Bagi yang suka bercucuk tanam atau pun suka makan sayur terutama salad korang boleh praktikkan cara menanam sayur ini yang cukup mudah.
Tanam dalam botol air mineral saja. Lepas tanam, tinggal dan kemudian boleh tuai. Senangkan! Cara ini dikongsi oleh Nur Aida Md Zainuddin.
Guna teknik tanam, tinggal & tuai (3T)
Ini cara paling murah dan jimat dan senang tanam sayur teknik 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai)
1. Semai dulu anak benih. Boleh guna tapak semaian atau boleh guna sarang telur atau kulit telur. Guna apa pun janji tumbuh benih.
2. Semai guna cocopeat atau sabut. Boleh beli di nurseri satu guni RM15 (sabut ni murah).
3. Bila dah tumbuh dah naik 4 daun kira-kira 2-3 minggu alihkan ke pasu atau bekas yang sesuai. Yang ini Aida guna botol mineral sebab nak buat ala-ala hidroponik. Nak lagi cantik Google beli je bekas hidroponik.
4. Cara buat botol, potong 2 botol mineral kemudian buat lubang pada penutup mineral water. Masukkan benang/kain. Aida bagi naik sampai atas sikit supaya air nanti sampai.
5. Isi sabut sikit dalam botol mineral bahagian atas. Alihkan anak pokok ke dalamnya.
6. Tip alihkan anak pokok supaya akar tak putus guna 2 kayu buat ala-ala chopstik lepas tu tarik keluar.
7. Bahagian bawah letak air + baja AB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal. Kalau air baja dah habis nanti tambahkan.
8. Peringkat awal letak di tempat teduh. Bila daud dah besar sikit beri cahaya matahari.
9. Dah sebulan lebih atau 2 bulan boleh tuai hasil. Sekejap je kan.
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Aida Md Zainuddin
Cara Untuk Speed Up Laptop Atau Desktop Yang Slow Macam Siput!
Bagi yang menggunakan komputer riba atau laptop setiap hari sama ada untuk bekerja atau belajar dah tentu akan berasa tension jika komputer riba lembap macam siput. Memang boleh hangin dibuatnya.
Kadang-kadang rasa nak beli yang baru saja. Tapi sebelum melakukannya kita cuba dulu tip yang dikongsi oleh Ikhwan Mamat ini dalam satu thread di laman Twitter miliknya.
Jika laptop slow
Ini adalah thread untuk troubleshoot/speed up laptop/desktop yang slow macam siput.
1. Kalau laptop lembap, kemungkinan besar laptop penuh dengan junk and viruses, so recommended download program program ni:
- CCleaner
- Malwarebytes Anti Malware
CCleaner useful untuk clean registry dari benda yang unknown, and Malwarebytes ni one step up dari antivirus program biasa. Sekali run maybe kalau laptop yang lembab tu, boleh jumpa 10K viruses.
Biasanya lepas clean Windows by these two things, make a cold boot on your laptop by matikan laptop, cabut battery and power cable,
Hold power button for 10 saat, then letak balik battery and start as usual. You’ll see noticable difference.
2. If any component system Windows tetiba corrupt, no need to panic. Tak perlu pergi kedai spend 50 ringgit format kosong. Do this instead:
Bukak Command Prompt dengan Administrator access, then on the command prompt, type “sfc/scannow”. Biarkan dia scan and auto repair.
3. Sekali sekala please defrag hard drive or optimize garbage collection on SSD, will help with file cache and optimize space.
4. Awal awal beli laptop, make sure hard drive tu create dua partition, biasanya C and D. Guna C for programs and Windows, and D for storage
Note: Makin penuh drive C, makin lembab Windows nak load sebab hard drive occupied dengan banyak data.
5. Masa download program on Internet, make sure link tu verified, or trusted sebab most of the time orang akan tertekan spam link instead.
Tip: kalau pakai Chrome, bila lalukan cursor atas link, kat bottom left corner akan keluar url untuk link tu, a way to detect spam link.
6. Kalau laptop tu banyak sangat program yang diri sendiri pun tak tahu function, then remove satu satu.
Another tip: Untuk windows 8 and above, bukak Task Manager, pergi ke tab Startup, and disable semua kecuali program penting.
This will ensure Windows start lebih laju. And boleh juga avoid dari program pelik pelik guna resource dalam laptop dari awal, melembabkan.
7. Tolong jangan main laptop atas katil. Laptop tu takde fresh air nak regulate thermals for componen laptop. Punca rosak motherboard.
Kalau nak jugak pastikan letak something kat bawah laptop supaya vents tak terhalang dengan cadar/selimut.
8. Ni biasanya sebab Windows tak legit, “Activate Windows” notification. Cara halal would be beli license or cari from Google, Or cara haram would be using activator like KMS Activator by Ratiborus.
Simply type “KMS activator ratiborus” and last updated as July 2017, website ketiga from list is legit. Cant name it due to legal reasons.
Install the program, run using administrator, and one click activation, and korang ada Windows yang dah activate.
9. In some cases ada laptop experience masalah display, and screen tak murah oh. But kadang kadang itu masalah driver atau RAM.
Untuk driver, make sure kalau anda guna laptop Intel + Nvidia combo, download display driver untuk Intel dan Nvidia sekali.
Kalau Intel + Radeon, do the same as above. Nanti kalau driver takde/tak update, video playback nanti macam kena sawan, stutter memanjang.
Or kalau nak main game, game run slow nak mati. But depends juga on your laptop kalau spec memang takleh nak main game tapi nak jugak..erm.
Untuk masalah screen based on RAM, biasanya tukar slot RAM dalam laptop would do the trick. Tapi itu untuk sesiapa yang berani buka sendiri.
Tough luck if those doesnt work. But dont fret, replacement panel secondhand under 200 usually untuk model laptop biasa ni.
Selamat mencuba!
Sumber: Ikhwan Mamat
Buat Sendiri Pepes Ayam Yang Sedap & Cukup Rasa. Baru Puas Makan
Macam sata ikan tapi yang ini dibuat dari ayam. Hidangan pepes ayam dari Johor ini memang sedap, cuma jarang jumpa di kedai makan di Lembah Klang
Kalau teringin, kenalah cuba buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nur Izzati Zulkifli.Cara ini mudah, kali pertama buat pun menjadi.
Buat sendiri pepes ayam sedap & cukup rasa
Alhamdulillah, pertama kali cuba buat pepes ayam. Menjadi, cukup semua rasa cuma cara lipat saja kena perbaiki.
Bahan-bahan
Isi ayam (blend kering sampai lumat)
Telur -2 biji
Cili boh -1 senduk
Daun pisang
Garam
Gula
Serbuk perasa
Santan kotak -setengah kotak kecil
Bahan kisar
Bawang merah -5 biji
Bawang putih -6 ulas
Halia -1 inci
Kunyit hidup -1 inci
Jintan manis -2 sdb
Jintan putih -2 sdb
Ketumbar -2sdb
Serai -3 batang
Cara membuat
1) Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar (kecuali isi ayam dan telur). Masukkan sekali cili boh 1 senduk. Masak sehingga pecah minyak (minyak jangan banyak ya).
2. Masukkan santan kotak dan gaul sebati.
3) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
4) Bila sudah masak tuang adunan dalam bekas dan biarkan ia sejuk.
5) Bila dah sejuk campurkan dengan isi ayam kisar bersama dengan telur 2 biji. Gaul rata.
6) Potong daun pisang (layurkan sekejap).
7) Letak 1 sudu bahan tadi atas daun pisang dan cucuk lidi (saya pakai stapler saja,waktu nak makan kena hati-hati).
8) Kukus selama 20 minit.
9) Siap kukus boleh bakar sekejap. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Izzati Zulkifli.
Jika Kereta Ditenggelami Air Banjir, Jangan Buat Satu Perkara Ini Supaya Kos Baiki Kenderaan Dapat Dikurangkan
Hujung dan awal tahun kebiasaannya banyak negeri akan dilanda banjir. Bezanya antara bah besar atau kecil saja.
Ada yang sempat menyelamatkan harta benda tapi ramai juga terpaksa melihat barang-barang terharga ditenggelami air termasuklah kereta.
Boleh jadi kerana air naik terlalu cepat hingga kereta tak sempat diselamatkan ke tempat yang tinggi. Jika keadaan begini berlaku, ada beberapa tip yang boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan yang ditenggelami air untuk meminimumkan kerosakan dan kos membaiki kereta.
Tip ini adalah berdasarkan pengalaman pemilik kereta yang mengalami kejadian kereta ditenggelami air.
Tip jika kereta ditenggelami air banjir
Sebelum tenggelam
- Jika kenderaan memang tidak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya menutupnya dengan plastik.
- Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan akan dibiarkan tanpa dihidupkan. Biasanya musibah banjir berlarutan berhari-hari malah ada yang lebih seminggu.
- Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.
Ketika tenggelam
- Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Juga, jangan sesekali cuba untuk memandu meredah banjir.
Setelah banjir surut
- Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin! Ini pantang besar yang tidak boleh dilakukan jika kenderaan ditenggelami air.
- Gunakan khidmat lori tunda untuk ditunda kereta ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Sama ada rosak banyak atau rosak sikit.
- Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali. Namun jika enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.
- Bagi sistem transmisi kereta jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin. Flush minyak beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Perkara ini akan diberitahu oleh mekanik. Mungkin perlu 3 hingga 5 kali flush atau mungkin lebih.
- Tapi bagi kereta sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar. Kemungkinan perlu melalui proses overhaul atau lebih teruk dari itu iaitu tak dapat diselamatkan. Atau terpaksa menukar gear box baru. Harap-harap tidaklah sampai macam itu.
- Sistem elektornik kereta mungkin boleh diselamatkan, cuma kesannya akan nampak dalam masa yang panjang.
- Kusyen kereta pula memang akan kotor dan berbau. Ia perlu dicuci biasanya, pihak bengkel akan tawarkan juga khidmat cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir.
- Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab semua kerusi akan dibuka dan dicuci dengan teliti. Akan tetapi selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap akan ada. Terpaksa bersabarlah dengan bau tersebut lebih kurang sebulan.
- Mengenai kos pembaikan, ia sangat subjektif. Bergantung kepada tindakan kita semasa banjir sama ada kita hidupkan enjin atau tidak. Jika enjin kereta dihidupkan, maka kos pembaikan akan menjadi tinggi kerana komponen enjin boleh banyak rosak.
- Jika enjin tidak hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidaklah begitu tinggi. Selain itu ia juga bergantung kepada jenis kenderaan.
Semoga urusan pemilik kereta yang mengalami musibah ini dipermudahkan.