Selalunya bila masak nasi dalam jumlah yang sikit akan ada kerak, kadang-kadang sampai separuh terutama bila biarkan nasi yang dah kering atas dapur agak lama.
Kan membazir macam ni, lepas tu kena sental pulak kerak.
Supaya tak perlu nak membazir dan menyental boleh ikut cara yang dikongsi oleh Amalina Aziz. Sesuai untuk korang yang makan nasi sikit atau rumah tak ramai orang. Langkahnya seperti berikut;
1. Basuh beras
Mula-mula, ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.
2. Masukkan air secukupnya
IKLAN
Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.
Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.
3. Isikan air dalam periuk rice cooker
Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.
IKLAN
4. Masak macam biasa
Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.
Wah, Cantik Kejadiannya!
Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?
Bila ada lebih dari seorang anak yang sekolah pening juga nak uruskan PdPR mereka. Terutama untuk anak sekolah rendah, yang perlu kita perhati dan perlu dibantu.
Bagi memudahkan para ibu terutamanya mungkin boleh gunakan idea daripada Hazlina Harumaini. Beliau menyatukan anak di meja makan untuk sesi belajar online namun untuk memastikan anak fokus dia meletakkan partition! Sekali pandang macam di ruang pejabat atau cyber cafe.
Menariknya ibu yang WFH juga boleh duduk sekali. Senang untuk pantau sambil buat kerja.
Station online anak, letak partition supaya boleh fokus
Ini cara saya buat station online anak-anak. Sebab semua nak berkumpul dekat-dekat terpaksalah guna dining table untuk kegunaan empat orang. Mama pun senang nak pantau anak-anak sambil WFH. Nampak lebih fokus cara macam ini.
Barang untuk partition boleh beli di kedai Eco Magic Cube. Harga cuma RM2.10 sekeping, dan didatangkan dengan connector untuk sambung dan lock supaya tak bergerak.
Boleh juga beli secara online di Shopee. Klik SINI untuk beli.
Selain gulai, sambal atau sup masakan kurma juga jadi kegemaran ramai kita bila masak ayam atau daging. Kuah yang pekat dengan aroma rempah memang menyelerakan hingga tak perlukan banyak lauk lain jika menghidangkan masakan kurma ini.
Bagi yang suka menyediakan hidangan kurma baik ayam atau daging, petua atau tip yang dikongsi oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail kena praktikkan bagi memastikan hasil lauk kurma lebih lazat. Caranya tuang minyak sapi.
Petua khas untuk masak kurma sama ada ayam atau daging
1. Tumis menggunakan minyak sapi, bawang besar, hirisan halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga garing kekuningan.
2. Masukkan serbuk rempah kurma yang telah digaul bersama air, daging/ayam,kerisik, tomato, bawang putih/merah yang telah dikisar dan buah keras serta jintan yang telah ditumbuk.
3. Tutup periuk, masak dengan api kecil sehingga pecah minyak. Tutup periuk itu bertujuan supaya aromanya tak hilang dan daging/ayam akan cepat lembut. Tapi awas, jangan biarkan ramuan rempah hangit! Air pun kena pandai agak ya.
4. Bila daging/ayam dah hampir lembut, masukkan kentang, tunggu sehingga lembut. Kemudian masukkan santan, biarkan sehingga menggelegak.
5. Masukkan cili merah potong tengah dan bawang besar potong empat dan garam.
6. Petua penting agar masakan kurma lebih sedap ialah setelah selesai masak, tuang sedikit minyak sapi mentah ke dalam kuah kurma. Inilah yang akan menambahkan kelazatan masakan kurma itu. Ikut langkah ini,saya yakin lauk kurma akan sedap.
Orang gemuk selalu dikaitkan dengan banyak lemak tapi tahukah kita bahawa kadar lemak yang tinggi bukan hanya berlaku pada golongan ini.
Mereka yang kurus keding juga selalu mengalami masalah yang dipanggil kolesterol tinggi.
Bahayanya, ia boleh menjadi punca serangan jantung dan juga strok. Jadi sebaiknya hati-hati dengan tanda-tanda berikut yang dipetik dari Portal My Healthy
1) Kebas Kaki
Kaki sering kebas adalah salah satu gejala tahap kolesterol tinggi. Ini terjadi kerana salur darah tersumbat dan menyebabkan aliran darah ke kaki tidak lancar.
2) Sakit Dada
Apabila pembuluh darah sudah tersumbat, jantung tidak akan mendapat oksigen yang cukup dari darah. Oleh sebab itu, jantung terpaksa bekerja kuat untuk dapatkan bekalan oksigen yang mencukupi. Perkara ini akan menyebabkan anda terasa sakit di bahagian dada.
3) Mengantuk
Paras kolesterol yang tinggi akan menyempitkan pembuluh darah. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak berkurang. Hal ini menyebabkan anda kerap rasa mengantuk.
4) Bintik Putih Kekuningan Bawah Mata
Bintik putih kekuningan pada kulit terutama di bahagian bawah mata juga dikenali sebagai Xanthoma. Bintik ini terjadi disebabkan oleh penggumpalan lemak dan kolesterol yang tinggi dalam darah.
5) Letih
Badan anda memerlukan tenaga untuk melakukan pelbagai kerja. Dalam badan anda juga terdapat lemak yang boleh berubah menjadi tenaga. Tetapi, sekiranya kolesterol tinggi dalam darah, ia mengakibatkan bekalan oksigen tidak mencukupi untuk proses tersebut. Inilah yang menyebabkan anda terasa cepat letih.
6) Sesak Nafas
Sesak nafas boleh terjadi kepada orang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Ini kerana paru-paru tidak dapat bekalan oksigen yang mencukupi akibat kolesterol tinggi yang menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit.
Pesakit kolesterol tinggi juga boleh mengalami masalah keseimbangan badan. Ini berkait rapat dengan masalah pembuluh darah yang tersumbat. Sekiranya terdapat pembuluh darah di bahagian otak yang tersumbat akibat kolesterol tinggi, saraf yang berperanan mengawal keseimbangan badan akan mengalami gangguan.
Sekiranya merasai tanda-tanda ini segeralah dapatkan berjumpa doktor untuk rawatan.
Ramai teruja mula bercucuk tanam tambah lagi bila tengok biji benih dah bercambah jadi anak pokok. Tapi yang 'spoil' adalah bila dah alih dari tempat semaian anak pokok tak naik sebaliknya bantut.