5 jenis Senaman Dalam Rumah Ini Mampu Kecilkan Peha Dalam Masa Sebulan

Share

 

Masalah ramai kaum wanita ketika ini selain berat badan adalah memiliki kaki dan peha yang besar.

Bukan saja buat bentuk badan nampak tak seimbang tapi juga menyukarkan kita mencari seluar terutamanya. Semuanya ketat, tensen kan!

Selain diet, kalau nak cepat kecilkan peha kena juga buat senaman. 5 jenis senaman ini memang terbukti mampu mengecilkan peha dalam tempoh beberapa minggu saja. Cuma luangkan masa satu minit untuk setiap senaman.

1. Hip bridge

Ia bukan saja mampu mengecilkan peha tapi juga kuatkan bahagian perut, kaki dan bahagian belakang.

  • Baring, luruskan tangan.
  • Bengkokkan kaki dan angkat punggung.

2. Lunges

Kalau mahu peha dan kaki yang cantik inilah senamannya. Ia juga boleh kuatkan otot dan bantu keseimbangan. Sangat mudah, dan tak perlu tempat luas. Boleh juga melakukannya dengan dumbell.

  • Berdiri dengan kaki selangkah ke depan.
  • Turunkan tubuh anda hingga lutut kanan pada 90 darjah.
  • Bangun dan ulang pada kaki sebelah lagi.

3. Single leg circle

 Buat sekejap saja tapi kesannya cukup besar dalam usaha mengecilkan peha.

  • Baring, tangan ke lantai.
  • Angkat kaki kanan menghala ke siling kemudian gerakkan kaki mengikut jam dan lawan jam kemudian turunkan.
  • Tukar kaki.

4. Leg lift and hold

  • Baring dan luruskan kaki
  • Kkemudian angkat dan tahan. Jangan angkat bahu.
  • Lakukan pada sebelah lagi kaki.

5. Squat

Senaman ini sangat popular dan diketahui cukup efektif untuk kecilkan peha.

  • Berdiri dan buka kaki.
  • Bengkokkan kaki seakan mencangkung. Kemudian bangun, pastikan bahagian belakang lurus bukanmembongkok.

Dah tahu senaman yang perlu untuk kecilkan peha, jangan hanya baca! Amalkan buat setiap hari, seminit setiap senaman. Untuk lebih jelas boleh ikut video ini.

 

 

IKLAN