Wanita yang mengalami masalah bibir hitam kebiasaannya wajah mereka nampak kusam dan tak berseri jika tak mengenakan gincu.
Paling tak best ada yang melabelkan mereka wanita perokok sedangkan tidak pernah pun merokok. Sudahnya ada yang sentiasa mengenakan gincu untuk melindungi masalah ini, tapi sampai bila?
Perlu juga diketahui masalah bibir hitam ini salah satu penyebabnya adalah pemakaian gincu tapi tak dibersihkan dengan sempurna. Jadi tolak tepi penyelesaian menggunakan alat kosmetik, apa kata kita praktikkan pula petua-petua ini.
Semuanya dari bahan semula jadi yang takkan mendatang mudarat atau kesan sampingan.
1. Madu
Usapkan madu ke bibir setiap hari secara rutin. Biarkan 15 minit, kemudian cuci dengan air suam. Ataupun boleh dibiarkan di bibir sepanjang malam dengan menyapu ke bibir setiap malam sebelum tidur.
Ads
2. Limau nipis
Limau nipis dapat memudarkan warna hitam pada bibir. Siapkan air perahan jeruk nipis sebanyak 2 sudu dan air suam 2 sudu. Campurkan air perahan limau nipis dan air suam. Sapu ke bibir anda dan biarkan 10-15 minit. Bilas menggunakan air suam.
3. Minyak zaitun
Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun. Sapukan campuran minyak zaitun tersebut pada bibir anda. Tunggu dan bilas dengan air bersih.
4. Air mawar
Sapu air mawar pada bibir sebelum hendak tidur. Cara menggunakan air mawar ini dapat dilakukan setiap hari.
5.Tomato
Ambil tomato kemudian sapurkan ia ke bibir secara rutin. Penggunaan secara rutin akan memberikan kesan yang lebih maksima.
Ads
6. Lidah buaya
Ambil gel lidah buaya dan sapu ke bibir. Ingat ye perlu dilakukan secara rutin untuk kesan yang cepat.
7. Kunyit hidup
Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu. Campur sampai rata dan sapu ke bibir selama kurang lebih 5 minit, dan bersihkan dengan air.
Ads
8. Elak dari menjilat bibir
Kebiasaan seperti ini dapat menyebabkan bibir menjadi lebih cepat untuk kering dan terlihat pucat. Hal ini kerana enzyme yang terdapat dalam air liur akan menghakis permukaan bibir. Maka warna bibir yang merah akan memudar.
9. Jauhi kafein dan merokok
Jauhi minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan tinggalkan tabiat suka merokok kerana kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok dapat membuat bibir menjadi hitam.
10. Air masak
Banyakkan minum air masak supaya badan tidak dihidrasi. Ia juga dapat meningkatkan kesihatan kulit dan memerahkan bibir secara semulajadi.
Kalau pergi ke spa, sementara menunggu atau selepas buat rawatan kita biasa dihidang dengan air jamu.
Kadang-kadang macam tiba-tiba terasa minum air jamu ini yang harum berbau rempah dan juga pudina.
Kalau rindu apa kata buat saja sendiri di rumah. Boleh dijadikan amalan kerana ada banyak khasiatnya seperti dikongsi oleh Sarifa Redzuan II
Jamu untuk tenaga & awet muda
Hari ini badan lemau cikgu terus buat jamu ni. Jamu ni sesuai untuk laki perempuan Serta remaja. Lepas minum rasa ringan badan. Sakit kepala berkurang.
Sesuai diminum 1 cawan setiap hari. Bagus ni untuk spa owner yang nak bagi pelanggan minum sebagai welcome drink awak. Bestt tau. Pasti pelanggan teruja nak datang selalu minum.
Aromanya memang superb! Lepas minum paling best burrrpp, burrppp angin keluar. Lega…
Bahan-bahannya
Halia 2 batang serai 1 sudu kecil halba campur 1 sudu Kecil bunga cengkih 1 sudu kecil biji pelaga 2 batang kulit kayu manis 1 sudu kecil bunga lawang 1-2 sudu madu Beberapa helai daun pudina
Cara membuat
1. Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk.
2. Masukkan beberapa helai daun pudina. Rebus dalam 10 minit.
3. Tapis airnya dan masukkan 1 sudu besar madu.
4. Dah siap jamu awet muda yang mampu tambah tenaga. Cuba tau. Sedapp sangat.
Untuk sinus, mandian, stim muka pun boleh
Selain dibuat jamu, air rebusan ini juga untuk redakan masalah sinus.
Untuk sinus air ini perlu di steam muka tu sambil menyedut aroma ni. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.
Lagi satu boleh buat rendaman kaki singkirkan toksin untuk rendaman kaki perlu tambah garam.
Untuk mandian pun boleh. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Pastu tambah la 2-3 cawan garam. Kemudian boleh mandi buat bilasan terakhir.
Nak lagi best, rebus dan steam badan awak tu boleh juga buat bertangas.
Selalunya mentega kita beli saja dan pada masa yang sama akan timbul juga ragu ragu tentang status halal serta tahap kebersihan sewaktu pembuatannya.
Tapi kita tak pernah terfikir pulak untuk buat sendiri. Ya betul mentega pun boleh buat sendiri ya. Untuk yang selalu membaking boleh cuba. Ikut cara yang dikongsi oleh Rapidah Ramli.
Bahan-bahan
250ml Whipped cream/Thickened cream/Heavy cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat). Saya guna jenama Paul’s
Mixer
Air sejuk – campur air batu Garam
Cara membuatnya
1. Pukul (mixed) whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju.
2. Pukul hingga susu terpisah dari pada air. (Macam bila kita terlajak pukul whipped cream jadi cair dan lumpy).
3. Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk masak menu lain pula.
4. Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau butter hingga menjadi kental dan bulat. Kata mudah bubuh air ais, kacau, buang. Bubuh lagi air ais kacau dan buang air, ulang sampai air hampir nak jernih.
5. Dah siap, selepas itu barulah campur dengan garam atau bahan yang kita mahu.
Ini garlic spread yang dihasilkan dari mentega tadi.
TIP
Segala campuran bahan tambahan hendaklah dicampur selepas mentega terjadi dengan eloknya.
Kalau nak buat garlic spread campur saja bawang putih yang dicincang, sedikit garam dan parsley flake.
Makaroni bakar cheese ini antara hidangan kesukaan peminat keju. Dapat pula cheese yang meriah meleleh lagilah sedap.
Cuma selalunya hidangan ini kita makan di kafe, sebab nampak macam susah nak buat. Hakikatnya nak buat makaroni cheese mudah saja kalau ikut perkongsian Jija Mycomel. Lepas ni kita buat sendiri, baru puas makan.
Buat sendiri makaroni bakar cheese meleleh
Bahan-bahan
2 cawan makaroni – rebus
1 tin sos spageti Prego (boleh guna perisa tradisional)
Lada hitam Ajishio
1 labu bawang besar – cincang
3 ulas bawang putih – cincang
1/2 paket daging cincang (nak guna semua pun boleh)
1/2 tin cendawan potong dadu
1 biji lobak merah kecik potong dadu
1/2 biji Capsicum potong dadu
Buah zaitun – jika suka
Cheddar cheese – parut
Cara membuat:
1. Panaskan 3 sudu minyak (nak guna minyak zaitun pun boleh). Tumis bawang & bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan lobak merah dan juga daging cincang kemudian kacau. Letakkan sedikit air untuk empukkan daging dan lobak merah masak dalam 3 minit.
3. Masukkan cendawan, capsicum, buah zaitun (kalau ada) kacau sekejap.
4. Masukkan sos Prego lalu kacau dan masukkan makaroni yang dah rebus.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Garam letak sikit dulu sebab sos Prego dan lada hitam dah ada rasa garam.
6. Kemudian boleh masuk dalam bekas alumunium size 7×7. Boleh dapat 2 bekas. Kalau tiada boleh guna loyang masak kek size 9×9.
7. Seterusnya buat sos putih. Sediakan;
-2 cawan susu segar
-2 sudu besar tepung gandum
-4 sudu besar butter
-Sedikit garam
8. Masak semua bahan dalam periuk hingga creamy lebih kurang 5 minit. Kemudian tuangkan dan ratakan sos putih di atas makaroni.
9. Parutkan chedar cheese kalau suka cheese yang banyak. Lapis dengan cheddar slice di atasnya. Bakar oven 160 selama 20 minit. Siap!