Sayunya…Arwah Dah Beli Barang Kemas Hadiah Untuk Adik-adik Tapi Tak Sempat Beri

Sayunya…Arwah Dah Beli Barang Kemas Hadiah Untuk Adik-adik Tapi Tak Sempat Beri

 

 

Satu persatu kisah menyentuh hati membabitkan enam anggota bomba yang terkorban dalam insiden lombong tinggal di Puchong dikongsi di media sosial.

Daripada kisah di lokasi hinggalah ahli keluarga mangsa yang terlibat. Terbaru adalah melibatkan allahyarham Yahya Ali, 24 tahun yang berasal dari Mukah Sarawak ini.

Pemergiannya meninggal ibu dan ayah tersayang selain tiga orang adik beradiknya. Arwah Disifatkan sebagai abang penyayang dan sentiasa mengambil berat perihal adik beradiknya.

Sempat beli tapi tak sempat serah

Apa yang menyentuh hati, arwah sempat membeli dua utas barang kemas untuk dihadiahkan kepada adik-adiknya.

Perkara itu didedahkan oleh Zubaidahsbahii Idah yang juga kenalan rapat arwah Yahya. Dalam satu posting di Facebook beliau menceritakan bagaimana Yahya yang dianggap sebagai sebahagian keluarganya sempat membeli dua utas barang kemas untuk diberikan kepada adik-adiknya di Sarawak.

Tak sempat nak post untuk keluarga di kampung. Takpe kita kat sini akan tolong post kan. Kepunyaan arwah untuk adik-adiknya di sarawak. Ya Allah semoga kau tempatkan anak ini di kalangan orang2 yg beriman. Amin,”tulisnya dalam satu posting.

 

Dalam pada itu wanita ini turut bertekad untuk menghantar barang kemas ini pada keluarga arwah di Sarawak sebagai untuk memenuhi hasrat yang tidak sempat ditunaikan itu.

Yahya macam anak sendiri

Menurut Zubaidah dalam posting sebelum itu, arwah Yahya dianggap seperti anaknya sendiri. Hampir setiap hari dia bertemu dengan arwah malah mereka juga akan beraya bersama memandangkan keluarganya berada jauh di Sarawak.

 

 

Dalam pada itu posting Zubaidah ini juga tular di Facebook hingga mendapat ribuan komen yang rata-ratanya dipenuhi kata-kata doa untuk arwah selain takziah untuk keluarganya.

Sama-sama kita doakan agar roh Yahya serta lima lagi rakannya ditempatkan penghuni syurga. Amin.

 

Sumber: Zubaidahsbahii Idah

 

 

 

 

 

 

Lanjutan Kes Bomba Lemas, Dr MAZA Mohon Kerajaan Buat Siasatan

Lanjutan Kes Bomba Lemas, Dr MAZA Mohon Kerajaan Buat Siasatan

 

 

 

Kejadian enam anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong amat meruntun hati seluruh rakyat negara ini. Malang memang tidak berbau. Apabila berlaku kejadian yang meragut nyawa, pasti ramai yang menganggapnya itu sudah takdir ataupun itu sudah ajal mereka.

Pun begitu, berbeza dengan pendakwah Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA. Pandangannya patut diberikan perhatian kerana beliau membezakan antara penerimaan kita sebagai umat Islam terhadap qada dan qadar serta sebagai sebuah kerajaan.

 

Merekalah wira bangsa

Segala simpati buat keluarga enam anggota bomba kita yang terkorban. Doa dari saya sebagai seorang muslim dan rakyat yang selama ini menikmati khidmat bakti Jabatan Bomba dan Penyelamat di negara ini. Mereka dan semua pasukan yang seumpama mereka merupakan wira bangsa yang tidak ternilai khidmat dan budinya buat rakyat. Semoga Allah memberikan ganjaran besar atas pengorbanan mereka dan ditempatkan di syurga yang mulia.

Enam nyawa terlibat, patut siasat

Namun, bagi kita yang hidup bernegara ini, kes ini tidak boleh dianggap remeh. Jika hanya seorang, mungkin boleh dianggap kemalangan yang tidak mampu dielakkan. Namun, apabila berlaku kepada enam nyawa, maka satu siasatan lengkap dan bertanggungjawab perlu dilakukan segera.

Takdir itu pegangan jiwa antara kita dengan Allah

Perkataan ‘sudah takdir’ untuk pegangan jiwa seorang individu mukmin antara dia dan Allah. Namun, bagi sebuah kerajaan, ia bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apakah yang sebenarnya terjadi supaya tidak diulangi kelemahan yang lepas. Tidak munasabah untuk mencari satu jenazah membawa kepada korban enam nyawa yang masih muda dan amat berharga.
Ya Allah! Tempatkan mereka di syurga yang indah!

 

 

View this post on Instagram

 

Segala simpati buat keluarga enam anggota bomba kita yang terkorban. Doa dari saya sebagai seorang muslim dan rakyat yang selama ini menikmati khidmat bakti Jabatan Bomba dan Penyelamat di negara ini. Mereka dan semua pasukan yang seumpama mereka merupakan wira bangsa yang tidak ternilai khidmat dan budinya buat rakyat. Semoga Allah memberikan ganjaran besar atas pengorbanan mereka dan ditempatkan di syurga yang mulia. Namun, bagi kita yang hidup bernegara ini, kes ini tidak boleh dianggap remeh. Jika hanya seorang, mungkin boleh dianggap kemalangan yang tidak mampu dielakkan. Namun, apabila berlaku kepada enam nyawa, maka satu siasatan lengkap dan bertanggungjawab perlu dilakukan segera. Perkataan ‘sudah takdir’ untuk pegangan jiwa seorang individu mukmin antara dia dan Allah. Namun, bagi sebuah kerajaan, ia bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apakah yang sebenarnya terjadi supaya tidak diulangi kelemahan yang lepas. Tidak munasabah untuk mencari satu jenazah membawa kepada korban enam nyawa yang masih muda dan amat berharga. Ya Allah! Tempatkan mereka di syurga yang indah!

A post shared by Dr MAZA (@drmaza_official) on

 

VK pun turut simpati terhadap keluarga mangsa. Takziah VK ucapkan. Namun saranan Dr Maza ini pun patut diberikan perhatian. Memang sudah ajal namun kerajaan patut juga buat siasatan terperinci termasuk SOP yang digunakan. Tun Dr Mahathir pun sarankan yang sama juga kan? Supaya tidak berlaku lagi kejadian meragut nyawa lebih ramai.

Sumber: Dr MAZA & Sinar Harian

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: