Kalau anda perasan, ketika hamil selalunya wujud garisan hitam di bahagian perut hingga ke ari-ari. Ada sesetengan individu yang risau akan garisan itu yang semakin lama semakin jelas di perutnya, terutama ketika hamil.

Hal ini menyebabkan Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Hj Ahmad mendapat banyak soalan berkaitan dengan garisan hitam ini. Melalui Instagram, Dr Zubaidi menjelaskan sekali gus merungkai persoalan.

Kenapa Perut Wanita Hamil Ada Garisan Hitam?

 

IKLAN

Disebut Linea Nigran

Pagi ini saya mendapat email. Seorang wanita yang hamil begitu risau tentang garisan hitam di perut (abdomen) beliau. Tanda hitam semakin jelas kelihatan setiap hari. Berbanding dengan rakan beliau yang juga hamil, tanda garisan hitam itu tidak begitu ketara.

Sebenarnya tanda garisan begitu disebut sebagai Linea Nigran adalah tanda yang normal, bukan bermakna mengalami apa-apa masalah kesihatan semasa hamil. Jadi jangan risau.

Wanita tak hamil pun ada garisan ni

Garisan ini sebenarnya lebih jelas bagi wanita yang sebelum hamil pun mempunyai garisan ini, cuma mungkin ia tidak berapa jelas. Ia mungkin lebih cerah dan disebut sebagai linea alba.

Ada sesetengah wanita garisan ini tidak kelihatan jelas pun. Garisan ini bermula dari pusat di abdomen sehingga ke tulang ari-ari (public bone). Semasa hamil ia kelihatan lebih gelap. Ia lebih kelihatan apabila seorang wanita menghampiri bulan ke lima usia kehamilan.

IKLAN

Disebabkan perubahan hormon

Tidak diketahui punca sebenarnya garisan ini berlaku. Cuma ada teori yang mengatakan ia disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Pada masa ini melanocyte-stimulating hormone yng dikeluarkan oleh uri (placenta) menyebabkan garisan ini menjadi lebih gelap. Ia juga menyebabkan kawasan di sekitar puting (areolar) menjadi lebih gelap.

Selain itu:  Kalau Namanya Datuk Siti Nurhaliza, Kaki Bengkak Pun Jadi Perhatian. Netizen Beri Komen Lucu, Ramai Kata Kaki Tu Nampak Comel !

Garisan lebih jelas kalau kurang asid folik

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care di India mendapati wanita yang mempunyai garisan kehamilan seperti ini berlaku pada wanita yang mengalami masalah kekurangan asid folik semasa hamil.

Sebenarnya kajian ini memberitahu bahawa kekurangan asid folik bukanlah penyebab masalah ini. Cuma wanita yang mengalami kekurangan asid folik akan menunjukkan garisan kehamilan yang lebih jelas.

Bukan petunjuk jantina bayi

Ia juga bukan sebagai tanda bahawa anak dalam rahem adalah anak lelaki. Jika ia berlaku, ia mungkin hanya kebetulan saja.

IKLAN

Jadi jangan risau dengan garisan ini. Ia adalah normal berlaku semasa hamil. Garisan ini akan semakin hilang apabila selepas melahirkan anak.

Sapukan sedikit minyak kelapa dara (VCO) atau serum vitamin E, garisan ini akan lebih cepat hilang. Pengambilan vitamin E juga membantu mencantikkan kulit selepas melahirkan anak. -Dr Zubaidi Hj Ahmad

 

View this post on Instagram

 

GARISAN DI PERUT SEMASA HAMIL Pagi ini saya mendapat email. Seorang wanita yang hamil begitu risau tentang garisan hitam di perut (abdomen) beliau. Tanda hitam semakin jelas kelihatan setiap hari. Berbanding dengan rakan beliau yang juga hamil, tanda garisan hitam itu tidak begitu ketara. Sebenarnya tanda garisan begitu disebut sebagai Linea Nigran adalah tanda yang normal, bukan bermakna mengalami apa-apa masalah kesihatan semasa hamil. Jadi jangan risau. Garisan ini sebenarnya lebih jelas bagi wanita yang sebelum hamil pun mempunyai garisan ini, cuma mungkin ia tidak berapa jelas. Ia mungkin lebih cerah dan disebut sebagai linea alba. Ada sesetengah wanita garisan ini tidak kelihatan jelas pun. Garisan ini bermula dari pusat di abdomen sehingga ke tulang ari-ari (public bone). Semasa hamil ia kelihatan lebih gelap. Ia lebih kelihatan apabila seorang wanita menghampiri bulan ke lima usia kehamilan. Tidak diketahui punca sebenarnya garisan ini berlaku. Cuma ada teori yang mengatakan ia disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Pada masa ini melanocyte-stimulating hormone yng dikeluarkan oleh uri (placenta) menyebabkan garisan ini menjadi lebih gelap. Ia juga menyebabkan kawasan di sekitar puting (areolar) menjadi lebih gelap. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care di India mendapati wanita yang mempunyai garisan kehamilan seperti ini berlaku pada wanita yang mengalami masalah kekurangan asid folik semasa hamil. Sebenarnya kajian ini memberitahu bahawa kekurangan asid folik bukanlah penyebab masalah ini. Cuma wanita yang mengalami kekurangan asid folik akan menunjukkan garisan kehamilan yang lebih jelas. Ia juga bukan sebagai tanda bahawa anak dalam rahem adalah anak lelaki. Jika ia berlaku, ia mungkin hanya kebetulan saja. Jadi jangan risau dengan garisan ini. Ia adalah normal berlaku semasa hamil. Garisan ini akan semakin hilang apabila selepas melahirkan anak. Sapukan sedikit minyak kelapa dara (VCO) atau serum vitamin E, garisan ini akan lebih cepat hilang. Pengambilan vitamin E juga membantu mencantikkan kulit selepas melahirkan anak. -Dr Zubaidi Hj Ahmad

A post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on

VK pun perasan gak ada garisan macam ni kat perut. Mujur ada penjelasan daripada Dr Zubaidi ni. Hilang segala persoalan. Yalahkan, takut gak kalau bahaya ke, apa ke.

Selain itu:  Perut Macam Hamil 4 Bulan Jadi Tanda, Wanita Ini Kongsi Detik Pilu Dibuang Ovari & Rahim Akibat Cyst

Sumber: Dr Zubaidi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI