Rumah harum dan wangi barulah penghuni rasa nyaman. Untuk harumkan satu rumah juga tak perlu beli berbotol-botol pewangi kediaman.
Kita boleh DIY sendiri saja menggunakan bahan pembersih yang memang sedia ada di rumah. Dikongsi oleh pemilik akaun Tik Tok Kozy & Lit, dengan hanya menggunakan tiga bahan berikut, kediaman bukan saja bersih malah satu rumah bau harum.
Ujarnya tip ini diperoleh dari laman Pinterest dan dicuba memandangkan semua bahan ada di rumah. Tak sangka hasilnya memang mantap!
Sesuai sangat untuk kita buat terutama bulan Syawal ini, ramai tetamu yang datang beraya.
Rumah harum dan wangi, bancuh 3 bahan ini
Bahan-bahan:
Pembersih serbaguna Ajak
Pelembut pakaian Downy
Baking soda
Air panas
Ads
-Bancuh semua bahan, sukatan agak-agak saja. Boleh guna untuk lap lantai, dinding, cermin, dapur dan meja. Hasilnya memang best!
Antara masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna telefon pintar adalah kerosakan bateri. Antara yang dikatakan penyebabnya adalah masih membiarkan bateri penuh dalam keadaan dicas.
Ini kerana kebanyakan kita suka mengecas telefon waktu malam sebelum tidur dan akan membiarkannya dalam keadaan cas sehingga pagi. Kalau cas waktu siang pun kita selalu lupa untuk menutupnya walau sudah penuh.
Bagi mengelakkan kejadian ini dari terus berulang fatinnashar berkongsi cara yang dilakukan untuk memastikan bateri telefon yang sedang dicas telah penuh dengan hanya membuat tetapan.
Bagaimanapun tetapan ini hanya boleh dibuat di telefon pintar jenis iPhone yang telah dikemas kini dengan software IOS14 sahaja. Tidak dapat dipastikan jika telefon pintar dan perisian lain juga boleh melakukan kemudahan ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana cara untuk membuatnya, ikuti video yang dikongsikan ini seperti berikut:
Bila bateri handphone dah penuh notifikasi suara akan kedengaran.
hey guys, since a few of you have asked me, this is how it looks like when it’s fully charged. sorry it took a while to post this, my wifi is down rn 😅 pic.twitter.com/W8uHtCIZDZ
Nak beli kereta terpakai atau kereta second hand memang kena buat pemeriksaan dengan teliti. Kereta ini memang lebih murah dari segi harga malah boleh dapat yang elok juga jika pandai mencari dan memilih.
Cumanya untuk pilih kereta terpakai bagi digunakan seharian, kenalah tahu apa yang perlu diperiksa sebelum beli. Jangan terus percaya bulat-bulat apa yang disembang oleh penjual kereta. Ini antara pesan yang dikongsi oleh Iffat Salleh yang berpengalaman membeli menggunakan 6 buah kereta terpakai.
Beliau juga berkongsi panduan penting apa yang perlu periksa dan diteliti sebelum membeli kereta terpakai.
8 tip sebelum beli kereta terpakai
Aku dah pakai 6 biji kereta terpakai. Ada yang bagus, ada yang teruk. Ada yang beli direct owner, ada beli dari kedai. So, ini ialah tip untuk korang beli kereta terpakai.
Perkara paling penting, jangan percaya sepenuhnya cakap owner & salesman.
“Tak pernah eksiden”
“Bukan kereta banjir”
“Kondisi perfect”
Ini semua ayat paling bahaya, so jangan percaya 100%. Pastikan anda check betul-betul beberapa perkara ini sebelum beli kereta terpakai.
1. Periksa pintu, bonet dan minyak
Perkara pertama kena buat ialah check semua pintu & bonet belakang. Cuma perlu buka & tutup. Buat beberapa kali.Kalau berbunyi pelik, kalau susah buka & tutup maka tinggalkan kereta segera. Comfirm kena baiki.
2. Pegang stereng
Masuk kereta, pegang stereng, pusing kiri sampai habis, pusing kanan sampai habis
Kalau ada bunyi kluk kluk, klak klak, maka comfirm rosak steering rack & komponen berkaitan. Makan modal.
3. Start enjin
Start enjin kereta dan lihat gegaran pada dashboard meter. Kalau bergegar, maka comfirm engine mounting kena tukar. Makan modal juga.
Kalau tak tahu gegar atau tak, ambil botol mineral kecil berisi separuh air, letak atas dashboard. Air bergoncang, rosak la tu.
Foto Freepik
4. Tekan brek dan masuk gear D
Ini penting, kadang-kadang dah start enjin tak terasa sangat getaran. Jadi kena masuk gear D & tekan brek. Tengok dashboard bergegar atau tak. Same issue, engine mounting problem.
5. Cari zebra line
Pandu uji kereta, cari jalan yang ada zebra line atau crossing line. Ada dua cara:
Cara 1: Bawa slow, bawah 50kmh melintasi zebra line.
Cara 2: Bawa laju sikit around 50-90kmh melintasi zebra line
Kenapa? Kalau melintasi zebra line ada bunyi KUK KUK KUK, KAK KAK KAK. Maka undercarriage problem. Lower arm, drive shaft dan absorber kena tukar.
Lagi makan modal. Confirm owner tak pernah tukar lagi.
6. Kelajuan 80-100KMH
Kalau masa speeding ada gegaran pada stereng, maka ada masalah pada absorber, shaft atau rim. Gegaran akan berlaku pada 80-90kmh, lepas 100kmh akan hilang. Jadi benda makan modal juga. Hati-hati kalau nak beli
7. Periksa kebocoran
Yang ini leceh sikit, kena tunduk bawah untuk tengok leaking. Tengok dalam enjin.
Sebaiknya bawa sorang kawan yang mahir bab enjin ini untuk tengok leaking.
8. Periksa aircond
Buka aircond pada kadar minimum. Takat 1, suhu 20 celcius. Tunggu 5 minit. Tengok sejuk atau tak. Kemudian naikkan 1 takat lagi & tunggu 5 minit.
Ulang sampai habis full takat. Kemudian turunkan suhu pula sampai level LO. Kalau semua sejuk, maka cun la tu.
Nak beli kereta terpakai cari yang kurang problem, makin jimat kos untuk baiki. Makin banyak problem, boleh minta less harga lagi. Kalau korang nak belajar ilmu kereta untuk elak penipuan, belajar di sini.
Pengalaman dengan kereta terpakai ini memang banyak tapi aku tak pernah serik beli kereta terpakai. Sebab ianya lebih jimat berbanding beli baru.
Ada yang panggil lauk ini singgang, bening atau pun asam pedas. Apa jua namanya tapi lauk asam rebus ini memang sedap. Guna ikan kembung atau ikan mabong pun boleh.
Lauk ini memang ringkas sangat cara memasaknya, tapi bila dah siap memang terbaik rasanya. Kuah mesti kena banyak dan sedap sangat kalau dihirup. Cara membuatnya dikongsi oleh Tuan Mahani yang menurutnya diturunkan dari arwah neneknya.
Masak asam rebus ikan kembung, lauk paling senang nak buat
Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung / mabong
5 – 7 helai daun kesum
1 – 3 asam keping
1 batang serai -dititik
Air 700 ML – 1 L
Bahan dikisar
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Cili merah
Belacan
Air
Cara membuat
1. Tumis bahan kisar lebih kurang lima minit kemudian masukkan daun Kesum, asam keping dan serai.
2. Masak lagi selama lima minit kemudian baru masukkan ikan dan air.
3. Didih lagi selama 10 – 15 minit. Ikan cepat masak jadi tak perlu masak lama-lama. Siap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...