6 Trik Jadikan Anda Hebat Di Dapur

Share

 

 

 

Ada kala kita tidak perasan ada benda yang boleh memudahkan dan menjadikan kerja itu lebih nampak mudah. Untuk menjadi hebat di dapur, anda perlu tahu trik yang tidak diberitahu kepada umum dalam buku.

VK cuba berikan beberapa trik yang pastinya menjadikan anda hebat!

Bawang putih lebih mudah dikupas

Masukkan bawang putih ke dalam mikrowave selama 20 saat. Cuba kupas. Mesti lebih mudah kerana kulitnya sudah meregang daripada bawang itu.

Cara mudah kupas halia

Selalu anda kupas halia gunakan pisau ke? Cuba kali ini tukar gunakan sudu makan. Seretkan sudu makan ke atas halia dan lihatlah kulit halia lebih mudah terkupas dan tidak menghiris halia itu.

Gril ikan tanpa melekat di kuali pemanggang

Apabila memanggang ikan di atas kuali pemanggang, selalunya ikan akan melekat. Jadi letakkan hirisan lemon di atas kuali dan letakkan ikan di atas hirisan lemon itu.

Elak piza kering dipanaskan dalam mikrowave

Letakkan piza di atas pinggan dan masukkan sekali segelas air. Panaskan macam biasa. Piza tidak akan kering sebaliknya lembut walaupun panas.

Elak pedih mata kala kupas bawang merah

Selalu ketika kupas bawang merah, mata kita terasa pedihnya. Cara nak elak perkara ini berlaku adalah masukkan bawang merah ke dalam tempat pembeku di dalam peti sejuk terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas. Tidak lagi memedihkan mata.

Supaya daging tetap berjus lepas dibakar

Ketika membakar daging atas kuali pemanggang, letakkan air ketul. Jadi daging akan masak tetapi tetap berjus. Tidaklah nanti anda makan daging yang kering.

IKLAN