Sejak kebelakangan ini, Korea antara destinasi yang dikunjungi ramai rakyat Malaysia. Salah satu sebabnya mungkin kerana harga tiket yang mampu beli dan juga banyak destinasi menarik di negara ini.

Walau kos tiket dapat dikurangkan dengan pembelian promosi dari syarikat penerbangan tapi sampai di sana kita harus bijak berbelanja, maklumlah nilai wang mereka lebih tinggi daripada kita.

Salah satu caranya untuk berjimat di sini adalah dengan mengunjungi tempat tempat percuma. Terima kasih pada Lumira Travel Team yang menyediakan info ini untuk anda yang bakal berkunjung ke Korea. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Korea secara percuma atau free. Kami kongsikan tipini supaya anda dapat jimatkan kos percutian ke Korea.

1. Bucheon Hanok Village

10 Aktiviti Menarik Dan Free Perlu Buat Bila Dah Sampai Di Korea

Untuk bersiar-siar melihat perkampungan hanok ini adalah free. Kita bebas untuk berjalan sekeliling kawasan kampung dan bergambar di hadapan rumah hanok disini tanpa dikenakan bayaran oleh penduduk. Pelancong dinasihati untuk menjaga suara tidak terlalu bising bagi menghormati penduduk di sini kerana setiap rumah berpenghuni. Perkara paling penting adalah menjaga kebersihan. Biasalah kan, perlu jaga adab bila masuk ke tempat orang.

2. Kisah Hangel di Muzium Sejong

 

10 Aktiviti Menarik Dan Free Perlu Buat Bila Dah Sampai Di Korea

Ramai yang tidak tahu, dibawah jalan raya dan dataran Gwanghwamun, ada sebuah muzium yang menceritakan tentang King Sejong, Raja Korea yang mencipta tulisan Korean dipanggil Hangel. Di muzium ini, pelancong dapat belajar dan menulis nama sendiri dalam tulisan Hangel di atas sebuah kertas khas kemudian boleh dibawa pulang sebagai cenderahati tanpa perlu bayar kepada pihak muzium.

3. Upacara pertukaran pengawal di Istana Gyeongbuk

10 Aktiviti Menarik Dan Free Perlu Buat Bila Dah Sampai Di Korea

Upacara perbarisan pertukaran pengawal istana diadakan setiap hari kecuali hari Selasa di Istana Gyeongbuk dan Doksugung. Pelancong yang datang ke sini sentiasa menunggu untuk melihat upacara di hadapan istana kerana ianya percuma. Selain itu, kita dapat bergambar bersama pengawal istana yang lengkap berpakaian pengawal ketika Dinasti Joseon.

IKLAN

4. Pakai Hanbok percuma di Seoul Global Culture Center

10 Aktiviti Menarik Dan Free Perlu Buat Bila Dah Sampai Di Korea

Pernah tak anda tengok gadis Korea yang sangat cantik memakai pakaian tradisi Korea yang dipanggil Hanbok? Anda pun boleh mencubanya di Seoul Global Culture Center yang terletak di bangunan M plaza Myeongdong. Ya, percuma saja. Tapi anda perlu buat tempahan supaya tidak menunggu lama kerana sangat ramai pelancong dari serata dunia ingin mencubanya.

Selain itu:  Kena Halau Waktu Shopping, Sherry Ibrahim Kongsi 4 Perkara Tak Patut Buat Jika Bercuti Di Jepun

Selain di Myeongdong, anda juga boleh memakai hanbok percuma di Istana Doksugung Palace. Memakai pakaian Hanbok di kawasan istana ini lebih seronok. Kita dapat bergambar berlatar belakangkan bangunan istana sambil posing ala-ala gadis sunti Korea di zaman purba Korea.

5. Locks Of Love di Seoul Namsan Tower

10 Aktiviti Menarik Dan Free Perlu Buat Bila Dah Sampai Di Korea

Seoul tower antara lokasi pengambaran banyak drama Korea popular kerana pemandangan kawasan ini yang sangat cantik dan romantik. Disebabkan itu, ramai pasangan yang ‘mengunci’ cinta mereka di pagar di bawah Seoul Tower ini sehinggakan kawasan ini dipanggil Locks of love. Masuk adalah percuma.

Jika anda ingin jimat duit untuk melihat pemandangan bandar Seoul, tak perlu naik ke menara, pergi sahaja ke platform yang disediakan di kawasan Locks of Love dan anda dapat menikmati pemandangan seluruh bandaraya Seoul dari puncak Bukit Namsan.

6. Melawat bangunan western style di Ehwa Womans University

IKLAN

10 Aktiviti Menarik Dan Free Perlu Buat Bila Dah Sampai Di Korea

Ehwa Womans University merupakan universiti khas untuk pelajar perempuan yang terkenal di Seoul. Lokasinya yang terletak di dalam bandar serta seni bina bangunan universiti ini yang ala-ala western country menarik pengunjung untuk datang melawat hanya untuk bergambar. Universiti ini juga dijadikan lokasi pengambaran drama dan Korean variety show seperti Running Man.

Disebabkan universiti ini sentiasa  menerima pelawat, ia dibuka kepada pelancong untuk masuk ke dalam kawasan universiti ini untuk bergambar. Sangat cantik pemandangan di kawasan ini terutamanya pada musim bunga. Cuma, pelawat dilarang untuk masuk ke kawasan-kawasan tertentu kerana dikhuatiri menganggu aktiviti pelajar di sini.

7. Cherry Blossom Festival di Yoido Park dan Seokchon Lake

10 Aktiviti Menarik Dan Free Perlu Buat Bila Dah Sampai Di Korea

Tidak seperti festival-festival yang lain, cherry blossom festival di Korea tidak mengenakan sebarang bayaran untuk tiket masuk. Kita boleh masuk ke kawasan festival yang sering diadakan terutamanya di Yoido Park sebuah taman yang paling besar dan cantik di Seoul. Festival ini hanya berlangsung sekali setahun dan selalunya diadakan pada awal bulan April. Selain Yoido Park, pelancong boleh menikmati pemandangan cherry blossom atau sakura di Seokchon Lake, Seoul.

Selain itu:  Baru 4 Tahun Tapi Maream Dah Boleh Bertutur 3 Bahasa Termasuk Korea, Mak-mak Boleh Ikut Cara Farah Lee Untuk Ajar Anak

8. Korea War Memorial

10 Aktiviti Menarik Dan Free Perlu Buat Bila Dah Sampai Di Korea

Sebelum Korea Selatan menjadi sebuah negara yang maju seperti sekarang, mereka menghadapi beberapa siri peperangan antara Jepun dan Korea Utara. Bagi yang minat dan suka sejarah perang, boleh datang ke sini.

IKLAN

Di Korea War Memorial, terdapat kenderaan perang yang digunakan ketika perang dahulu seperti kapal laut, jet pejuang perang dan kereta kebal. Kita juga dapat tengok senjata-senjata yang digunakan ketika perang dahulu sambil diterangkan sejarah bagaimana perang Korea berlaku.

Terdapat juga sebuah monumen Bom Nuklear besar di kawasan memorial ini sebagai tugu peringatan Korean War dahulu. Korea War memorial ini terletak di daerah Yongsan, station subway terdekat adalah di Samgakji Station line 4.

9. Dongdaemun Design Plaza

10 Aktiviti Menarik Dan Free Perlu Buat Bila Dah Sampai Di Korea

Jika anda ke Dongdaemun, pasti akan terlihat sebuah bangunan pelik yang designnya seolah-olah sebuah UFO. Bangunan ini dipanggil Dongdaemun Design Plaza (DDP) yang menempatkan kedai-kedai, galeri seni dan dewan pameran untuk acara tertentu.

Menariknya di DDP, ada sebuah taman bunga yang dipanggil LED Rose Garden. Taman bunga yang tiada bunga ini sangat istimewa kerana lampu LED dibentuk menjadi bunga rose dan ditanam menjadi sebuah taman. Pemandangan sangat cantik pada waktu senja.

10. Aktiviti tradisi Korea di Incheon International Airport

10 Aktiviti Menarik Dan Free Perlu Buat Bila Dah Sampai Di Korea

Patutlah Incheon Airport ini sentiasa dalam lapangan terbang antarabangsa terbaik dunia kerana macam-macam aktiviti diadakan di dalam lapangan terbang ini. Sebelum pulang, singgah ke Korea Traditional Culture Experience Center di balai berlepas.

Di sini, kita diajar buat kraftangan Korea sendiri seperti keychain dan topeng secara percuma kemudian boleh bawa balik kraftangan tersebut. Bagi yang tak sempat cuba hanbok, boleh pakai secara percuma di sini. Dapat juga bergambar kenangan memakai pakaian Korea sebelum pulang ke tanah air.

Sumber:  Team Lurima Travel http://www.lurimatravel.com

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI