Walapun harga emas mahal sekarang tapi ramai saja yang berhajat nak membelinya. Selalunya trade in emas lama untuk dapat koleksi baru.

Bagi yang ada hasrat nak trade ini ada baiknya baca dulu perkongsian Sarinah Nayan ini tentang cara yang lebih untung untuk tambah koleksi emas tanpa trade in.

Tipnya pergi Ar Rahnu. Untuk faham bagaimana caranya boleh baca perkongsian daripada pengalaman beliau.

Tambah koleksi emas tanpa ‘trade in’

Sekadar perkongsian

Minggu lepas ada seorang kawan menang bid lelongan Ar Rahnu. Dia dapat 5 barang seperti dalam gambar. Total harga barang RM2,420 dan total berat semua barang tersebut adalah 14.35 gram. Semua emas 916.

Tip Beli Emas Baru, Tanpa ‘Trade In’. Pergi Sini Lagi Untung! Emas Lama Tak Hilang, Duit Pun Dapat
Setelah dapat semua barang-barang tersebut kawan saya minta temankan dia pergi ke kedai emas. Konon nak tanya berapa harga kedai ambil. Ada 2 jenis harga yg kedai emas offer. Sebab dia ada berkenan dgn gelang trendy sekarang ni, jadi nak beli lah.

  • Pertama, kedai emas offer harga trade in iaitu 75% dari keseluruhan nilai emas. Trade in maksudnya tukar ke emas baru.
  • Kedua, tauke offer cash, akan dapat lebih rendah daripada harga trade in.

Bincang punya bincang, saya ajak kawan saya buat Ar Rahnu. Di bawah ini ada simple calculation untuk di kongsi bersama kenapa saya ajak dia utk buat Ar Rahnu.

IKLAN

Mutu emas : 916

Berat keseluruhan barang kemas : 14.35 gram

Harga beli semasa lelong :RM2,420

Harga semasa emas di kedai emas : RM267/gram (Limbang)

IKLAN

Harga semasa emas : 14.35g x RM267 = RM3,831.45

Harga trade in yg kedai emas offer : RM2,873.90 (75%)

Harga kalau ambil cash : RM2,540 (yang ini tak tahu macam mana tauke kira)

Selain itu:  Cara Masak Sambal Nasi Lemak Yang Sedap, Masa Kisar Bawang Letak Bahan Ini

Jika buat ar rahnu : 14.35g x RM258.73 = RM3,712.77 (harga emas hari ini @ 06.07.20)

IKLAN

80% margin pinjaman = RM3,712.77 x 80% = RM2,970.21 @ RM2,970

Upah simpan untuk 6 bulan = RM144.80 (RM24.13 saja sebulan)

Kesimpulannya

Tip Beli Emas Baru, Tanpa ‘Trade In’. Pergi Sini Lagi Untung! Emas Lama Tak Hilang, Duit Pun Dapat
Harga buat Ar Rahnu lagi tinggi berbanding buat trade in atau ambil duit. Jadi, buatlah Ar Rahnu,bila dapat duit pergi kedai emas dan beli lah barang kemas yang diidam-idamkan tadi.

Ar Rahnu di Agrobank boleh bayar sikit-sikit. Jadi bayar lah sikit-sikit setiap bulan ikut kemampuan. Bila dah habis bayar ambil lah balik barang-barang yg digadai tadi tu.

Jadikan emas yang kita rasa kononnya lama dan out dated sebagai modal untuk menambah simpanan emas kita. Rugi kalau trade in atau dijual.

Emas baru dapat, emas lama pun tak hilang. Begitu la cara nak tambah simpanan emas kita.

Sumber: Sarinah Nayan

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI