Disebabkan terkenal dengan K-Pop dan keindahan Pulau Nami, ramai rakyat negara kita yang ingin menjejakkan kaki ke Korea Selatan. Ramai yang pergi dengan gembira dan berpeluang mengambil gambar yang cantik-cantik namun berbeza dengan lelaki bernama Fahmi Sudirwan yang menggunakan akaun facebook BocahLanang SuDirwan.

Dalam facebook, dia menceritakan kisah dihantar pulang dari Korea Selatan ke tanah air pada hari yang sama dia tiba di sana. Puncanya hanyalah kerana tidak mengisi ruangan Pekerjaan dalam dokumen ketibaan. Tanpa mengetahui ruangan itu wajib diisi bagi mengelakkan sebarang salah faham, akhirnya lelaki ini terpaksa akur dihantar pulang selepas disoal siasat oleh pegawai imigresen di sana.

IKLAN

“Memang cuak juga ketika disoal siasat tu. Dahlah kali pertama ke sana, kita di tempat orang pula tu. Hilang rasa lapar masa tu padahal tak makan apa-apa sejak pagi. Buat masa ni saya masih serik lagi nak ke sana. Tak tahulah kalau lepas-lepas ni mungkin boleh cuba ke sana lagi,” katanya.

Pemergian Fahmi ke Korea Selatan ialah seramai 8 orang (6 perempuan dan 2 lelaki). Dia seorang yang dihantar pulang.

Jom ikuti kisah Fahmi Sudirwan

Tidak Isi Ruangan Pekerjaan, Lelaki Ini Cerita Kisah Pergi Korea Balik Hari

IKLAN

7 ahli kumpulan yang berjaya masuk ke Korea Selatan.

Tiba jam 8 pagi, jam 4.30 petang balik Malaysia

Tujuan penulisan ni adalah disebabkn kerana byk kawan2 yang baik bertanyakan nasib aku semasa berada di sana dan juga sebagai pengajaran serta pengatahuan kepada kawan2 diluar yang ingin pergi ke Korea.

Untuk makluman semua sekarang ni memang kerajaan Korea memandang berat terhadap isu lambakkan pekerja asing di negara tersebut. Hal ini menyebabkan mereka telah mengadakan kawalan ketat di pintu masuk negara mereka. Mana2 pelancong yang mereka rasa meragukan tanpa sebarang alasan terus menghantar pulang pada hari yang sama..

Ha mcm tu la aku kena pada 4/10. Aku tiba di incheon airpot lbh kurang jam 8 pagi dan di hantar pulang ke Malaysia pada jam 430 petang pada hari yang sama.. Ha sebab tu la tajuk penulisan kali ni ke negara k-pop ‘balik hari’

Tidak Isi Ruangan Pekerjaan, Lelaki Ini Cerita Kisah Pergi Korea Balik Hari

Fahmi bekerja part time sebagai pemandu pelancong.

IKLAN

Tak isi ruangan pekerjaan

So apa sebab aku kena hantar pulang? Mcm ni cerita dia..
Bermula dgn tidak mengisi jenis pekerjaan di borang ketibaan dan seterusnya berakhir dengan penghantaran pulang. Seperti negara2 lain yg aku pergi sebelum ni kebiasaannya aku tidak pernah isi jenis pekerjaan di dalam borang ketibaan `arrival card` dan boleh diterima tetapi ni negara korea kali ni aku terkandas.
Pegawai imi bertanya dgn nada yang keras what your job?
Aku cuma ckp government servant
What type (mungkin dia nak tye bahagian apa)
Aku terus jawab fisheries
Nah lepas tu terus dia x paham.
Mungkin dia ingt aku nelayan gamaknya terus aku dibawa ke dalam bilik pengasingan..

Ramai rupanya pelancong dalam bilik pengasingan

Benda pertama buat kat dlm tu mereka mintak cop 2 jari telunjuk kanan dan kiri.. Mcm lagu goyang 2 jari tu.. Tangkap gamba sekeping an dia bg form suh isi.. Semua data yang nk kena isi dalam form tu sama mcm arrival card cuma form dia dlm bentuk A4.

Aku ingat x ramai dalam bilik siasatan sekali penuh manusia.. Ramai pelancong dari thailand masa tu.. Ok nak dipendekkn cerita aku tunggu lebih kurang 4jam ke 5jam sebelum di panggil untuk siasatan. 4-5 jam tanpa di beri mkn kot.. Lapa? Perasaan cuak tu melebihi segalanya..

Nak keluar bagi duit pada rakan

Semasa menunggu masa untuk di soal siasat aku cuba mintak izin dari pegawai imi supaya nak beri wang ng t money kepada rakan yg menunggu di luar.. Haram permintaan aku ditolak sekeras2nya oleh pegawai imi tersebut.

Pekerjaan diragui

Ok masa aku untuk di soal siasat tiba.. Aku dipanggil oleh seorang pegawai imi perempuan dan seorang translater yang boleh cakap bahasa melayu.. Tapi translater tu hanya pada telifon.. Kesemua dokumen yang ada pada aku dia ambik termasuklah wang tunai yang agak banyak untuk diberikan kepada kawan aku beserta 8 keping t money. Soalan pertama yang dia tye mengenai pekerjaan aku.. So mmg aku syak diorang mmg meragui dengan pekerjaan aku..

Ok soalan seterusnya dia tye berapa ramai datang.. So aku ckp 8 orang semua skali.
Sebut nama penuh semua kawan2 awak.
WTF.. Ingt aku tau semua nama penuh customer semua ke? Hurmm. Aku ckp la semua detail nama penuh ada dlm dokumen yang dia ambik td. Terus dia ckp sepatutnya awak kne tau siapa nama penuh kawan2 awak.. Aku dh rasa pahal lak kne hafal semua???

Nak butiran lokasi dituju

Ok next dia tye dtg untuk jln2 kan? Blh tau nk pg mana? Aku just jwb la mana2 tempat yg kami nak pegi.. Skali dia nk detail semua nama tempat.. Aku keluakan itinerary kami terus dia rampas dan marah.. Awak patutnya tau mane tempat yang awak nk pg.. Lah td kan aku dh bg tau.. Sy nak details.. Faham!!
Hey cik imi oii aku first time datang kot kau ingt aku blh hafal semua nama tempat negara kau? Baik aku hafal asmaul husna je.. (tapi yang ni aku jawab dlm hati je la)

Tanya wang tunai dibawa

Soalan last berapa byk duit yang awak bawak.. Spontan jawab 2m won ye la sbb semua dokumen serta beg duit aku dia ambik.. Nk menipu nnt kantoi lakkn so aku jujur je la.. Skali dia jwb knp byk sgt bwk duit? Lah bebal jgk pegawai ni aku pikir dlm hati.. Aku jwb la nk byr htl sambil tunjukkn reservation hotel dlm fail yang aku bwk.. Bayaran pengangkutan sambil tunjuk tiket t money dan selebihnya untuk belanja & shoping..

Awak x sepatutnya bwk duit byk n dape x sepatutnya berikan duit kpd awak sbb awak sendiri x knl mereka bla. bla. bla.
Aku dah mcm hmmmmmmm… Dia x paham gamaknya apa yang aku ckp td..

Tak dibenarkan masuk

Sblm mengakhiri soal siasat aku cuba berkomunikasi dgn translater supaya maafkan aku sbb ni first time dtg ke nagara korea ni.. Blm sempat translater hbs ckp terus dia putuskan panggilan phone.. Terus dia hulurkan aku satu form untuk aku sign.. Dia ckp yang aku x dibenarkan masuk ke korea.. Aku cuba memintak izin untuk memberikan wang dan t money kepada kawan yang tggu di luar.. Dengan nada yang sombong dia ckp NO!!

Setelah selesai soal siasat aku terus diiring ke ruang pelepasan antarabangsa untuk dihantar pulang ke Malaysia. Siap escort sampai dlm flight kau.. Fuhh. Pasport aku mmg dia pegang dan diberikan setibanya di klia….

Pesanan untuk semua

Begitulah sedikit sebanyak kisah aku ke negara Korea Balik Hari.
Pesanan aku pada korang yang nk ke korea pastikan segala persiapan mental dan fizikal.. Klu blh hafal semua tempat yang korang nk pg tu.. Ye mmg x semua org dia akan panggil tp klu nasib x baik jadi mcm aku la.. Pastikan arrival card korang isi penuh.. Jangan tgglkan ruang kosong.. Bermula dgn x tulis pekerjaan di akhiri dgn penghantaran pulang weh.. Sedih mmg sedih weh tp aku pikir positif je la.. Allah perancang yang terbaik.. Hanya Dia yang tahu segala-galanya.

Finally thanks to big bos Fais Taib and NurulNawayi.. Sory beb sempat bersama korang sampai airport je.. Hahaha.. Kpd customer Ellyne Lyana n the geng sorry sbb aktiviti korang tergendala sbb aku.. Hope korang x serik join trip DerakVenture lagi.. Buat wife NaDir Hashim cr tempat lain eh x yah p korea dah.. Hahaha.. Fanally buat kawan2 yg x putus2 tye mcm mne keadaan setelah tau keadaan aku thanks byk2.. Insyallah nnt klu jumpa dpn2 aku story la kat hangpa yg penting payung kopi..

Wassalam..

Melalui kisah Fahmi ni, VK rasa ada baiknya jika kita isi setiap ruangan yang diperlukan. Ini kerana ada negara yang tegas dengan setiap maklumat yang diperlukan. Korea Selatan juga adalah negara yang kurang menggunakan bahasa Inggeris. Jadi apa-apa pun jadikan kes Fahmi sebagai iktibar. Mana yang elok kita ikut, kang tak pasal-pasal gi Korea Selatan balik hari macam Fahmi.

Selain itu:  Genting Highlands Premium Outlets Dah Buka, Jom Shopping Sini Pulak!

 

Sumber: Fahmi Sudirwan

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI