Menu daging goreng kunyit walaupun ringkas tapi jadi kegemaran ramai. Namun satu masalah bila masak hidangan mudah ini, daging keras atau liat terutama bila sudah sejuk.
Untuk atasi masalah ini boleh ikut perkongsian daripada Nana Ismail.
Tip masak daging goreng kunyit supaya kekal lembut walau dah sejuk
Ramai yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan daging lembut dan masak.
Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan rasa lembut masa tengah panas saja. Bila dah sejuk mulalah keras dan liat nak makan.
Supaya daging kekal lembut ikut langkah ini sebelum goreng;
Ads
1. Pastikan potong daging lawan urat. Cara nak nampak urat daging dengan jelas adalah dengan meletakkan daging yang masih mentah dalam kuali panas tanpa minyak. Bila panas nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. 2. Selepas hiris nipis, boleh goreng daging tanpa minyak. Biar air daging keluar dan kering. Kemudian angkat.
3. Dah buat dua langkah di atas barulah lumur daging dengan kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging tu. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
Ads
4. Kemudian letak minyak dalam kuali dan goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging singkat saja. Korang akan perasan, daging akan nampak tak kecut dan berjus.
5. Selepas itu macam biasa tumis bawang, cabai, letak sayur dan gaul balik daging. Selesai!
Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam. Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen, flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun.
Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat bercucuk tanam ini.
Dia berkongsi cara menanam kangkung menggunakan mangkuk penapis yang dipraktikkannya.
Bukan saja kangkung tapi cara ini juga boleh digunakan untuk menanam kesum, bayam, salad, sawi, pegaga, selom, kailan oregano, pudina, bayam brazil dan banyak lagi.
Langkahnya boleh ikut cara ini ya:
1. Ambil benih kangkung dan rendam selama 24 jam. Boleh dibeli di kedai menjual benih atau baja.
2. Letak tapis atas baldi kecil
3. Tuang sabut kelapa hancur atau cocopeat dalam tapis.
4. Taburkan benih kangkung yang direndam sebelum ini.
5. Selepas itu tutupkan benih dengan selapis nipis cocopeat lembap.
6. Kemudian tutup benih selama dua hari.
Tujuan benih ditutup adalah untuk mengekalkan kelembapan sabut dan cepatkan benih bertunas.
7. Bila sudah bercambah seperti dalam gambar bolehlah letakkan air baja dan terus dedah kepada cahaya matahari.
Daun kuning itu bila terkena matahari akan perlahan-lahan bertukar jadi hijau. Untuk permulaan akar kangkung masih pendek jadi pastikan air mesti kena hingga bahagian bawah tapis.
8. Ini gambar hari kelima
Air baja perlu ditambah, bukan ditukar. Air baja akan semakin susut diserap oleh akar. Penggunaan baja: Minggu pertama – 10ml baja AB + 2 liter air, minggu kedua – 15ml baja AB.
Ketika penularan virus Covid 19 amat penting untuk kita membersihkan bukan saja diri tapi juga barang-barang di rumah bagi mengelak diri dari dijangkiti virus yang memang diketahui merebak melalui sentuhan.
Oleh sebab itu amat disarankan agar setiap rumah mengadakan disinfectant spray supaya dapat membunuh virus dan kuman yang mungkin kita bawa daripada luar dan melekat pada barang yang kita sentuh.
Disinfectant spray ini juga boleh dibuat sendiri jadi tak perlu bersusah payah keluar untuk membelinya. Caranya ada dikongsi oleh Syinorita Syahidah
Apa kegunaan disinfectant spray?
Untuk bunuh kuman atau virus yg melekat dekat permukaan. Tak kisah lah permukaan lantai, mangkuk tandas, perkakas rumah, atau pun pakaian.
Dah ada semburan ini boleh spray pada parcel yg kita beli online, barang-barang mainan anak, atau barang perkakas rumah (alat elektrik tidak boleh ye).
Kalau anak kerap demam atau kena influenza, DS ini elok diguna utk disinfection barang-barang dalam rumah.
Cara buat disinfectant spray
Bahan utk buat Disinfectant Spray ini hanya dua saja.
-Air -Clorox bleach
Portion campuran untuk dua bahan ini ialah 5% Clorox campur dgn 95% air. Kalau guna 400ml air letak 20ml Clorox
Kegunaan Clorox untuk bunuh kuman dan virus memang dah tertera di kemasan ya. Boleh baca dulu.
Dah siap boleh masukkan dalam apa-apa botol dan labelkan. Cara guna; hanya perlu spray dan biar sampai kering. Tak perlu lap.
Kalau beli parcel online, jangan buka parcel dulu. Spray dan biarkan at least 5 ke 7 minit baru boleh buka dan sentuh.
Diingatkan supaya letak semburan ini di tempat yg selamat dan jauh dari anak kecil.
Telefon pintar terutama yang mahal sebaiknya kita jaga dengan elok supaya prestasi atau fungsinya lancar.
Antara rutin penting yang perlu kita buat tapi ramai tak tahu adalah dengan menekan butang restart sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kenapa ia penting?
Menurut laporan portal Reader Digest dengan melakukan rutin ini seminggu sekali ia mampu
Mengembalikan semula memori
Mengelakkan ‘crash’
Menjadikan telefon pintar berfungsi lebih lancar
Memanjangkan jangka hayat bateri
Laporan tersebut juga memetik penjelasan seorang konsultan teknologi yang menerangkan bahawa setiap hari kita menggunakan aplikasi dalam telefon pintar dan apps ini sebenar tidak ditutup selepas kita gunakan sebaliknya diletakkan dalam keadaan yang membolehkan ia dibuka lebih pantas pada masa seterusnya.
Setiap hari juga kita menggunakan banyak applikasi dan apps yang pelbagai ini perlahan-lahan akan memakan memori dan kuasa bateri hingga menyebabkan bateri kita habis terlalu cepat.
Tapi dengan hanya menghidupkan semula telefon pintar atau restart, ia akan melancarkan pembukaan apps, memori dan menghapuskan segala link atau apps yang pernah diguna hingga memakan kuasa bateri telefon pintar.
Oleh itu jadikan rutin mudah berikut sebagai amalan seminggu sekali ;
1. Seminggu sekali restart/ power off telefon pintar
2. Biarkan selama sekurang-kurangnya seminit
3. Hidupkan semula telefon pintar
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...