Buat Aksi ‘Fake Fall’ Paling Menarik! Selepas Kiki, Falling Star Challenge Pulak Jadi Ikutan

Buat Aksi ‘Fake Fall’ Paling Menarik! Selepas Kiki, Falling Star Challenge Pulak Jadi Ikutan

 

 

Selepas Kiki, terbaru yang mula nampak jadi ikutan di negara kita adalah Falling Star Challenge. VK tengok dah ramai yang post gambar-gambar seolah-olah jatuh dari kenderaan dalam keadaan tersembam dengan barang berselerakan.

Tak paham kan? Tapi inilah dia challenge terbaru di media sosial. Apa ke motif ambil gambar jatuh tersembam nih dan dari mana asal trend ni?

Kalau korang perasan, foto challenge ini jika dari luar negara semuanya memaparkan empunya diri jatuh dari kereta mewah dengan duit berterabur, tapi kat Malaysia lain la pulak.

Ha tulah jangan sibuk nak ikut jer tapi tak tahu cerita. Meh sini akak VK nak beritahu sebabnya!

Apa dia Falling Star Challenge?

Cabaran yang menggunakan tanda pagar #fallingstars2018 ini mengajak netizen berkongsi foto ‘best fake fall’ mereka.

Mereka kemudian yang mencabar dan mencadangkan nama rakan atau follower mereka untuk melakukan perkara yang sama.

 

 

Ko ada private jet?

Dari mana ?

Trend yang banyak dikongsi di instagram ini sebenarnya bermula di Rusia dan ia popular di kalangan jutawan di sana. Sebab itulah korang tengok,  fake fall mereka ini dari kereta mewah.

Bukan itu saja ada juga golongan elit ini buat fake fall dari helikopter,  jet peribadi dan kapal layar mewah. Kat Malaysia?

Di Rusia trend ini sudah tersebar sejak bulan Ogos lalu malah turut diikuti oleh netizen di Eropah.

Pada VK, macam takde faedah jer nak ikut challenge ini. Dah la baju kotor, nak kena ‘cium’ jalan pulak tu. Huh!

 

Sumber: The Sun

 

 

Trend Majlis Aqiqah Macam Majlis Nikah Tak Perlu Diteruskan. Buat Ikut Sunnah Bukan Sebab ‘Class’

Trend Majlis Aqiqah Macam Majlis Nikah Tak Perlu Diteruskan. Buat Ikut Sunnah Bukan Sebab ‘Class’

 

Trend sekarang bukan majlis kahwin saja dihias dengan pelamin, tapi majlis aqiqah pun turut punya deko yang sama.  Nampak ‘grand’ sungguh dengan hiasan bunga-bungaan dan buaian cantik.

Melihat ramai selebriti melakukan majlis sebegini maka kita golongan biasa-biasa pun mengikut. Tapi wajarkah.

Perkongsian daripada Taufiq Salleh ada benarnya, semoga ia menyedarkan kita antara tentang trend yang tak perlu diteruskan ini.

Memang menjadi trend bila lahir anak buat majlis Aqiqah + berendoi beberapa tahun kebelakangan ni siap pelamin, marhaban, potong rambut bayi seorang sedikit buh dalam air (yang dinisbahkan pada nama bercukur).

Lagi sakan orang buat macam ni bila ambil contoh yang dibuat oleh selebriti terkenal. Ha.. Nak ikut artis tu buat ni, buat itu.. Barulah ‘Class’ katanya….

Hmm… Semua tu bukanlah ajaran Islam dan ini adalah budaya yang bercanggah dengan amalan yang Nabi ajarkan. Untuk apa buat majlis habis duit, penat-penat tapi pahala tidak diraih?? Silap hari bulan kalau tak buat majlis macam ni boleh dianggap tak sempurna pula.

Suami mainkan peranan anda

Suami, mainkanlah peranan anda sebagai ketua keluarga. Bila lahir anak, tahniqkan sendiri.. Usah kejar ustaz2 nak tahniqkan anak, keberkatan ibu ayah itu sendiri lebih utama.

Di hari ketujuh cukurlah rambut anak, timbang rambut tu kemudian kita sedekah ikut harga semasa emas atau perak. Sedikit tips, lepas cukur lumurkan kepala anak dengan air za’faran agar rambut anak tumbuh sekata, ia juga sunnah.

Tak perlu tunggu nak usung anak keliling orang kemudian orang potong rambut bayi selai dua helai buh dalam air. Amalan pelik apa tu?

Sunnah Nabi ajarkan cukur bagi habis terus, bukan dok bawa keliling orang suh potong rambut. Siap ketuk dengan daun kunyit ke apa ntah sebelum potong rambut, pastu tabur daun lagi. Ingat main masak-masak?

Kemudian, ada duit buatlah Aqiqah kambing untuk anak. Kambing, bukan lembu, ayam atau itik sebab Nabi kata kambing. 2 ekor untuk anak lelaki, seekor anak perempuan. Isytiharkan nama anak anda pada hari tersebut dan buat majlis makan kenduri tanpa perlu buat tahlil semua ni.

Tak perlu bazirkan duit buat pelamin

Jemput orang datang makan, kalau orang nak tengok anak boleh tengok dan doakan kemudian angkat kaki beransur.. Mudah je.. Tak perlu bazirkan duit buat pelamin untuk anak, anak tu bukan tau apa pun sebab yang dia tahu nak tidur je.. Asal kalau tak letak anak dalam katil tanpa letak atas pelamin cantik2 ni anak lambat membesar ke camana?

Percayalah bila anda buat ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak anda seperti air hujan mencurah-curah. Allah berkati usaha anda yang mengikuti amalan yang dilakukan oleh Nabi. Jika dulu kita tak buat ikut sunnah, semoga Allah ampuni dosa kita.

Ada anak lagi kita perbetulkan bagi ikut sunnah. Itu jam kalau orang lain pelik pasal kita tak buat majlis macam anak sebelum ni jangan rasa malu pula. Kita patut bangga kita mengikuti ajaran sunnah Nabi, dan kita nak majlis itu menjadi sebagai salah satu ibadah. Kalau penat pun, lega ikut sunnah…

 

Sumber: Taufiq Salleh

 

 

 

Trend Fesyen Terbaru Seluar Peha Ayam Goreng! Viral & Jadi Bahan Jenaka Di Jepun

Trend Fesyen Terbaru Seluar Peha Ayam Goreng! Viral & Jadi Bahan Jenaka Di Jepun

 

Selepas trend bulu hidung terkeluar, datang pula fesyen terbaru. Seluar peha ayam goreng! Ya betul memang ada fesyen ni di Jepun.

Fesyen seluar peha ayam goreng ini mula jadi viral di media sosial sejak minggu ini selepas dikongsi oleh seorang pengguna Twitter iaitu k_kazu_magi.

Seluar berkenaan ditemui oleh beliau selepas melayari laman web membeli belah popular di Jepun iaitu Rakuten. Ia dijual pada harga RM347 sehelai.

“Apa yang terbayang di fikiran selepas melihat seluar ini adalah…KFC. Macam ayam goreng,” ujarnya.

Tweet beliau mendapat perhatian netizen negara itu hingga menerima lebih 53k retweeted selain 65k respon like.

Kebanyakan netizen bersetuju dengan perbandingan tersebut malah berkongsi pelbagai gambar lucu mengaitkannya dengan seluar tersebut.

Amacam korang berani nak pakai?

Sumber: wwww.boredpanda.com

 

 

Gigi Taring Jadi Trend Wanita di Jepun, Nampak Manis & Muda Katanya!

Gigi Taring Jadi Trend Wanita di Jepun, Nampak Manis & Muda Katanya!

 

Kehadiran gigi taring mungkin dilihat kurang cantik kerana tersembul keluar tapi selepas membaca trend dari Jepun ini anda mungkin boleh berbangga dengan gigi ini.

Kalau di sini ramai anak muda yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk membuat pendakap gigi bagi mendapatkan gigi yang rata dan cantik tapi di Jepun lain pula.

Gadis-gadis di sana sanggup mendapatkan rawatan untuk memasang gigi taring. Lebih mengejutkan kos untuk memasang boleh dikatakan agak mahal.

Kos yang dikenakan untuk sepasang gigi taring kira-kira &390 (RM1,670).

Namun, terdapat juga gigi taring palsu yang boleh dibeli kedai kosmetik namun ianya tidak bertahan lama.

Bagi gadis Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman lebih menawan dan nampak lebih cantik. Selain itu, mereka yang memiliki gigi taring juga kelihatan lebih muda dan comel.

Gigi taring terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.

Sumber: Hanasuva

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: