Sajian bakar pun lebih sihat, untuk yang diet atau acah-acah diet juga sesuai. Hari ini VK kongsi tiga resipi panggang, ada ikan, ayam dan daging. Pilih mana suka.

1. Daging Panggang Air Asam

Bahan-bahan:
200gm daging batang pinang
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih


Sedikit daun pudina
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Air Asam:
3 biji cili merah I dikisar
2 biji cili padi l dikisar
1 sudu teh belacan I dikisar
1 biji bawang besar I dihiris halus
1 biji tomato
2 biji cili merah
Sedikit air

Cara memasak:
1. Gaulkan daging bersama kesemua rempah dan biarkan diperap selama 30 minit.
2. Apabila sebati bakar daging pada suhu 170 C sehingga masak. Ketepikan.
3. Untuk penyediaan air asamnya, gaulkan kesemua bahan dan gaulkan rata.
4. Hidangkan bersama daging panggang.

2. Ikan Terubuk Sumbat

Bahan A:
1 ekor ikan terubuk | dibelah belakang dan dibasuh bersih
1/2 biji kelapa parut
1 helai daun kunyit | dihiris halus
3 biji limau kasturi

Bahan B:


1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
12 cili padi
3 biji cili merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2sm kunyit hidup
3 batang serai | dihiris halus
1 kiub pati ikan bilis
1/4 sudu teh gula

Cara memasak:
1. Kisarkan kesemua bahan B sehingga halus kemudian perahkan air limau kasturi.
2. Gaulkan bahan kisar bersama kelapa parut dan juga hirisan daun kunyit rata.
3. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan terubuk yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam.
4. Bungkus ikan di dalam kertas aluminium dan bakar atas api sederhana selama 30 minit.
5. Sedia dinikmati.

3. Ayam Panggang Bersos

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1/2 labu bawang putih I dikisar
2 batang serai I dikisar


1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan madu
Secubit garam

Cara memasak:
1. Campurkan bahan kisar bersama kicap manis, serbuk lada hitam, madu dan juga garam. Gaulkan rata.
2. Lumurkan pada ayam dan biarkan diperap selama 2 jam.
3. Selepas dua jam, panggang ayam pada suhu 180 C selama 20 minit.
4. Lebihan bahan kisar tadi dimasak semula untuk dijadikan sos.

Selamat mencuba!