‘Tidak Mengapa Anak, Kita Kena Redha. Biar Tuhan Yang Balas Segalanya.’ Throwback Menyentuh Hati Rita Rudaini

Share

 

 

Membesarkan dua anak tanpa tanpa suami dan gigih memperjuangkan hak anak-anak selepas perpisahan memperlihatkan kekuatan dalaman pelakon bernama Rita Rudaini ini.  Pada VK anak-anaklah yang menjadikan Rita sekuat ini.

Pun begitu yang terlihat tabah dan kuat itu ada masanya hati akan tersentuh juga bila mengingat kepayahan demi kepayahan yang dilalui. Demikian juga buat Rita yang juga ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Rita semalam berkongsi episod duka yang dilalui oleh anak-anaknya satu ketika dulu. Bila mana pada usia yang masih kecil tidak mengerti apa-apa dua anaknya terpisah kasih sayang dari bapa mereka.

Tiba-tiba hari mereka sunyi

Di waktu dan sekecil ini mereka di pisahkan dr kasih syg seorang bapa..
Di tgh bahagia bergelak bermain dgn susuk seorg bapa…
Di kala menunggu di jemput…
tiada angin tiada ribut…
Bayang itu tidak muncul…
Tiba2 hari mereka sunyi tanpa kelibat dan suara….
Hanya tertanya di dalam…


Nak bersuara belum sempurna…

Aku…
Sebagai org dewasa..lg tidak mengerti..
Sinetron apakah yg di cipta lagi?
Babak apakakah kali ini?
Aku…hela nafas panjang..sedikit mengerti…
Dan…aku diam…
selagi bole tidak mahu meragut gembira mereka…
zaman kanak2 yg penuh warna warni…
Aku…diam…lagi..
Dlm hati ‘kejam nya mereka’
‘Bole berbahagia di atas penderitaan anak2 syurga ini?….apa salah kami? Saat bahagia ketika menimang putera kedua di ragut begini? Tiada perbalahan,tiada bermasam muka? Tuhan hantar dia pd aku,bukan ku pinta..dan kenapa…..’
‘Oh! Manusia apakah mereka? Planet mana yg mereka huni? Besarkah kuasa mereka dr Yg Maha Pencipta?..’
Saat itu …ku bisik ke telinga anak2 kecil ku…
‘Tidak mengapa anak..kita kena redha….
Biar Tuhan yg balas segalanya…Tuhan ada bersama2 kita…jgn takut anakku…satu hari nanti…
kamu akan lihat pelangi selepas ribut pergi…’ #keranaakuseorangperempuan .

Tidak mengapa anak kita kena redha

 

Netizen kongsi pengalaman

Catatan Rita ini yang juga sebahagian daripada luahan dalam biografinya Kerana Aku Seorang Perempuan ini turut mendapat respon dari netizen. Mereka mendoakan agar pelakon ini terus kuat malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka.

@norimajamal_Saya baca ? nilah yang terjadi pada saya sekarang. Anak 4 orang. InshaaAllah saya seorang mummy yang ?? yakin ? untuk kami. Allah maha mengetahui segalanya. Gembira atas penderitaan kami. Karma pasti.

@fairuzkhatim75@aziealiaz_ Solat hajat sis. Jgn putus doa. Insyallah one fine day Allah akan temukan you dgn anak prp you. Dia ambil sbb dia tau anak prp akan berwalikan bapanya. Allah maha tau dan percaturan dia lebih baik. Yakinla…

@amoy_caujing_Sama kak..@ritrud727 ….sy single mom ank 2..2 2 putra….hampir sebaya ngn ank2 akk..kisah kite pon hmpir sme..alhmdulillah….sy sudah brtemu pengganti…sy pasti akk pon akn begitu…Allah sdg menguji..diakhiri dgn kemanisan nnti…aamiinn…

@ctsweetcraft_Sedih.. Moga rita tabah. Moga suatu hari nt ada keinsafan dihati mereka. Mungkin jua mereka akn merasa apa yg rita rasa.. Kalau bkn ank mereka mungkin cucu mereka.. Allahhu akbar.

Sama-sama kita doakan ada cahaya kebahagiaan buat pelakon ini. Langit takkan selalunya mendung, pastinya akan cerah jua. Sabar dan percayalah…

 

Sumber: ritrud727

 

 

 

 

IKLAN