[UPDATE] Kes Wanita Ditahan Di Singapura, Kini Hamil 4 Bulan, Rindu Suami Dan Anak

[UPDATE] Kes Wanita Ditahan Di Singapura, Kini Hamil 4 Bulan, Rindu Suami Dan Anak

 

 

Umum mengetahui kes seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Singapura atas kesalahan menjual barangan tiruan di negara tersebut. Wanita itu, Nur Sabrina Ahmad kini berada di sana sementara menunggu tarikh perbicaraan kesnya pada 24 Oktober 2018 nanti.

Melalui Pengasas Project GoodWill Aid Singapore, Siti Nurani Salim, Vanilla Kismis mendapatkan sedikit perkembangan Sabrina di Singapura.

Pengasas Project GoodWill Aid Singapore, Siti Nurani Salim

Hamil 4 bulan

 

Sabrina kini hamil empat bulan. Saya pernah dua kali tolong bawa Sabrina jalani pemeriksaan kehamilan. Saya dapat tahu kes Sabrina ni sebab viral di facebook 1 Oktober hari tu. Dari situ saya bertukar nombor telefon dengan Sabrina. Saya dapat tahu dia mengandung. Lepas tu saya tanya dia ada jumpa doktor tak? Sabrina jawab belum lagi. Jadi saya tawarkan diri untuk bawa dia buat pemeriksaan. Saya ingin membantu lagipun seorang ibu bila dapat tahu mengandung mestilah nak tahu kondisi bayi dapat kandungan sama ada sihat atau tak.

Sabrina menjalani pemeriksaan kesihatan kehamilan.

Hantar makanan

Atas dasar kemanusiaan, ada kala saya hantar makanan untuk Sabrina. Saya juga ada bawa jumpa Sabrina jumpa kenalan yang berkhidmat sebagai peguam. Saya pengasas Projek GoodWill Aid Singapore yang turut membantu golongan yang memerlukan. Tapi kami tidak berada di bawah badan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya kami Sendirian Berhad.

Alahan mengandung

Biasalah wanita mengandung mesti ada alahan. Begitu juga dengan Sabrina. Menurut Nurani, Sabrina semakin pulih daripada keadaan kesihatannya sebelum ini. Cuma batuk-batuk sahaja. Mungkin kesihatan itu disebabkan hormon dalam badannya yang baru-baru mengandung.

“Bil Sabrina jalani pemeriksaan kesihatan kehamilan semuanya dibayar melalui wang sumbangan orang ramai melalui bake sale charity. Sebagai rakyat bukan warganegara Singapura, memang kos bil pemeriksaan kehamilannya agak mahal.

Bantuan GoodWill

Bagi kes Sabrina, GoodWill ada membantu dari segi kutipan kewangan melalui bake sale charity dan juga mencari peguam.

“Duit yang terkumpul akan kami serahkan pada Sabrina esok. Kami dah bantu setakat yang termampu. Mungkin Sabrina sudah dapatkan khidmat guaman, cuma segalanya masih dalam perbincangan. Selain GoodWill, ada juga bantuan daripada orang perseorangan misalnya Puan Nana yang bantu mendapatkan sumbangan makanan. Manakala Puan Shariffah yang bantu dapatkan sumbangan kewangan untuk Sabrina.”

Rindu suami dan anak

Tinggal berjauhan daripada suami dan anak-anak membuatkan Sabrina hidup dalam kerinduan. Apatah lagi dengan keadaan dirinya yang berbadan dua. Tambah sedih anaknya yang masih kecil ditinggalkan ketika masih menyusu badan. Hati ibu mana yang tidak sedih. Menurut Nurani, Sabrina ada mengadu padanya yang dia rindu pada keluarga terutama pada anak-anak dan suami. Namun keadaan memaksa untuk dia terpisah sementara waktu sehingga kes penahanan di negara tersebut selesai.

VK tak mampu nak menahan perasaan dengan kes ini. Mana-mana wanita yang bergelar ibu pasti faham perasaannya. Bengkak susu, mengandung pula, duduk pula berjauhan. Semoga kes cepat selesai dan Sabrina dapat kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin.

Baca kisah sebelum ini: https://www.vanillakismis.my/saya-nak-balik-malaysia-ibu-hamil-ini-rayu-bantuan-untuk-elak-dipenjarakan-di-singapura/

Sumber: Siti Nurani Salim

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: