Kaum wanita yang selalu kat dapur memang ada banyak wishlist barangan untuk membantu kurangkan kerja.
Salah satunya adalah mesin basuh pinggan. Iyalah kalau rumah ada ramai penghuni dan suka makan letih juga nak membasuh pinggan. Jadi solusinya alat inilah.
Tapi kalau dalam persimpangan dilema untuk membeli dishwasher, boleh baca dulu review dari Puan Liyana Nazli ini. Dikongsi oleh hampir 14k, ternyata memang ramai berhajat nak membeli.
Pengalaman selepas guna beberapa minggu
Boleh bandingkan saiznya dengan food processor.
Menunaikan janji nak review dishwasher. So macam mana pengalaman dah beberapa minggu guna dishwasher ni? Letsssgoo!
Sebenarnya dah lama dah seriously nak beli dishwasher. Sebab rumah ni memang dapurnya berasap 2-3 kali sehari, jadi memang banyak spend masa di dapur. Dah masak kena kemaskan dan basuh pinggan pulak. Alangkah best kalau ada yang tolong basuhkan (tanpa disuruh!).
Pilih dishwasher table top
Dah survey dari tahun lepas, tapi masa tu tak banyak pilihan sangat dalam pasaran Malaysia. Kami aim yang table top sebab senang nak manage. Tak perlu terbongkok-bongkok nak isi dan ambil pinggan.
Pilihan yang ada masa tu Panasonic NP-TR8HQMY harga RM2.5k++ tapi saiz kecil. Next yang besar sikit ialah Bosch tapi mahal sangat pulak sampai RM3k++. Terpaksalah lupakan sekejap. Tapi tahun ni macam perlu juga sebab PKP ni memang tak larat nak urus rumah, PDPR anak-anak, kerja, belajar arghhh!
Terbaca review brand Toshiba ni. Tahun lepas model ni tak ada lagi dalam pasaran Malaysia. Cakap jelah semula kat husband isi hati kita ni kan, manalah tahu ada rezeki. Dia buat muka tak layan je.
Ads
Harga mampu beli RM1.1k
Rupanya diam-diam dia pergi ukur bagai dimension dia. Suatu hari kita balik rumah tetiba ada kotak besor tengah-tengah dapur. Dishwasher yeay! Dia kata dia beli tanpa modal. Side income tepi-tepi dialah agaknya.
Harga jauhhh lagi murah daripada jenama yang lain RM1.1k sajaaa. Jadi dishwasher ni bukanlah luxury items untuk yang memerlukan.
Tapi tak terus pasang sebab nak kena manage piping dia. Yang ni kami memang panggil tukang untuk buatkan sebab nak kemas. Kalau buat sendiri susah juga sebenarnya. Dia kena ada saluran untuk air masuk dan keluar.
Boleh sumbat semua periuk, pan pun boleh
Sama macam mesin basuh ya. Air keluar tu kami alur kat lubang sinki saja.
Saiz dia alhamdulillah puas hati memang sis sumbat saja segala apa yang muat. Pinggan, cawan, periuk, pans, sudu, semualah.
Ads
Kat rumah ni mesin ni berjalan 2 kali sehari. Batch sarapan dan makan tengah hari satu cycle, batch minum petang dan makan malam satu cycle. Dia ada 9 mode bergantung kepada jenis kotoran yang kita nak bersihkan tu.
Heavily soiled dishes guna mode Hygiene. Dia akan panaskan air kepada 70C selama 160 minit. Yang ni hasil memang tip toplah! Tapi sis selalu guna option Eco je. Yang tu pun insyaAllah bersih dah pinggan. Tapi 185 minit gaklah dia nak menyental.
Guna sabun khas, kena susun
Dan beberapa options lain yang lebih cepat siap basuh. Bergantung kepada kadar kekotoran dan seberapa urgent kita nak guna pinggan! Sabun guna sabun khas. Beli online je pun.
Kami guna jenama Finish 1 kg. Sekali guna tak banyak pun. Insya-Allah jimat. Beli sekali dengan Rinse Aid dia utk hasil pinggan yang berkilau. Tapi tak guna pun takpe Rinse Aid ni.
Ads
Tapi bila guna dishwasher ni yang penting kena susun pinggan tu elok-elok bagi bahagian yang kita nak cuci tu tak tercover dengan pinggan lain dan tak menadah air. Kalau salah susun memang tak bersih juga. Susun pun berseni hahah kasi muat semua.
Kelebihan jimat air
Kelebihan guna dishwasher ni ialah penjimatan air berbanding kita basuh secara manual. Sekali pusing kos elektrik dia dalam 15 – 30 sen hasil pengiraan jurutera elektrik kat rumah ni. Haha! Dan of course, jimat masa dan tenaga. Masa yang lebih tu boleh buat benda lain yang lebih productive lagi insyaAllah.
Disertakan gambar-gambar bukti sebelum dan selepas untuk membantu para suri rumah tangga menghasut suami masing-masing.
Ini bekas casserole berkerak. Jadi licin bersinar lepas basuhPinggan ada kuah spaghetti sikit-sikit. Tak ada masalah!Bekas cawan kopi yang selalu lambat basuh
Kita dah reviewkan siap-siap mana murah nak beli dan sampai terus depan pintu rumah. Ni linknya ya.
Nak cepat pergi kerja tapi kena goreng nasi dulu untuk anak-anak makan pagi. Paling pantas buat nasi goreng chili flakes.
Tak perlu tumbuk cili atau bawang. Hanya perlu potong dan tumis saja. Tak perlu pedih tanya dan tak banyak cuci barang lepas masak. Tapi hasilnya sedap…
Cara buat nasi goreng chili flakes, cepat siap dan sedap
Bangun pagi hujung minggu ni, nak sediakan sarapan paling cepat tapi sedap? Masak nasi goreng resepi saya ni. Tak ada menumbuk, tak ada pedih, tak ada banyak nak kena cuci.
Bahan-bahan: (2 orang makan)
2 hidangan nasi sejuk
1 kiub ikan bilis / ayam
2-3 sudu besar empingan cili (chili flakes)
2 butir telur
1 biji bawang merah besar
Gula secukup rasa
Cara membuat:
1. Potong bawang, guna penyagat pun boleh. Kemudian tumis.
2. Bila bawang dah mula keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh. Kalau ada lebihan dari Domino’s, boleh juga guna.
3. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya meriah macam ni. Bau dia memang menggiurkan. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.
4. Dah boleh masukkan nasi. Gaul hingga sebati.
5.Sekarang perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Kadang kala saya gantikan dengan kicap cair. Kemudian kena letak gula sikit. Saya letak 1 sudu kecil. Ia mengharmonikan pedas dan masin.
6. Akhir sekali saya letak telur. Ada orang suka letak awal.Terpulang pada cara masing-masing.Pastikan telur betul-betul masak.
Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.
Nasi Goreng Cili Kering ni pedas, masin, dan sedikit manis. Manis dari bawang terkaramel dan secubit gula yang kita yang masukkan tadi. Umami dari perasa ikan bilis menjadikan ia gurih.
Kalau dah goreng ikan, kena ada lauk berkuah. Paling mantap gabungannya adalah masak lemak kobis ini. Ada pulak budu atau sambal belacan memang boleh licin nasi seperiuk mengadap lauk simple ini.
Cara buat masak lemak kubis ini pulak memang senang. Bahannya kobis, santan, bawang dan ikan bilis je. Kalau tak tahu juga caranya boleh ikut perkongsian Suisan Aliezsha ini.
Cara buat masak lemak kubis
Nah belanja menu hujan masak lemak kubis,ikan goreng & budu. Dah lama sangat tak buat. Licin nasi dalam periuk🤣! Ini cara-caranya;
1. Ambil sebiji setengah kelapa parut. Perah ambil pati sahaja, kalau kobis banyak lebihkan kelapa jangan kedekut santan.
2. Potong kubis, cuci dan toskan.
3. Bahan campuran, cili besar, bawang besar, ikan bilis. Boleh masuk bahan lain terpulang, udang kering atau sebagainya.
4. Masukkan santan & ikan bilis dalam kuali masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul.
5. Bila kuah dah masak & pekat, masukkan kobis lalu kacau. Masukkn cili besar & bawang besar, garam secukup rasa. Siap!
Hidang dengan ikan goreng dan budu atau sambal belacan memang mantap.
Kek ini kalau makan atau beli di restoran mahupun kafe harganya lebih RM10 sepotong. Mahal, apalagi kalau makan dengan famili. Paling sikit ambil 2 atau 3 potong.
Sedangkan pada harga ini sebenarnya kalau kita buat sendiri boleh dapat sebiji kek. Jadi bagi penggemar cheesecake eloklah cuba buat sendiri. Sebab caranya pun mudah kalau ikut resipi dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Menurutnya kos beli bahan tak sampai pun RM30.
Cara buat blueberry cheesecake, modal RM30 makan satu famili