‘Maafkan Kesalahan & Dosa Saya…”Dugaan Ustaz Ebit Lew Hilang Pendengaran Telinga Kanan

‘Maafkan Kesalahan & Dosa Saya…”Dugaan Ustaz Ebit Lew Hilang Pendengaran Telinga Kanan

 

 

Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, beliau antara pendakwah yang disenangi ramai. Beliau bukan saja mesra di media sosial tapi turut turun padang melakukan street dakwah bersama golongan terpinggir oleh masyarakat.

Namun aktiviti Ustaz Ebit ini mungkin akan sedikit terjejas dengan dugaan yang diterima.

Terbaru melalui perkongsiannya di instagram Ustaz ebitlew mendedahkan beliau kini diuji dengan masalah pendengaran bila mana telinga sebelah kanannya tidak dapat mendengar ekoran masalah saraf.

Menurut Ustaz perkara itu mula dirasai semasa satu sesi ceramah bila mana dia merasa kurang stabil dan tidak dapat mendengar suara sendiri.

Menganggap itu sebagai ujian kasih sayang dari Allah, Ustaz Ebit turut memohon netizen memaafkan kesalahan dan dosanya. Sebak VK baca perkongsiannya.

 

View this post on Instagram

 

Dengan rendah hati pohon doa semua yer..Allah uji dan beri sesuatu kerana dia sayang. Telinga sebelah kanan saya dah tak dengar apa-apa. Mula-mula tahu rasa sebak sangat. Bila Dr kata mungkin sebab saraf setelah diperiksa.. Rasa nak menangis sebab masa nak peluk orang masa ceramah tiba-tiba rasa kurang stabil. Dan bila ceramah saya dah tak boleh agak suara saya kuat ke perlahan. Tapi syukur kerana saya cuma rasa cakap pada hati saya sendiri..syukur ada sebelah lagi boleh dengar.. Ujian kerana kasih sayang Allah. Dah lama dia beri pelbagai nikmat. Bila hilang nikmat ni terasa sayu sangat. Disebalik ujian ada rahmat Allah. Itulah saya harapkan keampunan Allah atas segala dosa. Rupanya hilang satu nikmat ini saya semakin peka pada sekeliling. Saya belajar melihat semuanya dengan mata dan belajar merasainya.. Buat semua sahabat pohon doakan saya yer. Dengan rendah diri saya minta maaf pada semua yer semua kesalahan dan dosa saya..saya cuma insan yang lemah dan berdosa. Saya doakan semua sihat dan bahagia dunia dan akhirat..-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Dengan rendah hati pohon doa semua yer..Allah uji dan beri sesuatu kerana dia sayang. Telinga sebelah kanan saya dah tak dengar apa-apa. Mula-mula tahu rasa sebak sangat.

Bila Dr kata mungkin sebab saraf setelah diperiksa.. Rasa nak menangis sebab masa nak peluk orang masa ceramah tiba-tiba rasa kurang stabil. Dan bila ceramah saya dah tak boleh agak suara saya kuat ke perlahan.

Tapi syukur kerana saya cuma rasa cakap pada hati saya sendiri..syukur ada sebelah lagi boleh dengar.. Ujian kerana kasih sayang Allah. Dah lama dia beri pelbagai nikmat. Bila hilang nikmat ni terasa sayu sangat.

Di sebalik ujian ada rahmat Allah. Itulah saya harapkan keampunan Allah atas segala dosa. Rupanya hilang satu nikmat ini saya semakin peka pada sekeliling. Saya belajar melihat semuanya dengan mata dan belajar merasainya..

Buat semua sahabat pohon doakan saya yer. Dengan rendah diri saya minta maaf pada semua yer semua kesalahan dan dosa saya..saya cuma insan yang lemah dan berdosa. Saya doakan semua sihat dan bahagia dunia dan akhirat..-ebitlew

Sama-sama kita doakan  agar masalah pendengaran Ustaz Ebit sembuh dan dia dapat terus berdakwah dengan caranya.

 

 

Sumber:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: