Kebanyakan kita pakai baju sedondon bila ada majlis tertentu saja, tapi lain pula bagi pasangan dari Jepun Tsuyoshi dan Tomi Seki.
Hampir 38 tahun mendirikan rumah tangga, setiap hari pasangan ini mengenakan baju yang sama.
Itu juga yang menjadi petua pasangan warga emas ini kekal bersama hingga ke hari ini.
Setiap hari juga pasangan ini akan berkongsi OOTD mereka dalam akaun instgram @bonpon511. Keunikan gaya pasangan ini telah menarik ramai pengikut dan kini sudahpun mencecah 751,000.
Melalui satu temuramah dengan Buzzfedd News, kata pasangan ini mereka memulakan gaya sedondon ini apabila melihat persamaan dari segi rambut yang keduanya putih, dipenuhi uban.
Ads
“Memandangkan kami berdua sama-sama berambut putih, kami ambil langkah seterusnya iaitu dengan mengenakan pakaian yang sama pula.”
Melihat stail unik pasangan ini, anaknya membuka akaun instagram untuk merakam gaya ibu bapa mereka yang setiap hari berpakaian sedondon.
Menariknya meskipun usia mereka sudahpun mencecah 60 tahun tapi gaya mereka cukup ranggi.
“Waktu muda dulu, memang rasa agak malu untuk berpakaian sedondon tapi pada usia sekarang tidak lain.
“Kami memilih pakaian berdasarkan apa yang kami rasa setiap hari, kemudian kami akan buat keputusan tentang warna pakaian yang akan dikenakan,”ujar pasangan ini yang sudah bersara sejak Mac 2017.
Seorang suami yang ramai isteri idamkan ialah suami yang memahami dan membahagiakan. Masa mengandung memang macam-macam kehendak isteri yang kadang-kadang tu tak masuk akal. Ini jugalah yang berlaku pada lelaki yang menggunakan akaun facebook Adli Rohaizan. Isterinya, Puteri Nazwa mengidam nak naik bas ekspres dan nak tengok road block.
Isterinya kini sedang mengandung anak pertama mereka. Dan sebagai suami, Adli Rohaizan cuba sedaya upaya untuk memenuhi impian isterinya. Ini cerita Adli Rohaizan dalam facebooknya.
Assalamualaikum Semua ??
Ini Wife Saya. Sedang Menanti Detik2 Untuk Melahirkan Zuriat kami Berdua.
Diakhir2 ni ada 3 “Cabaran Ngidam” yang saya sebagai “lelaki” kena setelkan..
Ketiga2 Ni Bukan semua Boleh Dapatkan Sbb masa semakin hampir.
Tapi Bila Kau Mengaku Laki Kau Kena Sahut.To be honest,dari awal macam2 yang diminta,Macam2 waktu dan masa yg dikatakan tidak kena,Time Nie kau tak boleh marah,kena terima dengan cabaran kadang2 sangat mencabar ?
Jadilah Pelindung dan Pendengar Mereka. Jadi Laki bukan bermaksud kau kena “keras” dengan perempuan.Tegas kena ada tapi bukan semuanya.
Untuk 3 Cabaran nie 1 lagi yang belum selesai,iaitu yang ke-3 ?.
insyallah akan usaha sebaik mungkin,Semoga Allah Memudahkan segalanya amin ??
Dalam facebook yang terkini, nampaknya Adli Rohaizan dah berjaya bawa isterinya pergi makan strawberi salut coklat di Cameron Highland.
Assalamualaikum semua ?
Alhamdulillah permintaan ke-3 telah saya tunaikan.?
Ribuan terima kasih atas segala doa dan ucapan semangat kalian buat saya..
Semoga Allah merahmati kita semua,cerita saya ni mungkin 0.01% Cabaran dan ujian sebagai suami dan isteri yang sedang ngidam.
Buat Suami Diluar Sana,Harap selepas ni kita terus berusaha untuk menjadi yg terbaik buat isteri dan keluarga kita.
You are the man ! Geng! ??
Terima Kasih Allah Atas Kenangan Dan Ujian ini,tanpa ujian/pengorbanan tiada erti sesuatu itu.
Dua tahun mendirikan rumah tangga pasangan selebriti Fizo dan Mawar masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun berkat kesabaran dan usaha rezeki pasangan ini menjelma bila Mei lalu Mawar akhirnya diberitakan hamil.
Bagi membantu kehamilan, Fizo dan Mawar sebenarnya mendapatkan khidmat rawatan daripada pakar sakit puan terkenal Dr. Hamid Arshat. Dan semalam pakar ini telah berkongsi permasalahan yang dialami oleh Mawar hingga menyebabkan usahawan tudung terkenal ini lewat hamil.
Penyebab utama yang dikesan menurut beliau adalah kerana Mawar mengalami masalah endometriosis. Semoga perkongsian berilmu daripada Dr Hamid ini membantu wanita lain yang belum dikurniakan cahaya mata .
Penyakit endometriosis merosak peranakkan. Saluran fallopian boleh tersumbat. Cyst boleh tumbuh dalam ovari. Rahim boleh bengkak dan melekat kepada usus. Tapi dengan rawatan sewajar, masih ada peluang hamil dengan izin Allah
Mawar dan Fizo jumpa saya untuk kali pertama pada 6 hb January 2016 . Mereka telah kahwin selama 2 tahun lebih, tapi belum dikurniakan rezeki zuriat. Mereka jumpa saya untuk perundingan dan rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan.
Apabila saya kaji sejarah Kesihatan Mawar ialah masalah senggugut yang beliau alami sejak zaman remaja.Kesakitan ini ada kalanya sangat teruk dan memerlukan ubat penawar sakit.
Setelah berkahwin, senggugut ini terus mengganggu. Ini satu tanda penyakit dalam peranakkan, khususnya endometriosis. Senggugut tanpa penyakit biasanya akan lenyap dengan sendiri selepas berkahwin.
Tiada gejala atau gangguan lain. Setelah menjalani pemeriksaan dan ultrasound scanning, saya dapati Mawar mengidap penyakit endometriosis , dengan ovarian cyst kanan, rahim bengkak sebab adenomyosis dan rahimnya retroverted.
Setelah berbincang, mereka setuju untuk menjalani pembedahan laparoscopy dan minilap. Pembedahan tersebut yang dilakukan pada 14 hb January 2016.
Penemuan dalam pembedahan amat mengejutkan; endometriosis telah ke peringkat 4, rahim lekat kepada usus dan kedua-dua saluran fallopian tersumbat dan cyst 4 cm pada ovary kanan. Banyak parut-parut dan lekatan akibat penyakit endometriosis.
Dalam pembedahan saya buang cyst, baik pulih kedua saluran fallopian dan rahimnya diperbetulkan daripada retroverted kepada anteverted.
Dengan situasi kerosakkan teruk pada peranakkan, Mawar perlu berusaha keras untuk membaik pulih peranakannya.
Di samping itu haidnya perlu dihentikan untuk 3 bulan atau lebih untuk membantu proses pemulihan. Saya berikan suntikan lucrin sekali yang berkesan selama 3 bulan. Kesannya saperti orang menopause; hormone estrogen disekat sepenuhnya.
Simptom-simptom menopause memang amat dirasai oleh Mawar, khususnya panas badan, gangguan-gangguan emosi dan tidur, lenguh-lenguh sendi dan lain-lain. Fizo pun sering ceritakan hal ini pada saya.
Tempoh ini sangat penting untuk beri peluang kepada peranakkan untuk menjalani proses baik pulih. Di samping itu, Mawar perlu makan bahan-bahan yang berzat dan berkhasiat.
Saya nasihatkan 70% makanannya terdiri dari yang mentah dan segar. Mawar juga diberi supplement multivitamin, vit C, vit E, fish oil Dan calcium.
Saya periksa Mawar setiap 3 bulan dan setahun lepas pembedahan masih lagi belum hamil. Tapi bila saya scan rahim nya normal dan anteverted.
Saya ingin tahu sama ada saluran fallopian yang dulu tersumbat dan telah saya repair sudah pulih atau belum. Pada 27 hb February 2017, Mawar menjalani x-ray HSG.
Alhamdulillah, keputusannya kedua-dua fallopian tube sudah terbuka, hanya ada sikit peritubal adhesion. Saya nasihatkan Mawar dan Fizo jika masih belum hamil dalam tempoh 6 bulan, sebaiknya buat rawatan bayi tabung uji atau IVF.
Alhamdulillah, pada 16hb May Mawar disahkan hamil, lambat haidnya selama 4 hari. LMP 12 hb april 2017.
Empat tahun Fizo Omar dan isteri menunggu zuriat sendiri, semestinya waktu kelahiran bayinya tidak akan dilepaskan.
Menyaksikan sendiri pembedahan untuk melahirkan bayi sulungnya baru-baru ini beliau juga turut berkongsi pengalaman tersebut dengan netizen.
Secara tak langsung bapa-bapa yang bakal temani isteri bersalin terutama secara pembedahan boleh jadikan pengalaman ini sebagai panduan.
Bagi Fizo melihat isterinya Mawar Abdul Karim melalui proses kelahiran adalah satu nikmat dan juga momen magis. Moga bapa-bapa lain juga merasai perasaan yang sama.
Jadi apa yang Fizo lalu selama dalam bilik pembedahan itu? Ini yang dikongsi oleh beliau.
Tak tahu mcm mne aku nk cakap perasaan aku masa tu bila aku lihat sendiri Dr Hamid Arshat dan assistant nya ‘memotong’ perut mawar secara live depan mata aku dan keluar kan zuriat aku dan mawar yang 4 tahun aku menunggu baby ni.
Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh NYA utk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yg agak lama pada aku dan juga pelbagai cabaran untuk mawar nak hamil dulu.Dan aku juga diberi peluang utk masuk ke dalam bilik bedah mengharungi setiap saat getir mawar bertarung nyawa utk melahirkan baby pertama kami.
Percikan darah dan air ketuban yg aku tgk tu mcm tak percaya yg aku boleh masih lg berdiri dan terus melihat ‘magic moment’ tu. Dalam kepala aku bukan la nk memikirkan psl darah atau perut bini aku ‘ditebuk’ tapi yang aku fikirkan dan risaukan adalah bagaimana keadaan anak aku,dan aku tidak sabar nak tengok zuriat aku sendiri.
Ye lah mana tak nya, bukan sahaja 4 tahun aku menunggu, malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri.mempunyai anak adalah salah satu GOAL utama dalam hidup aku.
Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ..Subhanallah aku mcm tak percaya…WEHHHHH..aku dah jadi daddy!!!..itu lah yg bermain di kepala aku.
Aku sampai xde kekuatan utk nk pegang baby tu masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yg nurse sedang buat kat anak aku.Dieorng tepuk tapak kaki n baby terus nangis, lagi kuat baby nangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya ALLAH.. syukur kepada mu ya Allah…
Tibalah saat yg paling aku nantikan….AZAN seorang bapa.
Nanti aku sambung lagi citer aku…
Mawar melahirkan bayi perempuan seberat 2.78 kilogram di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur. Pasangan Fizo dan Mawar sebelum itu melakukan rawatan kesuburan bersama Dr. Hamid Arshat selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...