Tip Simpan Daun Salad Agar Tahan Lama. 3 Minggu Pun Daun Masih Elok & Segar.
Salad antara sayuran yang selalu kita beli untuk dijadikan ulam atau diletakkan dalam sandwich. Cuma jadi masalah daun salad ini tak boleh disimpan lama, biasanya bertahan dalam seminggu saja sebelum jadi lembik.
Tapi ada satu tip yang dikongsi oleh Nur Fitriyana bagi membolehkan daun salad ini tahan lebih lama. Dua hingga tiga minggu pun daun salad masih elok segar.
Cara simpan daun salad agar tahan lama
1. Basuh daun salad, tak perlu keringkan kan.
Ads
2. Sediakan bekas dan tisu dapur, susun salad dalam bekas dan alas menggunakan tisu kering setiap lapisan daun salad.
Ads
3. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Salad yang disimpan dengan cara ini boleh bertahan 2-3 minggu, daunnya kekal elok dan segar.
Kalau selalu batuk dan selesema sedangkan tak sejuk, tak kena hujan cuma perhati keadaan sekitar anda duduk. Lihat siling dan dinding rumah, ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?
Ya, itu adalah KULAT!
Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh disedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma.
Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
-Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
-Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah
-Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
-Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Tut pokok adalah salah satu cara supaya pokok buah yang ditanam cepat menghasilkan buah dan lebat hasilnya. Selain itu ini juga cara untuk memastikan kita dapat pokok buah yang elok sama dengan pokok induk yang kita miliki.
Proses tut pokok buah ini juga boleh kita lakukan sendiri dengan mengikut langkah yang betul. Perkongsian dari Pyan Sempoy ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahu melakukan sendiri tut pokok buah yang sedia ada di rumah.
Beliau menunjukkan cara tut untuk pokok limau purut, dan kaedah yang sama boleh dilakukan pada pokok buat lain sama ada pokok jambu air, jambu batu, mangga, rambutan, lemon, tin dan sebagainya.
Sesiapa pun boleh buat insya-Allah. Saya tunjukkan step by step cara tut pokok limau purut dan ia juga boleh dibuat untuk lain-lain jenis pokok. Lain orang mungkin lain caranya, ini cara saya sebagai perkongsian.
1. Pilih ranting yang sihat & bercabang elok.
2. Buat kelaran cincin lebih kurang 1-2 inci bergantung saiz batang. Buang kulit & kikis lendir (kambium) sampai kering.
3. Kalau ada penggalak akar, sapu pada bahagian atas kelaran, tempat yang akan dibungkus
4. Sediakan media tut, lembapkan siap-siap.
5. Bungkus media guna plastik & ikat ketat. Istilah popular ini panggil bunjut tut.
6. Belah tengah bunjut tut begini.
7. Tangkupkan ke bahagian yang disapu penggalak akar tadi & ikat ketat. Nak mudah guna cable tie.
8. Akhir sekali balut dengan aluminium foil atau plastik hitam. Siap sudah proses tut. Tunggu lebih kurang sebulan insya-Allah berakar dan sedia untuk dipotong & ditanam.
Apabila akar sudah penuh dalam bunjut tut, boleh potong di bahagian bawah akar tersebut. Pindahkan tut ke dalam bekas bersisi tanah campuran.
Pemindahan perlu dilakukan berhati-hati. Walau pun sudah keluar banyak akar tidak bermakna akar itu kuat. Jika tidak dilakukan berhati-hati akar turut boleh tercedera dan pokok tut lambat membesar. Ini kerana pokok terpaksa menumpukan nutrien dan tenaga bagi membaiki akar pokok yang rosak
Elak menekan pangkal tut apabila selesai ditanam, siram pula hanya keliling tut saja. Lebih elok pindah dulu tut ke dalam polibeg sebelum ke tanah agar akar anak pokok tut sempat stabil dan tumbuh dengan subur.
INFO
Proses tut tak semestinya berjaya. Kena sabar, ada pokok yg mudah & cepat berakar contoh pokok tin, limau kasturi, lemon, jambu air, jambu batu. Pokok limau purut agak susah untuk berakar & ambil masa lebih lama.
Begitu juga durian, rambutan, mangga (pokok-pokok besar) lagi lama proses nak berakar. Ada yang 1 bulan dah boleh potong & tanam, ada yang sampai 3-4 bulan baru ada akar. Jadi kena sabar.
Tak kira rumah sewa atau rumah sendiri yang baru siap, persediaan untuk berpindah masuk rumah baru ini bukan setakat perlu mencucinya dengan bersih tapi sebagai umat Islam sebaiknya amalan ini yang kita praktikkan.
Bagi yang baru mendapat kunci kediaman baru eloklah perkara ini diamalkan sebelum berpindah masuk.
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.
Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan.
Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...