Simpan RM5, cukup hujung tahun dapat beli emas. Jangan tak percaya memang boleh! Perkara ini sudah dipraktikkan  Chienta Mul’aien II .

Menurutnya dia menyimpan duit RM5 setiap hari dan hasil terkumpul hujung tahun cukup untuk membolehkannya menambah koleksi emas yang juga pelaburan terbaik untuk masa depan.

Caranya boleh ikut perkongsian beliau.

Tip kumpul duit RM5 untuk beli emas hujung tahun

Saya nak share terutama untuk suri rumah. Dari awal kahwin saya didik diri untuk simpan duit RM5. Termasuklah duit belanja atau duit nafkah yang diberi suami.

Setiap kali balik kedai ada saja note RM5 saya akan terus masuk dalam tabung.

Jika mampu boleh juga kumpul duit RM20. Tidak kira berapa baki RM5 pasti akan masuk dalam tabung. Begitu juga jika ada duit hasil berniaga tetap akan masuk dalam tabung juga.

Simpan Duit RM5, Hasilnya Setiap Hujung Tahun Dapat Beli Emas! Begini Caranya
Kena disiplin menyimpan duit setiap hari.

Hasilnya

IKLAN

Cukup setahun hasilnya sangat memuaskan hati. Dan setiap hujung tahun pasti saya akan membeli emas hasil duit simpanan RM5 ini.

Simpan Duit RM5, Hasilnya Setiap Hujung Tahun Dapat Beli Emas! Begini Caranya
Hasil simpanan duit RM5.

Cabarannya

Tidak kisah walau pernah diperli pasangan lain (ketika di kedai emas) yang mengatakan saya korek tabung untuk membeli barangan emas berkenaan.

Saya tidak marah kerana hasil menabung ada juga faedahnya.

IKLAN

Saya tidak malu beli emas menggunakan duit RM5 berkenaan kerana ia hasil dari duit menyimpan saya selama setahun.

Simpan Duit RM5, Hasilnya Setiap Hujung Tahun Dapat Beli Emas! Begini Caranya
Satu kepuasan dalam membeli emas.

Kebaikan lain

Boleh digunakan ketika kecemasan. Pernah berlaku apabila suami kemalangan dan tiada duit dan pilihan terakhir tukar beli emas dengan duit untuk baiki kendereaan yang rosak.

IKLAN

Nilai emas makin lama makin naik dan memang tidak rugi membelinya kerana ia simpanan jangka panjang yang menguntungkan.

Simpan Duit RM5, Hasilnya Setiap Hujung Tahun Dapat Beli Emas! Begini Caranya
Tidak rugi membeli emas.

Jangan Lupa

Tapi janganlah sesekali lupa bayar zakat emas jika sudah cukup kiraannya. Ada kiraan tertentu yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.

Selain itu:  Pokok Terung Berbunga Tapi Asyik Gugur, Tak Jadi Buah. Boleh Guna Teknik Pendebungaan Manual Ini

Artikel berkait:

Simpan Atau Pakai, Zakat Emas Kena Bayar. Ini Cara Kiraannya

Wang Simpanan Dalam Bank Pun Wajib Zakat, Ini Kiraannya

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI