10 Petua Bersih Kulit Kerang Sampai Putih, Isi Pun Jadi Lebih Sedap

Share

Kerang ni ramai peminatnya, sama ada direbus, buat sambal atau rendang semuanya sedap. Cumanya jadi leceh sebab nak bersihkan kulit dari kotoran lumpur atau selut.

Sebenarnya nak bersihkan kulit kerang ni ada banyak cara, tak perlu nak cuci satu-satu pun. Malah ada cara yang akan buatkan isi kerang lebih enak.

Petua mudah bersihkan kulit kerang

Siapa suka makan kerang? Saya sangat-sangat suka makan kerang. Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri kan. Sebelum ni saya gaul ramas gitu banyak kali, buang airnye, ramas lagi dan lagi pastu terus rebus. Rupanya ada banyak cara mudah untuk bersihkan kerang.

Cara 1:
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.Kalo ada serai la kan.

Cara 2:
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.

Foto: Facebook Masak Apa Hari Ni

Cara 3:
Gaul dengan daun ubi. Ramas-ramaskan, tetap bersih jugak.

Cara 4:
Guna daun betik pun boleh putih bersih.

Cara 5:
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih.Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan saja untuk memasak.

Cara 6:
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.

Cara 7:

Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.

Cara 8:
Rendam asam keping pon boleh…dalam setengah jam gitu… putih bersih kerang.

Cara 9:
Rendam kerang guna garam.

Cara 10:
Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16 minit. Cara ni paling best. Saya guna cara ni je.

Sumber: Shida Rahman

IKLAN