Tak dapat dibayangkan kesedihan ibu bernama Puteri Noridayu ini. Luahan dalam Facebook mungkin cara dia meredakannya.
Wanita ini baru kematian bapanya dua minggu lalu. Belum pun hilang kesedihan semalam dia menerima pula berita anaknya Muhammad Fahmie Abdullah terkorban dalam tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Akui ibu ini, anaknya adalah cucu paling rapat dengan ayah dan takdir Ilahi kedua insan yang paling disayangi pergi dalam tempoh yang dekat.
Ads
21 Ogos abah, 14 Sept anak
Mama tak dapat bayangkan Ya Allah
Kali ini mama kehilangan Fahmie
Ads
Kesemua luahan Puteri Noridayu ini mendapat reaksi ramai netizen yang bersimpati dengan nasibnya selain mendoakan ketabahan dia berdepan dengan dugaan ini.
Baru usia 30 hari, anak Fizo dan juga Mawar bakal jadi model tudung Fareeda. Kalau betul, Wan Maryam mungkin jadi model paling cilik.
Sesuailah kan dengan status ibunya Mawar Abdul Karim yang merupakan pengusaha dan juga duta tudung Fareeda. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Mawar dalam satu perkongsian di instagram miliknya.
“Wahai Maryam bakal jadi model tudung kids n blouse fareedagroup. So uncle n auntie stay tune ok. Lepas ni Maryam akan melaram dari mama dia.”
Selain akan menjadi model untuk tudung dan blaus kanak-kanak, ujar Mawar beliau juga akan menggunakan nama Maryam sebagai jenama untuk produk kanak-kanak Fareeda Kids.
Untungnya la Maryam ni. Kita sendiri pun tak sabar nak tengok model cilik ni beraksi. Ini mungkin saingan Aaisyah Dhia Rana.
Fizo dan Mawar menimang cahaya mata pertamanya pada 30 Disember tahun lalu selepas melakukan rawatan kesuburan setelah lebih dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sekian lama hidup sendiri, kini tiba masanya penerbit terkenal, A Aida, 48, akan berkahwin lagi. Jodohnya pula dengan lelaki yang jauh lebih muda, iaitu pelakon, Ariff Aziz, 29. Orang kata kalau dah jodoh tidak ke mana.
Mulai berkenalan sejak empat tahun lalu di bawah produksi A.Aida Production, Arif akui dulu hubungan mereka hanya setakat majikan dan pelakon saja. Namun lama kelamaan perasaan semakin sayang dan serasi. Ariff pernah membintangi drama Di Pinggir Neraka dan Isteri Untuk Diiktiraf.
Walau dikecam di laman sosial masing-masing kerana dianggap tidak sesuai disebabkan jarak usia, namun mereka tetap dengan pendirian.
A.Aida dan Ariff akan dinikahkan pada Sabtu ini di sebuah hotel di Subang Jaya. Majlis pula akan diadakan pada April tahun depan bersempena dengan hari jadi A.Aida sendiri.
A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on
Menurut laporan Sinar Harian, hubungan mereka ni mula jadi bualan netizen apabila Ariff melamar A Aida di sebuah restoran makanan Arab. Masa tu, mereka makan di sana dan kemudian ada lelaki datang sambil bermain gitar. Ketika itulah Ariff melamar A Aida dengan sebentuk cincin.
“Saya tidak menjangka dia nak buat kejutan di tempat awam. Terharu dibuatnya dan hampir menitiskan air mata. Apatah lagi ramai pula yang tengok. Apa pun, saya menganggap ini kenangan paling indah dalam hidup,” ujar A Aida.
Hidup bermadu bukanlah mudah. Walau ada yang bahagia dengan poligami namun ramai yang mengelak kerana tak sanggup nak calar emosi sendiri. Ariff atau Wan Izma Ariff Abd Aziz, 29, dikatakan berjaya memikat hati A Aida kerana sikapnya yang matang. Tapi paling utama bagi wanita ini ialah Ariff bukan milik sesiapa.
“Walaupun dia masih muda, tapi dia matang. Saya menyukai keperibadian dimiliki. Apa yang penting juga, dia bujang dan bukan hak orang. Ariff akan menguruskan majlis nikah kami. Jadi, doakan yang baik-baik dan segala urusan dipermudahkan,” katanya lagi.
A.Aida juga ada menyatakan hasrat untuk memakai tudung selepas berkahwin. Tiada sesiapa yang memaksa. Hasrat itu timbul sendiri dengan adanya nasihat daripada Ariff.
Vanilla Kismis mendoakan kebahagiaan A Aida dan Ariff akan berkekalan. Usia hanya jarak beza yang tidak menentukan bahagia atau tidak sesebuah perkahwinan. Lihat saja contoh terdekat misalnya Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Mereka tetap bahagia walaupun usia berbeza jauh.
Kalau pramugari di negara kita kebanyakannya muda-muda dan cantik-cantik belaka lain pula dengan pramugari syarikat penerbangan American Airlines. Cantik dan muda bukan kriteria utama.
Ini pada usia yang layak dipanggil warga emas masih ada lagi yang bertugas awan biru. Begitulah kelebihan Bette Nash. Berusia 81 tahun, Nash masih bagi bekerja sebagai pramugari dan dikatakan pramugari tertua di dunia!
Nash memulakan kariernya sebagai krew kabin pada tahun 1957, ketika usianya 21 tahun. Bagi Nash, kerjaya sebagai pramugari cukup glamor dan atas sebab itulah dia rela menghabiskan sebahagian besar usianya bertugas di awan biru.
Nash menjadi pramugari selama lebih kurang 60 tahun. Penerbangan pertamanya adalah ketika bersama Eastern Airlines. Malah dia juga sempat terbang dan melayani penumpang seperti Jackie Kennedy, isteri bekas Presiden Amerika, John F. Kennedy.
“Ramai juruterbang yang datang dan pergi. Ada juga yang dah pencen tapi saya tetap di sini,” ujar Nash.
Mengimbas pengalaman menarik bekerja katanya, dahulu penumpang pesawat dibolehkan untuk merokok. Malah dia menghidangkan makanan menggunakan dulang perak dan masih mengenakan sarung tangan putih.
Kini keadaannya sudah jauh berbeza cuma Nash saja yang tidak berubah. Dia masih lagi bekerja memulakan waktu paginya dengan mengenakan mekap selepas sampai di Reagan National Airport di Washington.
Ujar Nash dia tidak mahu terburu-buru menamatkan perkhidmatannya. Selagi masih diberi kesihatan yang baik dia akan tetap mahu bekerja di sebagai krew kabin dan melayani penumpang dengan senyuman dan ramah.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.