Bagi yang suka bercucuk tanam di halaman rumah, pasti susah hati untuk tinggalkan rumah balik ke kampung untuk beraya dalam tempoh lama. Takut tanaman layu dan mati bila tak bersiram.
Tapi tip dari Puan Lina Sahedin yang dikongsi melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini mampu mengelak situasi pokok bunga atau tanaman mati dari terjadi. Caranya mudah dan murah, modal cuma plastik dan getah saja.
Modal cuma plastik & getah
Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.
Caranya:
1. Isi air dalam plastik dan ikat tapi jangan ikat terlalu padat sebab air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.
2. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.
3. Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari. Selamat mencuba semua.
Sumber : Lina Sahedin via Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Tip Beli Emas Baru, Tanpa ‘Trade In’. Pergi Sini Lagi Untung! Emas Lama Tak Hilang, Duit Pun Dapat
Walapun harga emas mahal sekarang tapi ramai saja yang berhajat nak membelinya. Selalunya trade in emas lama untuk dapat koleksi baru.
Bagi yang ada hasrat nak trade ini ada baiknya baca dulu perkongsian Sarinah Nayan ini tentang cara yang lebih untung untuk tambah koleksi emas tanpa trade in.
Tipnya pergi Ar Rahnu. Untuk faham bagaimana caranya boleh baca perkongsian daripada pengalaman beliau.
Tambah koleksi emas tanpa ‘trade in’
Sekadar perkongsian
Minggu lepas ada seorang kawan menang bid lelongan Ar Rahnu. Dia dapat 5 barang seperti dalam gambar. Total harga barang RM2,420 dan total berat semua barang tersebut adalah 14.35 gram. Semua emas 916.
Setelah dapat semua barang-barang tersebut kawan saya minta temankan dia pergi ke kedai emas. Konon nak tanya berapa harga kedai ambil. Ada 2 jenis harga yg kedai emas offer. Sebab dia ada berkenan dgn gelang trendy sekarang ni, jadi nak beli lah.
- Pertama, kedai emas offer harga trade in iaitu 75% dari keseluruhan nilai emas. Trade in maksudnya tukar ke emas baru.
- Kedua, tauke offer cash, akan dapat lebih rendah daripada harga trade in.
Bincang punya bincang, saya ajak kawan saya buat Ar Rahnu. Di bawah ini ada simple calculation untuk di kongsi bersama kenapa saya ajak dia utk buat Ar Rahnu.
Mutu emas : 916
Berat keseluruhan barang kemas : 14.35 gram
Harga beli semasa lelong :RM2,420
Harga semasa emas di kedai emas : RM267/gram (Limbang)
Harga semasa emas : 14.35g x RM267 = RM3,831.45
Harga trade in yg kedai emas offer : RM2,873.90 (75%)
Harga kalau ambil cash : RM2,540 (yang ini tak tahu macam mana tauke kira)
Jika buat ar rahnu : 14.35g x RM258.73 = RM3,712.77 (harga emas hari ini @ 06.07.20)
80% margin pinjaman = RM3,712.77 x 80% = RM2,970.21 @ RM2,970
Upah simpan untuk 6 bulan = RM144.80 (RM24.13 saja sebulan)
Kesimpulannya
Harga buat Ar Rahnu lagi tinggi berbanding buat trade in atau ambil duit. Jadi, buatlah Ar Rahnu,bila dapat duit pergi kedai emas dan beli lah barang kemas yang diidam-idamkan tadi.
Ar Rahnu di Agrobank boleh bayar sikit-sikit. Jadi bayar lah sikit-sikit setiap bulan ikut kemampuan. Bila dah habis bayar ambil lah balik barang-barang yg digadai tadi tu.
Jadikan emas yang kita rasa kononnya lama dan out dated sebagai modal untuk menambah simpanan emas kita. Rugi kalau trade in atau dijual.
Emas baru dapat, emas lama pun tak hilang. Begitu la cara nak tambah simpanan emas kita.
Sumber: Sarinah Nayan
Kalau Traffic Light Rosak Siapa Patut Jalan Dulu?
Satu perkara yang mungkin boleh mendebarkan pemandu bila tiba di persimpangan yang besar namun lampu isyarat rosak.
Dengan keadaan kereta yang tak putus-putus, bersumbat-sumbat sebenarnya siapa yang perlu jalan dulu?
Supaya kita tak lagi terkeliru bila berdepan situasi lampu isyarat rosak, berikut adalah panduannya.
Lorong mana dapat keutamaan laluan
1. Sebaik sahaja anda ketahui lampu isyarat di jalan tersebut sedang rosak, anda haruslah memperlahankan pergerakan kenderaan.
2. Beri laluan kepada kenderaan yang mendahului anda semasa memasuki persimpangan.
3. Sekiranya anda dan kenderaan yang lain tiba pada waktu yang sama, berilah laluan kepada kenderaan yang datang daripada sebelah KANAN terlebih dahulu.
4. Pastikan anda tidak berasa teragak-agak dan teruskan pemanduan dengan lebih berhati-hati.
Simpang tanpa lampu isyarat tapi ada isyarat berhenti
Ada juga persimpangan tanpa lampu isyarat tapi ada tanda berhenti I LALUAN.Kereta A perlu memberikan keutamaan laluan kepada kereta B terlebih dahulu.
Di persimpangan ini, pemandu seharusnya:
- Berhentikan kenderaan sehingga tiada sebarang lintasan trafik di hadapan atau dari arah kanan.
- Berikan laluan kepada kenderaan yang hadir dari arah kanan atau hadapan.
Sumber: Sureplify
Tip Masak Stok Sambal Banyak Untuk Frozen Tanpa Merecik Kotorkan Dapur
Bagi ibu yang bekerja ramai stok sambal frozen ini supaya dapat mudahkan kerja memasak. Sekali buat saja, hari berikutnya cuma panaskan saja dan macam-macam hidangan boleh buat.
Memang senang kerja, tapi satu masalah bila nak buat stok sambal ni, dia punya merecik tu habis dinding dapur kena minyak. Ada juga yang sampai ke lantai. Nak elak kejadian macam ni dan menambah kerja untuk bersihkan dapur kita ikut tip dari Fiza Desa ini.
Sambal confirm tak merecik sampai sudah
Tip masak sambal tak merecik sampai ke sudah. Tip ni akan buat korang tak perlu nak lap-lap dan dapur. Sambal ini saya masak banyak dan frozenkan. Nak masak ambil masa 2 jam juga sebab guna api kecil betul supaya sambal masak dan elok kejadiannya.
1. Kuantiti bahan yang digunakan. Cili perlu direbus dan dikisar berasingan dengan bawang.
2. Mula-mula panaskan minyak secukupnya, tumis masak bawang sampai pecah minyak. Guna api perlahan. Guna penutup periuk.
3. Kemudian masukkan cili, guna api perlahan juga. Saya masuk 2-3 keping asam keping.
4. Bila dah masukkan cili, tutup semula kuali. Pastikan pakai tudung periuk yang berat. Waktu ini bolehlah nak buat kerja rumah yang lain sambil sesekali kacau.
5. Tengok dinding bersihkan, sesekali buka kacau sambal. Kalau tiba-tiba sambal meletup ganas, tutup api kejap dan terus kacau. Waktu ini boleh masukkan garam, gula, gula melaka, gula kabung dan sebagainya.
6. Ok…sambal hampir siap. Minyak kalau rasa banyak sangat, boleh ceduk dan buang. Kita guna banyak minyak supaya sambal masak elok.
7. Dah sejuk, letak dalam bekas macam ni untuk simpan dalam peti ais. Dapat 6 bekas.
8. Frozenkan sambal, bila nak guna keluarkan potong guna pisau waktu beku. Agak-agak banyak mana nak guna, lebih simpan semula.
Sambal ini boleh buat sambal ayam, udang, sambal ikan bilis, mi goreng, kuetiau dan macam-macam. Sambal ini sambal siap masak sempurna dan ada rasa.
Nak guna microwave pun dijamin dah masak. Saya kurangkan masin supaya senang nak sesuaikan rasa dengan sambal yang kita buat. Masak 5-10 minit siap tanpa kotorkan dapur.
Sumber: Fiza Desa