5 Cara Guna Kembali Produk Kosmetik Yang Dah Expired!

Share

 

Kalau periksa beg mekap ataupun meja solek kita mesti akan ada beberapa barang kosmetik yang sebenarnya dah pun tamat tempoh atau expired.

Kadang-kadang kuantitinya ada banyak lagi tapi disebabkan terlupa, ia tak digunakan sampailah ia tamat tempoh.

Disebabkan sayang nak buang kita pun simpan sajalah. Sebenarnya daripada simpan macam tu saja ada baiknya kita recyle produk kosmetik tamat tempoh ini untuk kegunaan lain pula.

Maskara

Maskara antara produk kecantikan yang tempoh kegunaannya agak singkat. Ia hanya bertahan antara hingga tiga hingga enam bulan selepas dibuka.

Kalau dah lebih waktu itu janganlah diguna untuk elak berlakunya jangkitan. Jadi apa nak buat dengan maskara ni? Botolnya boleh dibuang tapi simpan berusnya. Basuh dan gunakan ia untuk merapikan alis dan juga bulu mata.

Kompak

Pembayang mata, bedak, pemerah pipi atau item kosmetik dalam bentuk kompak yang mempunyai pelbagai warna memang tak selamat digunakan lagi pada wajah bila sudah tamat tempoh.

Tapi ia boleh dijadikan pewarna yang cantik untuk anak-anak terutama untuk hasil seni atau kraf mereka.

Losyen badan atau krim wajah

Walaupun masih ada banyak lagi krim atau losyen dalam botol tapi jangan sesekali gunakan jka sudah melepasi tarikh luputnya. Bahaya untuk kulit.

Tapi ia masih boleh digunakan pada kasut, but, jaket atau beg kulit. Sapukan barang-barang kulit untuk membersihkan dan mengilatkannya.

Toner wajah

Kebanyakan toner untuk wajah mengandungi alkohol dan bahan ini cukup berguna untuk agen pembersihan. Lap pada cermin, tingkap atau pun skrin telefon dan tablet.

Gincu

Jika ada lipstik yang dah lama dalam beg mekap tapi tak digunakan, mungkin boleh pertimbangkan untuk digunakan sebagai lip balm.

Caranya, panaskan lipstik untuk menghilangkan bakteria kemudian campurkan dengan jeli petroleum. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan tunggu sehingga ia kerasa sebelum digunakan.

Sumber

IKLAN