Cara memasak kita sehari-hari memang guna banyak minyak. Menjadi masalahnya bila nak buang minyak masak terpakai yang dah hitam legam ni.
Memang boleh jual semula minyak tapi tak semua tempat ada. Nak buang kat singki nanti tersumbat, nak buang kat longkang jadi kotor.
Mahu tak mahu kena buang juga dalam tong sampah. Tapi selalunya minyak akan meleleh dan lagi stres kalau menitik atas lantai. Satu kerja nak bersihkan kembali minyak ni. Renyah betul!
Tapi tip yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad ini boleh membantu selesaikan masalah kaum ibu kat dapur.
Guna hardener
Ramai yang tak tahu rupanya ada produk dijual di pasaran yang boleh digunakan untuk membekukan minyak masak terpakai supaya proses membuang bahan ini lebih mudah.
Produk yang dipanggil cooking oil harderner atau pengeras minyak masak ini boleh dibeli di Daiso dengan harga RM5.90, setiap kotak mengandungi 5 pek.
Cara-caranya:
1. Beli “hardener” @ pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).
2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardener.
3. Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.
4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah.
Ramai yang tanam pokok kunyit di rumah. Jika tanam dalam pasu dan pokok dah besar, elok juga jika dikeluarkan untuk biakkan supanya dapat lebih dari satu pokok.
Cara untuk biakkan pokok kunyit boleh ikut perkongsian Mohd Amri.
Cara biakkan pokok kunyit
1. Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
2. Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru. Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.
Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.
3. Lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.
4. Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!
4. Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa. Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat RM7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.
5. Untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu.
Selepas penat bekerja makan gaji bertahun-tahun lamanya ramai antara kita yang berhajat nak berhenti dan bersara awal. Tambah pulak umur dah masuk 40-an dan simpanan pun dah ada sikit-sikit.
Tapi sebelum ambil keputusan besar itu fikir dulu masak-masak. Adakah simpanan yang ada itu cukup untuk bekalan bersara nanti. Baca nasihat daripada Pengurus Sumber Manusia, Marlia Ramli yang mempunyai 17 tahun pengalaman dalam bidang tersebut.
Pesara perlu RM1,500 sebulan
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, seorang pesara memerlukan sekurang-sekurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan.
Menurut beliau, keperluan tersebut menjadi lebih tinggi terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.
Untuk lima ke 10 tahun akan datang, RM1,500 tidak mencukupi melainkan pesara bebas daripada hutang atau mempunyai sumber simpanan lain. Dan kos perbelanjaan ini tidak termasuk ancaman inflasi juga isu kesihatan!
Ini belum lagi cerita bila dah bersara, rumah belum habis bayar. Kerap akak ingatkan bahawa rumah yang kita tinggal bersama keluarga bukanlah asset tapi liabiliti.
Maka, kenapa perlu tinggal di rumah yang memakan kadar bayaran 30% melebihi gaji? Kenapa perlu renovate setiap tahun? Kenapa perlu ditukar langsir dan juga sofa bila tibanya musim raya?
Panduan rancang matlamat kewangan sebelum bersara
Akak faham agak sukar mahu menetapkan matlamat. Maka, akak cuba lakukan draft kasar beberapa matlamat yang anda mungkin mahu lakukan bagi setiap peringkat umur.
Yang baru 20-an, untung lah kerana anda masih punya banyak masa. Namun yang dah “veteran” cam umur akak ni, kita belum terlambat juga. Apa lagi! Lakukan saja pecut kewangan secara drastik!
UMUR 20-AN
💓Jangan follow trend hipster
💓Bina pendapatan kecil-kecilan
💓Belajar menabung 15% – 60%
💓 Cari ilmu kewangan dan belajar
💓 Baca buku, hadiri seminar, cari guru
💓 Mulakan tabung bersara seawal usia
💓 Tanamkan mindset untuk bersara selesa
UMUR 30-AN
💓 Beli takaful perubatan
💓 Mulakan pelaburan secara agresif hartanah, unit amanah, emas
💓 Carilah peluang menjana pendapatan pasif
💓Pastikan dana kecemasan cukup enam bulan gaji
💓 Kenali potensi saham dan laburkan wang lebihan
💓 Bina dana pendidikan anak-anak melalui instrument pelaburan
💓 Sementara muda, lakukan dua kerja dan saving semaksimum angka
UMUR 40-AN
💓 Lindungi asset daripada inflasi dan kuatkan tabungan emas
💓 Elakkan liabiliti jangka panjang
💓 Fokus 100% kepada tabung persaraan
💓 Menabung, menabung dan menabung
💓 Slow down dan tuai hasil pendapatan pasif
💓 Elak acah-acah tambah isteri dengan alasan “life begin at 40”
UMUR 50-AN DAN 60-AN
💓 Selesaikan segala hutang piutang
💓 Berhenti libatkan diri dalam pelaburan berisiko tinggi
💓 Fokus untuk menyampaikan ilmu kepada generasi muda
💓 Berbincanglah dengan pasangan urusan pembahagian harta
💓 Tingkatkan nilai rohani serta kasih sayang terhadap keluarga
💓 Tenang-tenang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
Lain padang lain belalang. Jika anda baca “catatan pelabur bilis yang rojak” anda faham mengapa akak tidak mahu menunggu hingga 55-60 tahun untuk bersara. Akak ingin memiliki kemampuan bersara di usia 45 tahun.
Tak bersara betul-betul pun tak apa
Tak bersara betul-betul pun tak apa. Janji miliki kemampuan memilih untuk terus bekerja atau bersara muda secara selesa.
Akak juga tuliskan matlamat mengikut usia jika anda ingin bersara muda. Manalah tahu, jika anda mahu bersara seawal 40 atau 45 tahun juga.
Silalah baca ulangkaji tulisan level cakar ayam akak tu. Akak cadangkan anda tulis matlamat kewangan mengikut usia di kertas yang besar dan lekatkan di dalam bilik.
Setiap hari baca dan set kan strategi kewangan anda. Biar membara semangat untuk bersara muda dan selesa.
Oh ya! Macam yang akak selalu cakap, kalau nak berbahas selamanya tak akan habis. Ini cumalah cadangan secara general. Akak yakin anda akan sesuaikan ikut keperluan dan kemampuan anda.
Ambillah yang sesuai tinggalkan yang tidak sesuai. Ceduk idea dan binalah acuan mengikut impian anda sendiri.
Pejam mata dan tanya diri. Anda MAHU BERSARA UMUR BERAPA? Maka, ambillah tindakan segera!
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...