Kebelakangan ini memang ramai yang memulakan hobi bercucuk tanam, bukan saja tanam sayur tapi juga pokok buah-buahan sekeliling rumah.
Bagi yang dalam kategori beginner ini sedikit sebanyak ilmu dan tip penanaman perlu kita tahu supaya anak pokok terus hidup selepas disemai.
Rugi pula kalau benih pokok yang kita beli mahal-mahal tiba-tiba mati selepas dialih ke tanah. Supaya itu tak berlaku boleh ikuti tip asas menanam pokok buah yang dikongsi Mohd Ikhwan Hussin berdasarkan pengalaman beliau.
Tip tanam pokok buah supaya hidup cantik
Alhamdulillah pokok cempedak yang saya tanam 6 tahun lepas dah masuk 3 musim berbuah.
Hari ni kita tanam pokok belimbing buluh dan pokok pokok lemon.
1. Lubang kena besar
Ads
Lubang kena korek sebesar yang boleh dan sedalam yang boleh. Ikut kemampuan, kadang kala ada tanah yang keras. Walaupun saiz polibeg anak pokok itu kecil, pastikan lubangnya besar.
2. Masukkan tanah hitam
Ads
Sebelum letakkan anak pokok, kambus balik sedikit lubang yang kita buat tadi. Kalau ada tanah hitam, boleh masukkan dalam lubang. Ini penting supaya akar baru dapat membesar dengan subur.
3. Tutup pangkal pokok
Selepas anak pokok dah ditanam, boleh tutup pangkal pokok dengan gunakan daun kelapa atau apa bahan yang sesuai. Saya guna sabut kelapa (cocopeat). Ia penting supaya air dan lembapan tak mudah hilang nanti kalau panas terik.
Ads
4. Kena siram sebaik lepas tanam
Selepas tanam pokok, kena siram dengan air secukupnya. Tanam pokok sebelah petang. Biar pokok ada masa yang panjang dengan cuaca sejuk. Haba yang kurang. Kalau tanam waktu pagi, pokok akan terkejut dengan bahang tanah dan panas cahaya matahari.
Selamat mencuba. Insyallah pokok akan hidup dengan cantik.
Salah satu cara untuk memperoleh tubuh yang sihat sekali gus menurunkan berat badan, ramai yang mengamalkan minum ‘infused water’ atau air untuk detoks.
Pelbagai jenis infused water yang dicedok amalan masyarakat barat. Tapi sebenarnya dalam Islam sendiri infused water ini sudah lama diperkenalkan.
Ia diamalkan terlebih dahulu oleh Nabi Muhammad saw dan dikenali sebagai air nabeez. Ia merupakan air rendaman kurma atau pun kismis.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim).
Pastinya ada banyak lagi kurma lebihan bulan puasa lalu jadi gunakan sebaiknya untuk membuat air nabeez ini.
Cara membuat air nabeez
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.
2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.
3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan dibiarkan terbuka.
4. Bangun keesokan hari, minumlah air ini.
Kelebihan air nabeez
Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh.
Ia juga sangat berguna sebagai detox untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.
Info
Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.
Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.
Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.
Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.
Kalau kereta sudah di luar tempoh jaminan/ warranty sangat penting bagi pemilik kereta mengetahui dan membuat tip penjagaan kereta ini supaya kereta dalam kedaan elok dan tidak selalu rosak.
Tip penjagaan kereta supaya tahan lama
Dikongsi oleh JDMH Autoservice berikut adalah perkara-perkara penting untuk anda yang ingin menjaga kereta supaya tahan lama dan tidak berlaku kerosakan mengejut di tempat yang susah untuk dapatkan bengkel kereta.
Penting untuk pengguna kereta mengetahui serba sedikit bahagian penting kereta supaya senang untuk buat service berkala terutama kereta yang sudah diluar tempoh ‘warranty’.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Foto: Bateri Hub
5. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
6. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali. Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km.
7. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
8. RADIATOR COOLANT
Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih
9. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
10. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Maintenance Schedule
Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar belum tentu rosak, tapi kita dah tukar.
Preventive maintenance ini mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang. Itulah serba sedikit berkenaan dengan Tip Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama yang perlu anda ketahui supaya kereta anda sentiasa berada di dalam keadaan baik.