Kalau diperhatikan dua tiga hari ini keadaan cuaca hujan disertai dengan petir. Apa yang menakutkan dalam cuaca sebegini adalah panahan petir yang jika terkena  memang boleh mengakibatkan

Agar kejadian begini tidak berlaku pada diri atau orang tersayang seeloknya kita ketahui apa yang perlu dilakukan ketika berada dalam cuaca begini untuk mengelakkan diri dari jadi mangsa panahan petir.

Berikut adalah 10 perkara yang perlu anda lakukan :

1. Cari tempat perlindungan segera

Hentikan semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!

2. Jarakkan diri dari rakan

Lari untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan sangat bahaya dan berkemungkinan untuk dipanah petir. Jika berkumpulan, jarakkan diri sekurang-kurangnya 50 hingga 100 kaki untuk mengurangkan risiko panahan petir mengenai rakan yang lain.

Teknik Elak Diri Dari Disambar Petir, Salah Satunya Segera Duduk Begini!

IKLAN

3. Jangan guna payung atau beg ada unsur besi

Jangan tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan belum turun. Jangan sesekali gunakan payung ketika adanya petir. Sekiranya mengenakan beg yang ada unsur besi, segera buka.

4. Elak berlindung bawah pokok atau khemah

Jangan berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil, kongsi  atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

Teknik Elak Diri Dari Disambar Petir, Salah Satunya Segera Duduk Begini!

5. Masuk dalam bangunan besar

Cari perlindungan dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.

IKLAN
Selain itu:  Teknik Goreng Telur Mata Kerbau Yang Cantik, Tepi Garing, Bahagian Kuning Cair. Ikut 3 Tip Ini

6. Cari tempat rendah atau masuk dalam longkang kering

Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.

7. Berada dalam Kedudukan Pertahanan Petir

Segera duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. Jangan sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).

Teknik Elak Diri Dari Disambar Petir, Salah Satunya Segera Duduk Begini!

8. Basahkan pakaian

Jika hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

IKLAN

9. Dalam rumah jangan sentuh barang atau kabel elektrik

Di dalam tempat perlindungan, jangan sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. Jangan gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. Jauhkan diri dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.

10. Tunggu 30 minit dari guruh terakhir

Pastikan anda berada didalam tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih bolehmemanah bumi.

Teknik Elak Diri Dari Disambar Petir, Salah Satunya Segera Duduk Begini!

 

Sumber: Astro Awani

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI