Ayam goreng berempah ini selalu kita makan dengan nasi kukus. Tapi nak buat sebagai lauk makan dengan nasi biasa pun boleh. Cuma kena tahu cara membuatnya saja.
Nak cuba buat boleh ikut perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad ini. Aroma ayam ini bila digoreng memang buat kita rasa lapar, wangi sangat.
Cara buat ayam goreng berempah
Bahan-bahan
1/2 -1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 btg serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2-3 sdb chili flake
2 sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
1 sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
2 sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
Ads
1-2 sdb tepung beras atau tepung jagung
1-2 inci halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
Cara membuat
1. Satukan bahan dikisar dan semua bahan lain dalam satu bekas. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
Ads
2. Perap dalam 1/2 jam (kalau nak cepat boleh terus goreng).
3. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam menggunakan api yang kuat.
Ads
4. Bila hampir masak, perlahankan api. Bila warna dah menarik boleh lah diangkat. Kaut sekali rempah-rempah yang telah garing. Nanti boleh makan sekali dengan nasi lagi sedap
Nota: Ayam goreng berempah kali ini tak letak lengkuas macam biasa
Sejak pemakaian kasut hitam diperkenalkan di sekolah, harga kasut putih dah makin turun. Di kedai, kita boleh dapat dalam RM10-RM15 sepasang saja.
Waktu harga tengah murah kita boleh ambil peluang hasilkan kasut yang berbeza dan bergaya dari kasut putih ini. Semuanya terletak pada kreativiti!
Macam yang dikongsi oleh Rosmawati Mohd Zuki. Kasut putih dilukis dengan corak yang ringkas tapi cantik. Barulah gaya lain daripada yang lain.
Bahan cuma marker fabrik
Bahan yang digunakan cuma kasut putih dan juga marker khas untuk fabrik ( Unicorn Fabric Marker. Harganya cuma RM12.50 dan ada pelbagai warna.
Jangan bimbang lukisan pada kasut takkan luntur jika dibasuh melakukan dibasuh menggunakan peluntur.
Bagi yang nak mencuba boleh saja guna pakai idea ini tapi hasil lukisan boleh ikut kreativiti sendiri. Boleh jadikan karya Rosmawati sebagai rujukan ya.
Strok atau serangan angin ahmar adalah antara penyakit yang cukup digeruni. Tapi buruknya hampir 15 juta orang di seluruh dunia mengalami strok dan menyedihkan 5 juta orang dari jumlah itu meninggal dunia.
Mereka yang mengalami serangan strok mesti mendapat rawatan yang secepatnya kerana ia akan memberi kesan pada tahap pemulihan pesakit. Malangnya ramai kalangan kita yang tidak tahu bahawa ahli keluarga atau pasangan kita sedang mengalami strok.
Jadi bagaimana sebenarnya kita mengesan simptom strok yang mungkin dialami oleh pasangan atau ahli keluarga kita. Simptom serangan strok sebenarnya boleh dibaca melalui 4 cara atau singkatannnya FAST.
1. Face/wajah– perhatikan keadaan wajah, sekiranya sebelah wajahnya jatuh ia merupakan petanda strok.
2. Arm/ tangan– minta mereka angkat tangan dengan telapak tangan ke atas. Lihat berapa lama boleh bertahan. Jika mereka tak sampai 2-10 saat tangan mereka sudah layu itu menandakan serangan strok.
Ujian ini juga boleh menunjukkan bahagian tubuh yang mengalami serangan strok.
Jika tangan kiri yang lemah dan layu maka otak serangan adalah di sebelah otak kanan.
3. Smile/ speech – Serangan strok boleh dilihat dari senyuman dan pertuturan seseorangan. Sekiranya nampak sebelah mulut jatuh dan pertuturan mereka jadi kurang jelas/sukar bertutur. Itu sebenarnya petanda jelas serangan strok.
4. Time/masa– sekiranya dapat menjangka ahli keluarga ada simpton strok, sebelum melakukan ujian lain terus hubungi ambulans supaya mereka dapat rawatan yang cepat.
Lambat dapat rawatan bermakna lambat juga pemulihan untuk pesakit strok.
Musim durian dah hampir penghujung, sekarang musim cempedak pula. Buah yang satu ni kalau digoreng memang sedap dan nikmat rasanya.
Tapi harganya boleh tahan juga mahal, tambah lagi yang siap digoreng. Ada yang cecah RM1 seketul. Sebab itulah lebih berbaloi beli sendiri dan goreng di rumah.
Bagaimanapun sebelum beli kenalah pandai pilih cempedak yang banyak isi dan manis supaya tak kecewa bila membukanya. Untuk pilih cempedak yang begini ada lima perkara yang perlu kita perhatikan semasa memilih.
1. Perhati mata/duri kulit cempedak
Pilih yang tumpul, besar-besar dan jarang. Itu tanda isi di dalam banyak. Jangan pilih yang mata duri yang tajam dan rapat-rapat, itu bermakna jerami lebih banyak.
2. Tekan kulit
Tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya. Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. Warna kekuningan, tangkai coklat
Cempedak yang sudah masak dan matang warna kuningnya lebih dominan. Elak ambil cempedak yang masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, kerana di dalamnya masih muda. Boleh juga lihat warna tangkainya. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya sudah masak.
4. Bau wangi menyengat
Cempedak yang masih separuh masak pun sudah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang sudah betul-betul masak aromanya lagi menyengat dan wangi.
5. Pilih yang lebih berat
Sebab nak murah, kita pilih cempedak yang kecil atau ringan. Lebih selamat pilih yang berat kerana lebih banyak isi.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...