Selepas kes susu tiruan satu jenama dilaporkan hingga menyebabkan kejadian bayi terpaksa dimasukkan ke hospital, syarikat pengeluar susu terbabit tampil membuat penjelasan.
Dalam satu kenyataan syarikat terbabit juga turut memberikan tip untuk pengguna mengenali susu tiruan. Berikut adalah kenyataan yang dikongsi di Facebook Enfagrow A+ Malaysia.
Kepada ibu bapa sekalian,
Mead Johnson Nutrition bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat laporan susu formula palsu di Johor Bahru. Pemeriksaan yang di buat di pasaran yang dijalankan minggu lalu ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh MJN dari hasil siasatan syarikat.
Ads
Hanya babitkan pek 1.8kg
Hasil pemeriksaan telah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki di segelintir kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bahru. Produk yang terlibat ialah Enfalac A+ Langkah 1 pek 1.8 kg (tiga pek foil dalam setiap kotak) – dan hanya dijual dalam sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari. Pemeriksaan yang luas dalam pasaran telah mengesahkan bahawa produk palsu hanyalah di dapati dalam format pembungkusan 1.8 kg dan hanya di kesan dalam kawasan geografi yang terhad ini.
Dalam kerjasama yang kami jayakan bersama pihak berkuasa Malaysia, pemeriksaan di pasaran setakat ini hanya mendapati 210 pek tiruan, tetapi siasatan lanjut masih berterusan bertujuan menghapuskan produk tiruan sepenuhnya. Pihak berkuasa Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan siasatan secara aktif dalam operasi penghapusan susu tiruan dan memastikan pihak yang berkaitan akan didakwa dan dihukum sekeras-kerasnya oleh pihak yang berwajib.
Periksa pek foil
Penyiasatan kami – dan pemeriksaan runcit baru-baru ini – menunjukkan bahawa insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang di beli. Cara paling mudah untuk mengenal pasti produk tiruan adalah memeriksa pek foil individu.
Ads
Pek tiruan udara kurang, perhati lipatan
Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek. Manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat. Bungkusan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisi nya, manakala lipatan tidak ada pada pek foil tulen, seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil dalam produk yang dibeli, sila hubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam) dengan segera untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.
Ads
Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan produk gantian.
Sejak kelahiran Siti Aafiyah, cahaya mata Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Jiwa atau Datuk K ramai sungguh yang datang melawat.
Tidak ketinggalan adalah KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Namun ziarah yang paling manis bila baru-baru ini Siti menerima kunjungan dari bekas isteri Datuk K sendiri iaitu Datin Tengku Zawyah Tengku Izham.
Foto ketika berada di rumah penyanyi nombor satu itu turut dimuat naik oleh keduanya dalam laman instagram masing-masing.
“Melawat puteri Siti Aafiyah. Terima kasih atas layanan baik Datuk Seri Siti dan Datuk Seri Khalid. Moga puteri kecil ini memenuhi hati kamu dengan limpahan kebahagiaan,Tulis Tengku Zawiyah dalam entri di instagramnya.
“Alhamdullillah.. My pleasure DS Kak Tengku .. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga .. amin ya rabb,” demikian balas Siti.
Melihat ukhuwah yang terjalin indah antara mereka, netizen sendiri turun merasa kagum malah terharu.
Sejuk hati
Wanita kuat & berhati mulia
Indahnya suasana…
Meskipun sudah berpisah dan Tengku Zawyah sendiri telah pun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rayyan Joseph King, jalinan silaturrahim dua keluarga ini tidak putus. Malah masing-masing dilihat saling bertemu pada majlis-majlis keluarga.
Melihat gambar anak Rita Rudaini, Ryan dan Arjuna bersama team bola mereka pasti ramai yang akan kata ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Ya lah ayahnya kan pemain bola sepak. Tapi dari cerita Rita hakikatnya tidak begitu. Ujar pelakon ini sebenarnya kedua anaknya itu tidak pernah meminati bola sepak. Bukan dia menghalang tapi itu bukan minat mereka dari kecil.
Di rumah takde sebiji pun bola
Dari kecik memang tak minat bola dan tak de pon sebijik bola di rumah masa kecik. Kalau nak beli bola pon dia org tak nak. Pernah daddy dorg beli masa Ryan kecik tapi Ryan sikit pon tak sentuh.
Ryan minat buku. Bila masuk sekolah CCA, dua beradik ni pilih ambik badminton walaupon mommy suruh ambik bola, dia org tak nak.Kawan-kawan semua ambik bola, dia org minat badminton, idola of coz Datuk LCW.
Dia org mmg takde bakat main bola sebab tak berminat tapi bila kawan-kawan lepak je kompom main bola so dorg join je. Petang-petang join training kat sekolah tapi mommy stop atas sebab-sebab tertentu yg mommy tak hepi for anak-anak.
Bukan pasal kuah tumpah ke nasi
So mommy ambik personal coach utk dtg rumah coaching. Biar anak-anak hepi dan mommy tubuh kan club utk dia org, so terhasil lah @rrcougarsfc. Ryan dan ajuna dari zero to hero atas didikan Coach @i.am.budie.
Terima kasih banyak-banyak coach budi, jasa dan keringat coach akan saya dan anak-anak kenang. Soach berjaya buat anak-anak saya dari tak pandai sepak sampai dah pandai control bola.
Bagi saya bukan pasal kuah tumpah ke, kuah banjir ke, susu sebelanga ke semua ni dari usaha sendiri. Ada bakat tapi tak usaha takkan jadi jugak. Tak de bakat tapi kalau sungguh-sungguh berusaha,insyaallah…kerja keras tu kunci utk berjaya…tkasih Coach @i.am.budie kerana berjaya mendidik anak2 sy dan anak2 #rrcougarsfc dr zero to hero ?? .
Selepas hampir 20 tahun setia dengan tudung bawal semalam Nurul Izzah Anwar mencuri perhatian netizen apabila mengenakan stail tudung baru.
Hadir untuk majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat, ahli Parlimen Permatang Pauh ini nampak sangat berbeza memakai tudung shawl motif jalur dengan inner.
Memuat naik penampilannya di Parlimen dalam instagram menyebabkan ramai yang memberi reaksi. Ada yang memuji YB ini lebih cantik dan muda bila mengenakan shawl tapi ramai juga yang meminta dengan kekal dengan tudung bawal.
Paling tak tahan ada pula yang menyamakannya dia wajah YB Syed Saddiq sekiranya bertudung.
Cun teruk nampak muda 10 tahun
We want Nurul Izzah tudung bawal senget style
Pakai bawal balik please!
Nampak macam Syed Saddiq pakai tudung! What?
Betullah, cam sama ja…
Nampak macam Syed Saddiq pakai tudung tu komen paling win. Tapi sebenarnya pakai bawal atau shawl dua-dua cantik dan ia bukanlah isu besar. Paling utama, YB kita ini jalankan tanggungjawab pada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto.