Cermin mata bercalar memang tidak menyelesakan kerana menjejaskan pandangan. Sebab itu ramai pengguna kaca mata sanggup menggantikannya dengan yang baru.
Biasanya modal untuk kaca mata baru bukan sedikit. Tapi sebenarnya cermin mata yang bercalar ini tak perlu diganti baru. Ada cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya agar penglihatan anda jelas seperti memakai kaca mata baru.
Ada 6 cara yang boleh anda praktikkan.
1. Baking soda dan air
Ads
Teknik guna baking soda ini paling jimat dan mudah. Campurkan satu sudu besar baking soda dengan satu sudu besar air. Gaulkan dan gosok campuran ini pada cermin mata yang bercalar. Seterusnya basuh dengan air dan lap bersih menggunakan kain mikrofiber.
2.Baking soda dan cuka
Masih menggunakan baking soda tapi kali ini dengan cuka. Untuk menghilangkan calar yang kecil, campurkan satu sudu besar baking soda dengan satu sudu teh cuka. Gaul campuran ini dan gosok pada bahagian cermin yang bercalar. Selepas itu bilas dengan air dan lap dengan tisu lembut.
3. Ubat gigi
Ambil sedikit ubat gigi, menggunakan jari gosok secara membulat pada bahagian cermin mata yang bercalar. Kemudian lap dengan tisu. Sekiranya calar agak dalam, anda mungkin perlu ulang prosedur ini 3 hingga 4 kali.
Ads
4. Cecair pencuci pinggan
Bukan saja menghilangkan kotoran pada cermin mata cecair pencuci pinggan ia juga boleh mengurangkan calar. Cuma gosok bahagian yang kotor dan bercalar dengan cecair ini tanpa mencampurkannya dengan air. Kemudian bilas dengan air dan bersihkan dengan tisu.
5. Wax
Gosok calar dengan wax secara membulat sehingga calar hilang. Kemudian bersihkan lebihan wax dengan kain lembut.
Ads
6. Pengilat kayu dan vaseline
Sembur pengilat kayu pada cermin mata, seterusnya ambil sedikit vaseline dan gosok permukaan cermin. Insya- Allah calar cermin mata semakin berkurangan.
Pokok pegaga memang ulam kegemaran ramai, sebab itu ramai yang tanam pegaga ini di sekitar rumah. Cumanya ada yang menjadi dan ada juga sebaliknya.
Jika pokok pegaga yang ditanam tak hidup subur seperti yang diinginkan tip yang dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob boleh dipraktikkan. Memang geram melihatnya sebab daunnya lebar dah macam sayur sawi.
– Pokok pegaga ini asalnya memang kecil-kecil daunnya, beli di pasar seikat RM2. Memang sedap rangup dan tak pahit.
– Cara tanam cuma pilih pegaga yang dah ada akar dan cucuk ke dalam tanah dan siram.
– Letak pokok pegaga ini di bawah pokok atau kawasan terlindung supaya daun hijau cantik.
– Rahsia daunnya jadi lebar macam sayur sawi cuma air siraman. Siram dengan air basihan ikan yang kita siang. Setiap kali basuh ikan airnya simpan untuk siraman. Itu saja.
INFO: Pegaga ini bukan jenis pegaga gajah kerana waktu beli di pasar memang daunnya kecil. Tapi lepas siram dengan air basuhan ikan, daunnya jadi gemuk dan lebar.
Pernah tak bila nak pergi kerja atau nak keluar kita dah siap-siap pakai baju baru perasan baju tu tiba-tiba jadi melekap pada badan.
Atau pun dah penat-penat gosok tudung tapi bila pakai tak menjadi sebab asyik melekat kesan daripada elektrik statik. Tension kan!
Biasanya itulah kali terakhir kita pakai baju atau tudung sebegini sebelum kita simpan terus dalam almari.
Kalau terjadi ini lakukan 5 tip ini untuk menghilangkan kesan elektrik statik tersebut.
1. Gesel pakaian dengan penyangkut baju jenis besi
Logam ini bertindak menyerap bahan yang menghasilkan elektrik statik itu. Atau boleh juga gosok logam pada kulit sebelum mengenakan pakaian ini terutamanya kain sutera.
2. Selit pin di bahagian dalam pakaian
Pin yang diperbuat dari logam ini akan menyerap elektrik statik yang terhasil dan mencegah kain dari menempel pada kulit.
3. Guna spray rambut
Semburkan penyembur rambut biasa pada pakaian kemudian barulah dipakai. Jaga jarak supaya cairan tidak meninggalkan bekas pada pakaian.
4. Sembur dengan air
Masukkan air dalam bekas penyembur lalu sembur pada bahagian kain yang melekap pada kulit.
5. Lembapkan kulit
Sapu losyen pada bahagian badan di mana pakaian melekap pada kulit. Lembapan ini akan menghilangkan kekeringan kulit yang menyebabkan pakaian melekat.
Cara mencegah
Elektrik statik ini terhasil apabila pakaian bergesel ketika proses membasuh pakaian. Anda boleh mencegah ia terjadi dengan:
Masukkan cuka putih ketika proses membilas pakaian. Elak dari meletakkannya bersama dengan sabun. Cuka putih boleh melembutkan kain dan mencegahnya dari menjadi keras dan kering.
Masukkan kertas aluminium yang dijadikan seperti bebola ke dalam mesin cuci masa membasuh pakaian. Tapi masukkan ia sewaktu baru memulakan cucian, bukan sewaktu pengeringan.
Jika pakaian terkena elektrik statik selepas dikeringkan kemungkinan pakaian ini terlebih kering. Sebaiknya gunakan suhu rendah atau kurangkan waktu pengeringan.
Bagi yang sedang mengamalkan pemakanan sihat atau mahu turunkan berat badan boleh pilih hidangan suhun ini. Berbanding bihun suhun ini lagi rendah kolesterol dan lemak.
Salah satu hidangan suhun yang sedap yang boleh kita sediakan adalah suhun goreng. Cara nak buat pun mudah. Tak perlu kisar bawang cili bagai. Semua potong dan goreng saja tapi rasanya dah cukup sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Naomy Chow.
Cara buat suhun goreng, ringkas tapi sedap sangat
Bahan-bahan
Suhun
Bawang putih dicincang
Udang kering- ditumbuk
Cendawan shitake – dihiris
Kubis panjang -dipotong
Tauge (jika suka) & daun bawang
Telur
Karamel masakan
Kicap cair
Cara membuat:
1. Rendam suhun dengan air paip sehingga lembut & tos.
2. Tumis udang kering, bawang putih hingga naik bau.
3. Pecahkan telur dan kacau.
4. Masukkan kubis panjang dan cendawan. Kacau.
5. Masukkan suhun yang sudah lembut bersama karamel masakan, kicap cair sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul sebati. Jika suhun masih keras ketika menggoreng, renjiskan dengan air dan gaul.
6. Akhir sekali masukkan tauge dan daun bawang. Gaul sebati. Sedia dihidangkan.
Hidangkan suhun goreng dengan cili padi potong dan kicap.