Salah satu peringkat penting jika nak mula bercucuk tanam dah tentulah menyemai benih. Ketika proses semaian ini juga penjagaan cukup penting dan tanah kena lembap selalu selain, tak boleh kena cahaya terik.
Bagi yang sibuk dah tentu susah cari masa untuk siram dan alih bekas semaian. Sebab itu kena cari alternatif yang memudahkan. Antara cara yang dicadangkan adalah semai dalam tong.
Dikongsi oleh saudara Cikwan Redzuan Jelani selain mudah, ada kelebihan semai benih dalam tong atau bekas bertutup ini. Antaranya anak benih lebih selamat dari serangga perosak.
Ini cara semai benih untuk orang yang selalu sibuk. Semai dalam tong atau bekas bertutup. Caranya;
1. Sediakan bekas bertutup, kemudian tebuk 1 lubang saja. Lebihkan sebesar sebatang pen pada tengah dasar tong.
2. Letak cocopeat/ sabut kelapa yang dah proses dalam tong tadi. Campur dengan 1 beg tanah. Gaul dan ratakan, semailah benih apa pun, tiada masalah. Banyak mana pun boleh, takde hal.
3. Siram dengan air dan tutup. Biarkan beberapa hari. Boleh intai untuk lihat perkembangan tapi pastikan tutup semula. Biarkan sehingga benih bercambah
4. Lepas seminggu tengok, kalau benih pokok cili, terung, tomato, salad, atau kobis dah pecah daun. Boleh pindah ke polibeg bila pokok dah naik 3-4 inci atau keluar 4 daun.
2. Ia juga salah satu cara untuk halang serangga perosak kacau benih. Dalam masa yang sama kita boleh letak tong semaian ini tengah panas pun tak mengapa.
3. Tanah juga takkan kering, siram sekali masa nak tanam benih. Siram lagi sekali waktu nak pindahkan anak pokok nanti! Sabut kelapa mainkan peranan penting untuk tujuan ini. Selain itu anak pokok juga senang dicabut bile semai menggunakan media ini.
4. Selain itu benih juga akan tumbuh berperingkat, tak tumbuh serentak walau semai banyak dalam tong.
Bagi yang jarang memasak nasi di rumah memang selalu akan berdepan masalah beras dimasuki bubuk. Boleh jadi juga kerana kita tak menggunakan beras dalam tempoh lama kerana tidak duduk di kediaman.
Apa pun sebabnya, bila melihat bubuk atau ulat hitam yang banyak dalam beras memang terasa sayang. Maklumlah beras makanan asasi kita, dah tentu tak sampai hati nak buang.
Bagi yang ada masalah ini mungkin boleh lakukan cara yang dikongsi oleh Nurhasanah Harun.
Ujarnya 6 bulan tinggalkan rumah, beras yang di dapur dipenuhi dengan bubuk. Memandangkan masih banyak dan elok lagi ini cara yang dikongsi untuk mengeluarkan bubuk hitam dari beras serta mengasingkan beras yang rosak dengan yang elok.
1.Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masukkan dalam oven lebih kurang 10 minit biar betul-betul panas semua beras. Bubuk dan ulat yang ada dalam beras akan mati. Kalau tiada oven boleh juga goreng tanpa minyak dalam kuali.
2. Keluarkan beras dari oven biar sejuk dan ayak untuk asingkan bubuk.
Tip asingkan beras rosak dimakan ulat
Macam mana nak tahu beras masih elok? Cuba basuh beras kalau tiada beras yang timbul maknanya beras elok. Kalau ada banyak beras timbul maknanya ia ringan, cuba patahkan kerana di dalamnya ada ulat bubuk. Buang beras yang timbul ini kerana ia dah rosak.
Lagi petua elak bubuk
Dalam pada itu juga netizen turut berkongsi cara lain untuk mengelakkan dan mengeluarkan bubuk dari beras.
Cara paling berkesan, simpan beras dalam peti sejuk
Cara lain adalah jika akan tinggalkan rumah dalam jangka masa lama bungkus beras atau letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini memang berkesan, beras takkan dimasuki bubuk.
Counter island ini memang banyak kegunaan di rumah terutama bagi kediaman yang dapurnya keluasan agak terhad.
Boleh jadi meja makan dan juga tempat simpan barang, pada masa yang sama ia juga boleh jadi pemisah ruang dapur dan ruang makan.
Perabot ini biasanya perlu ditempah untuk ikut kesesuaian rumah dan harganya memang agak mahal. Bagi yang berhajat untuk mengadakan meja ini tapi pada masa yang sama mahu berjimat boleh juga cuba buat sendiri seperti mana yang dilakukan oleh Faiz JoYs.
Nekad buat sendiri sebab kalau tempah ikut saiz kita nak kena RM1500. Buat sendiri kos semua dalam RM500.
Kos macam mahal sebab papan atas guna dari meja makan kayu 20mm. Wife pun happy boleh sumbat oven dan microwave.
Siapa yang nak DIY, ini kayu dan ukuran saya gunakan
https://shope.ee/AUNw2oT7as
15mm
45cm x 100cm (2 keping)
45cm x 90cm ( 1 keping)
45cm x 70cm ( 1 keping)
45cm x 48.5cm ( 2 keping )
45cm x 120cm ( 1 keping )
123cm x 100cm ( 1 keping)
Kayu pine utk tulang atas bawah
45mm x 15mm (4 kaki ) (2btg)
80mm x 15mm (4 kaki ) (2btg)
https://shope.ee/6AEwsA52mY
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...