Rasanya ramai kalangan kita maklum kaum wanita Pantai Timur memang suka berniaga. Pergilah ke pasar-pasar di negeri Cik Siti Wan Kembang ini rata-rata merekalah yang berjualan.
Malah ramai juga ‘mek-mek Kelate’ ini menjadi usahawan berjaya serta terkenal. Namun hebat macam mana pun wanita di negeri ini dalam bisnes, ia belum tentu dapat menjamin kehidupan selesa bila memasuki usia emas.
Sebabnya kita tak mampu menjangka apa yang berlaku pada masa depan. Hari ini mungkin berniaga laris, esok lusa keadaannya kita tak tahu.
Tapi kalau wanita Pantai Timur ini celik ilmu kewangan insya-Allah bila memasuki usia emas kehidupan terus selesa dan tenang. Nah! Ini ilmu kewangan yang perlu dipraktik khas untuk peniaga wanita di sana!
1. Menabung persediaan utama
Jika berhasrat bersara tenang kenalah ada persediaan awal. Paling utama kena buat tabungan. Untung berniaga perlu diasingkan khusus untuk tabungan hari tua. Walaupun sedikit kena ada!
Ikut kajian wanita lebih cenderung mengalami masalah kesihatan pada 10 tahun terakhir kehidupan mereka. Lebih menakutkan menurut satu laporan akhbar, di Kelantan saja lebih separuh daripada rakyatnya yang berusia 18 tahun ke atas menghadapi masalah berat badan dan obesiti.
Seperti yang kita maklum masalah obesiti ini boleh membawa kepada penyakit kritikal iaitu jantung, darah tinggi, kencing manis malah strok.
Ads
Tabungan inilah yang akan kita gunakan jika terpaksa bersara awal dek kerana penyakit ini. Salah satu cara menabung untuk persaraan yang paling berkesan adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
2. Buat simpanan jangka masa pendek dan panjang
Di samping menyimpan di KWSP untuk hari tua, wajib juga buat simpanan jangka masa pendek. Setiap bulan simpan sejumlah wang untuk menghadapi waktu-waktu kecemasan yang tidak kita jangka contohnya kemalangan ataupun masalah keluarga. Simpanan begini boleh saja di buat di mana-mana bank.
3. Rancang strategi kewangan sendiri
Salah satu kesilapan usahawan wanita adalah bila bisnes untung banyak maka banyak juga perbelanjaan untuk perkara yang tak sepatutnya. Kawal nafsu untuk membeli belah walaupun kita mampu ketika itu. Bukan bermakna tidak boleh berbelanja tapi berpada-padalah, berbelanjalah pada perkara yang perlu saja.
4.Strategi kewangan syarikat/perniagaan kena ada
Walau sekecil mana pun perniagaan yang diusahakan mereka hatta jual tudung di pasar malam sekali pun, peniaga wanita perlu rancang strategi kewangan.
Asingkan antara perbelanjaan peribadi dan bisnes, rekod semua perbelanjaan dan juga jualan yang dibuat supaya kewangan sistematik. Kalau ada pekerja sisihkan juga untuk caruman mereka di KWSP. Jangan ingat senang kita di hari tua saja!
5. Awas bila buat pinjaman peribadi
Ketika memulakan bisnes ramai yang membuat pinjaman dengan institusi perbankan sebagai modal atau boleh jadi untuk kembangkan perniagaan. Apa pun tujuannya rancang dan telitikan strategi pembayaran.
Pastikan pinjaman itu selesai dibayar sebelum memasuki usia persaraan supaya dapatlah kita menghabiskan usia emas dengan tenang, bukan masih bertungkus lumus mencari jalan membayar hutang.
Ads
6. Sibuk berniaga, kesihatan jangan lupa
Peniaga wanita Kelantan ini bukan saja usahawan rata-ratanya juga adalah ibu dan isteri yang mempunyai keluarga untuk dijaga.
Ahli keluarga banyak bergantung pada kita, lantaran itu kesihatan diri perlu dititik berat. Walaupun sibuk berniaga sentiasa jaga pemakanan. Ambil makanan kurang lemak dan luangkanlah masa bersenam.
7. Letak penama
Ramai yang terlupa bab ini. Simpanan di KWSP ada banyak begitu juga di bank tapi lupa untuk membuat penamaan atau hibah. Supaya tak berlaku konflik kemudian hari antara ahli keluarga tentang simpanan ini eloklah segerakan perkara urusan ini.
8. Kalau sihat teruslah produktif walau bersara
Ramai wanita terutama mak-mak yang menyasarkan untuk berhenti berniaga atau pun bekerja bila usia dah tua. Nak relaks katanya.
Tapi kalau anak sudah dewasa, kesihatan mengizinkan, badan pun masih bertenaga tak salah untuk meneruskannya. Sekurang-kurangnya pendapatan terus terjamin pada usia tua.
9. Ada lagi…
Apa yang disenaraikan di atas sebenarnya hanyalah sebahagian daripada ilmu kewangan yang wajib diketahui oleh para peniaga-peniaga wanita di Pantai Timur.
Jika dahagakan lebih banyak ilmu silakan hadir di Kempen Celik Kewangan KWSP Pantai Timur yang akan berlangsung 22 September 2018 di Kota Baharu dan 29 September 2018 di Kuala Terengganu.
Tempoh PKP semua anak duduk di rumah. Sebenarnya inilah masa ibu bapa nak ajar anak buat kerja rumah terutama yang masih kecil lagi.
Tapi nak meminta anak sukarela melakukannya memanglah agak sukar. Jadi kena ada cara yang sesuai dan seronok barulah jalan.
Idea daripada Farhana Ibrahim ini boleh digunakan oleh ibu bapa lain.
Selain galak anak buat kerja di rumah walaupun kerana upah, ia juga melatih anak mengira dan juga konsep jual beli. Tak mustahil anak berebut buat kerja rumah sebab nak membeli.
Siapa yang ada anak usia 8 tahun ke bawah boleh praktik cara ni.
Buat kerja – dapat upah – boleh beli
Disebabkan PKP dipanjangkan lagi, maka ummi ambik peluang buka ‘kedai’ dalam rumah ni..
Siapa buat kerja, dapat duit Jutaria (duit monopoli).
Boleh kumpul dan beli di kedai ummi (biskut & jajan).
Tapi setiap anak ada had membeli jgk la especially utk keropok.
Sekadar mencari aktiviti bersama dengan anak-anak. 3 lelaki 1 perempuan.
Dalam depa dok mengulangkaji & buat aktiviti, ummi pun dpt la kurangkan sikit, tugas mengemas rumah kan.
Parent lain pun boleh cuba buat. Stok jajan banyak kat rumah kan!
Ekoran daripada pelbagai kontroversi tanpa henti membabitkan dirinya, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meluahkan perasaannya di instagram.
Banyak ujian hidup termasuk disleksia
saya boleh gila.. saya juga manusia biasa ada perasaan dan hati… sy rasa sunyi…rindu dgn mak,abah,isteri jadi sy pergi tenangkan diri di rumah kl saya…kadang kala say pelik..smuaa org salahkan saya..hidup seorang usahwan yg bernama aliff syukri ni mmg terlalu byk sgt ujian dari dulu sbb saya bodoh tak ada pelajaran dan penyakit deleksia
Bila naik, semua nak menjatuhkan
Dlm bisnes ni kita tak lari dr masalah tax,kastam, pensijilan, kroni politik, PR, saman menyaman, masalah pengguna dan bayangkan sy seorg budak tiada pelajaran nak handle smua ni???sy mengalami dugaan dr awal sy bisnes tiada siapa tolong dan bila dah naik smua org cuba menjatuhkan dari berbagai sudut…
Saya perlu kuat urus 7 bisnes serentak
kalau anda lihat saya skrg, yg indah hanya di luaran di dlm hanya isteri, keluarga dan team kerja sy seramai 500staff bayangkan mcm mana nak strugle kan bisnes kalau sy tak kuat.. sy hanya tidur 2-3jam sekali utk handle 7bisnes serentak bkn shaja dherbs kosmetik jee yg anda lihat.. tpi sy buat byk lagi bisnes mcm @sugeh.resort @romahmakanterlajaklaris (5cawangan kedai makan) @aliff_syukri (jenama tudung dan textile saya) @palacealiffsyukri (kedai perabot dan perhiasan rumah) dewan kahwin dan event @dpinanglaris @as.beautymalaysia bisnes sistem line ..kejayaan tnpa batasan .. mantee saya utk sy didik dlm bsines)
Saya pilih untuk mengalah
bagi saya cara utk memudahkan semua org yg sy pilih mengalah sebb sy tahu, tidak akan selamanya berada di atas, akan berada di bwh jua, tapi smpi bila saya terus di buat begitu dan mengalah, kecaman sy halusi satu persatu dan teliti utk pembaikan, tapi yg heran nya cuba lihat video2 kontroversi lebih byk view drpd video2 produk2 yg saya jual sedangkan beribu produk sy promote tipi kenapa tidak di hebahkn, berjuta saya memberi zakat, buatkan surau, dan apa kabaikan yg saya buat tidak pernah di kongsikan atau viral??..tapi xpe la saya tahu ini mungkin dugaan saya… kerja saya dan itulah punca rezeki saya dan saya yakin Allah sayang saya sbb tu dia menguji hambaya yg kerdil ini..
Netizen puji makan semeja dengan pembantu rumah
Di samping itu, ada satu posting instagram Aliff Syukri yang menarik perhatian netizen. Rata-rata netizen memujinya kerana tidak segan silu makan semeja bersama pembantu rumah atau selalunya dipanggil bibik di negara ini.
Walaupun bergelar jutawan, namun beliau tidak menjarakkan hubungan. Netizen menganggap inilah salah satu sebab mengapa Aliff Syukri tetap murah rezeki.
Melihat pencapaian Yuna atau Yunalis Zarai di Amerika Syarikat buat kita rakyat Malaysia turut berasa bangga. Malah ramai yang menjadikan penyanyi ini sebagai idola mereka.
Tapi di sebalik kejayaan Yuna mencipta nama di sana tak semua yang dilalui oleh penyanyi ini indah belaka.
Tak pernah bercerita tentang suka duka dan keperitannya sebelum ini namun dalam satu status di instagram beliau baru-baru ini Yuna mendedahkan apa yang dilalui sebelum mengecap kejayaan.
Kongsi RM50 dengan krew
Sama seperti kita waktu payah ujar Yuna dia sendiri selang sehari akan makan mi segera bersama nasi dan sardin untuk berjimat. Penyanyi yang pernah berduet dengan Usher untuk lagi crush ini juga pernah terpaksa berkongsi RM50 dengan angggota kumpulannya malah ada juga mereka bekerja secara percuma kerana tidak bayar.
Setiap kejayaan kita tak kira besar atau kecil kita sebenarnya tak mampu melakukannya seorang diri. Pasti ada seseorang yang membantu. Ketika ini saya fikir ramai yang berasa apabila mereka memperoleh suatu kejayaan mereka lakukannya sendiri.
Tapi saya selalu tahu ada orang yang membantu saya ketika saya tak punya apa. Pernah saya terpaksa berkongsi RM50 (USD$15) bersama anggota band dan krew. Ada masanya mereka juga bekerja secara percuma kerana kami tak dibayar.
Semasa awal berhijrah ke LA saya makan mi segera atau nasi bersama sardin selang sehari untuk jimatkan duit kerana perbelanjaan di sana terlalu mahal.
Tapi saya ada rakan yang selalu membantu saya dan memberi saya makanan. Tahu lah kan. Semua perkara ini saya akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih.
Demikian catatan Yuna dalam instagramnya. Yuna baru-baru ini pulang ke Malaysia untuk membuat persembahan dalam acara pembukaan dan penutup Sukan Para Asean KL2017.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...