasting (IF) untuk menurunkan berat badannya semakin ramai pula yang teruja mahu mengetahui tentang IF ini.
Tapi apa yang ramai tak tahu selain dari mampu menurunkan berat badan IF atau amalan puasa 16 jam ini ada banyak lagi kebaikan kepada tubuh.
Perkara ini didedahkan oleh Dr Siti Juriah atau Dr Jue dalam satu perkongsian video live yang dilakukan baru-baru ini.
Terdapat banyak manfaat IF yang disingkap oleh Dr Jue yang rasanya rugi jika kita tak mengamalkannya dan ia termasuklah mengelakkan kita dari terkena kanser.
Bagi yang tidak tahu secara ringkasnya IF ini adalah kaedah mengatur waktu untuk memberi usus kita rehat minimum selama 16 jam. Bagi umat Islam ia sinonim dengan amalan berpuasa.
16 jam berpuasa, 8 jam lagi adalah waktu yang dibolehkan untuk makan.
Menurut Dr Jue dalam tempoh 16 jam itu kita hanya boleh minum air kosong atau air tanpa gula dan kalori.
Sebagai contoh sekiranya kita mulakan IF pukul 10 malam yakni pada waktu kita mula tidur bermakna kita akan ‘skip’ sarapan dan hanya boleh mula makan pada jam 3 petang.
Dalam tempoh 16 jam puasa itu kita boleh minum air kosong, green tea atau air tanpa gula. Masa untuk IF terpulang pada kita tapi ia haruslah 16 jam.
IF boleh dilakukan seminggu sekali atau selang sehari tapi tak perlu dilakukan setiap hari kerana tubuh akan ‘adjust’ dengan perubahan, jadi apa yang kita harapkan tak terjadi.
Akan tetapi kata Dr Jue, selain daripada untuk menurunkan berat badan IF atau amalan berpuasa ini ada banyak lagi kebaikannya. Berikut adalah penjelasan Dr Jue tentang manfaat IF:
IF boleh beri perubahan kepada fungsi sel, genetik atau hormon. Sewaktu berpuasa ini hormon insulin dalam tubuh kita akan turun. Hormon insulin dalam tubuh perlu rendah sebab ia sesuatu yang tak bagus.
Insulin membawa masuk gula dalam sel yang kemudian menukar karbohidrat jadi gula. Inilah yang akan menyebabkan kita gemuk. kadar insulin yang tinggi akan buat kerosakan pada badan, ia tidak baik kerana ia adalah radang, ia menyebabkan kerosakan saraf pada mata dan salur darah.
Tapi bila berpuasa kadar insulin akan turun dan secara tak langsung radang pun tak bermula, kemasukan gula dalam sel lemak tak berlaku. Jadi tak berlaku kegemukan sebaliknya lemak akan dibakar.
Semasa kita berpuasa, hormon yang turut berubah adalah Human Growth Hormon (HGH). Orang yang gemuk boleh kurus dengan menyuntik HCG dan selain itu hormon ini juga memudakan kita.
Bila kita berpuasa, hormon ini akan meningkat dan saintis sudah membuktikan ia meningkat 5 kali ganda. Kalau tak puasa hormon ini hampir kosong dalam tubuh kita.
Apabila berpuasa badan akan keluarkan hormon ini. Akan berlaku fat burning effect malah akan berlaku juga perkara lain dalam tubuh iaitu pembaharuan sel. Ini bermakna bila berpuasa sel-sel ada proses untuk memperbaharui sel-sel dalam tubuh.
Bila berpuasa tahap metabolisme akan meningkat. Kita gemuk kerana tahap metabolisme rendah. Bila tak puasa kita tak cabar tubuh sendiri jadi metabolisme akan jadi rendah, hormon pula statik dan perkara ini akan meyebabkan kita sakit dan cepat tua.
Sebab itu kita kena puasa, bagi umat Islam kita digalakkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau bagi yang tak kuat semangat boleh lah buat IF, puasa 16 jam yang termasuk waktu kita tidur.
Mereka yang mengidap diabetes jenis 2, dalam tubuh mereka ada banyak ‘insulin resistance’ tapi insulin ini tak boleh digunakan, ia tak boleh berfungsi masukkan gula dalam sel. Jadi gula akan banyak dalam salur darah kerana tak boleh masuk dalam sel.
Gula yang banyak ini akan buat kerosakan pada tubuh. Tapi bila pesakit ini puasa, ia akan kurangkan ‘inslulin resistance’ sekaligus memulihkan penyakit diabetes jenis 2. Mengikut kajian bila kita melakukan IF ini insulin boleh turun sebanyak 20-31 peratus dan tahap gula akan menurun antara 3 hingga 6 peratus. Jadi kena amalkan.
Oxidative stress adalah keadaan di mana jumlah free radikal di dalam tubuh melebihi kapasiti tubuh untuk meneutralkannya. Free radikal ini adalah bahan toksik tak boleh sebabkan kanser
Bila badan ada banyak free radikal atau radikal bebas ia boleh mengganggu DNA yang kemudian boleh berubah menjadi sel-sel yang ada kanser
Tapi bila kita berpuasa ia akan kurangkan oxidative stress dan kajian sudah dibuat tentang perkara ini. Ia boleh dikurangkan dengan puasa. Free radikal akan menurun, radang kurang, DNA tidak akan diusik dan kuranglah kita dapat penyakit.
Puasa juga boleh turunkan tahap kolesterol, LDL, Triglycerides dan kolesterol jahat. Tak perlu makan ubat, cuma puasa saja.
Puasa juga membaiki sel, ia boleh buang bahan kotor dalam sel. Sel rosak dalam tubuh sentiasa ada, macam mana ia akan dibuang? Sel akan rosak pecah dan dimakan oleh sel dalam tubuh kita sendiri. Ini cara pembersihannya yang dinamakan autofaghy dan keadaan ini akan berlaku bila kita puasa.
Bila tiada sel rosak, susah untuk terbentuknya kanser dan ia kurangkan penyakit nyanyuk. Puasa atau IF juga boleh halang kita dari kena penyakit seperti kanser, sakit jantung, strok dan pelbagai lagi penyakit. Semua ini dah dibuat kajian oleh saintis.
IF boleh menjadikan otak bijak kerana sel akan diperbaharui . Sel-sel dalam otak akan tumbuh yang baru. Ingatan akan tajam, bersih dan senang menghafal.
Selain untuk kurus, puasa ada banyak manfaat. Kita dapat kesihatan yang baik dan juga pahala. Dari sudut kesihatan, manfaat puasa itu sudah terbukti dari segi saintifik.
Ia boleh elakkan banyak penyakit. Saya sendiri pernah menggabungkan puasa dengan diet ketogenik iaitu diet tanpa karbohidrat semasa bulan ramadan dengan anak-anak.
Saya dapati anak tak mengantuk lepas sahur, cergas sampai pagi. Takde kompelin, migrain malah sihat.
Inilah the best of fasting jadi sebaiknya amalkan. Seeloknya kita amalkan puasa sunat Isnin Khamis, selain dapat pahala ia juga menyihatkan tapi bagi yang tak kuat semangat bolehlah lakukan IF.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...