Gemuk lepas bersalin memang rungutan biasa bila wanita sudah bergelar ibu. Tapi bila badan ketara naik dan orang sekeliling mula menegur tak dapat dinafikan boleh tension dibuatnya.
Ini yang berlaku pada pelakon Catriona Ross yang ditegur dan dikritik gemuk seperti sudah beranak ramai sedangkan anak baru seorang.
Teguran itu dianggap memalukan hingga buat dia tertekan malah kemurungan sampai sanggup menarik diri dari dunia seni selama dua tahun.
Namun pada masa yang sama tekanan itu juga membuatkan dia tercabar untuk menurunkan berat badan sekali gus mendapatkan kembali bentuk tubuh seperti zaman anak dara.
Ads
“Dulu berat saya mencecah 75kg, tapi saya berjaya hilangkan 17kg dalam masa lima bulan dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti bersukan dan kawal pemakanan.
“Saya lakukan secara semula jadi tanpa bantuan ubat kurus mahupun pembedahan. Saya buat secara ekstrem termasuk aktif sertai aktiviti mendaki gunung kerana tidak mahu proses menguruskan badan berlaku secara perlahan,” kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.
Menariknya Catriona tak lokek berkongsi pemakanan yang diamalkan dalam usaha menguruskan badan. Ini yang kita nak tahu kan. Berikut tip yang dikongsi dalam akaun instragram miliknya.
“Suami juga bersetuju, bagi kami perancangan keluarga sudah berakhir dan rumah tangga kami bahagia dan cukup meriah,” katanya sambil mengakui fobia untuk melalui proses kehamilan dan menguruskan badan.
Teh adalah minuman yang selalu ada di setiap rumah. Dihasilkan daripada sejenis daun, pengambilan teh ini sudah lama dikaitkan khasiat untuk tubuh termasuklah untuk menguruangkan risiko penyakit jantung.
Kajian juga menunjukkan minum teh banyak memberi manfaat untuk penurunan berat badan dan juga pengurangan lemak pada perut.
Malah ada beberapa jenis teh dilihat sangat berkesan untuk dua tujuan ini. Jadi untuk yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan, jadikan minum 6 jenis teh ini sebagai amalan harian.
Teh hijau adalah salah satu teh yang popular dan dikaitkan dengan pelbagai khasiat. Ia juga antara teh yang sangat efektif untuk menurunkan berat badan kerana kandungan catechin yang tinggi mana merupakan antioksidan semula jadi yang baik untuk meningkatkan metabolisme dan meningkatkan pembakaran lemak terutama di bahagian perut.
Puerh adalah dari keluarga Chinese black tea. Amalan minum teh ini selepas makan akan mengelakkan lemak dari berkumpul seterusnya mengelak kenaikan berat badan. Sebab itu teh yang menenangkan ini dilihat sangat membantu dalam penurunan berat badan
Ia kaya dengan flavonoids yang menyumbang kepada pengurangan berat badan. Ia juga memberi kesan dalam menjaga tahap gula dalam darah.
Ia merupakan teh tradisi China dengan aroma yang wangi. Ia membantu mengurangkan berat badan dengan cara merangsang pembakaran lemak dan mempercepatkan metabolisme. Ia juga mengandungi polyphenols yang bertanggungjawab dalam usaha menurunkan berat badan.
Teh Rooibos adalah teh herba dari Afrika Selatan. Awalnya digunakan untuk tujuan kesihatan namun kini khasiatnya dalam menurunkan berat badan sudah dikenal pasti. Ia mengandungi antioksidan yang membantu menyeimbangkan tahap gula. Ia manis tapi rendah kalori.
Atau dikenali juga sebagai serbuk teh ia adalah berasal dari keluarga teh hijau. Tapi teh matcha lebih berkesan jika mahu menurunkan berat badan. Malah lebih efektif dari teh hijau. Ia mampu menghapuskan toksin, memperbaiki sistem imun selain menghalang penambahan berat badan dengan cara merangsang tahap metabolisme.
Sejak Lisa Surihani, pelakon anak dua berkongsi amalan Intermittent Fasting (IF) untuk menurunkan berat badannya semakin ramai pula yang teruja mahu mengetahui tentang IF ini.
Tapi apa yang ramai tak tahu selain dari mampu menurunkan berat badan IF atau amalan puasa 16 jam ini ada banyak lagi kebaikan kepada tubuh.
Perkara ini didedahkan oleh Dr Siti Juriah atau Dr Jue dalam satu perkongsian video live yang dilakukan baru-baru ini.
Terdapat banyak manfaat IF yang disingkap oleh Dr Jue yang rasanya rugi jika kita tak mengamalkannya dan ia termasuklah mengelakkan kita dari terkena kanser.
Bagi yang tidak tahu secara ringkasnya IF ini adalah kaedah mengatur waktu untuk memberi usus kita rehat minimum selama 16 jam. Bagi umat Islam ia sinonim dengan amalan berpuasa.
16 jam berpuasa, 8 jam lagi adalah waktu yang dibolehkan untuk makan.
Menurut Dr Jue dalam tempoh 16 jam itu kita hanya boleh minum air kosong atau air tanpa gula dan kalori.
Sebagai contoh sekiranya kita mulakan IF pukul 10 malam yakni pada waktu kita mula tidur bermakna kita akan ‘skip’ sarapan dan hanya boleh mula makan pada jam 3 petang.
Dalam tempoh 16 jam puasa itu kita boleh minum air kosong, green tea atau air tanpa gula. Masa untuk IF terpulang pada kita tapi ia haruslah 16 jam.
IF boleh dilakukan seminggu sekali atau selang sehari tapi tak perlu dilakukan setiap hari kerana tubuh akan ‘adjust’ dengan perubahan, jadi apa yang kita harapkan tak terjadi.
Akan tetapi kata Dr Jue, selain daripada untuk menurunkan berat badan IF atau amalan berpuasa ini ada banyak lagi kebaikannya. Berikut adalah penjelasan Dr Jue tentang manfaat IF:
IF boleh beri perubahan kepada fungsi sel, genetik atau hormon. Sewaktu berpuasa ini hormon insulin dalam tubuh kita akan turun. Hormon insulin dalam tubuh perlu rendah sebab ia sesuatu yang tak bagus.
Insulin membawa masuk gula dalam sel yang kemudian menukar karbohidrat jadi gula. Inilah yang akan menyebabkan kita gemuk. kadar insulin yang tinggi akan buat kerosakan pada badan, ia tidak baik kerana ia adalah radang, ia menyebabkan kerosakan saraf pada mata dan salur darah.
Tapi bila berpuasa kadar insulin akan turun dan secara tak langsung radang pun tak bermula, kemasukan gula dalam sel lemak tak berlaku. Jadi tak berlaku kegemukan sebaliknya lemak akan dibakar.
Semasa kita berpuasa, hormon yang turut berubah adalah Human Growth Hormon (HGH). Orang yang gemuk boleh kurus dengan menyuntik HCG dan selain itu hormon ini juga memudakan kita.
Bila kita berpuasa, hormon ini akan meningkat dan saintis sudah membuktikan ia meningkat 5 kali ganda. Kalau tak puasa hormon ini hampir kosong dalam tubuh kita.
Apabila berpuasa badan akan keluarkan hormon ini. Akan berlaku fat burning effect malah akan berlaku juga perkara lain dalam tubuh iaitu pembaharuan sel. Ini bermakna bila berpuasa sel-sel ada proses untuk memperbaharui sel-sel dalam tubuh.
Bila berpuasa tahap metabolisme akan meningkat. Kita gemuk kerana tahap metabolisme rendah. Bila tak puasa kita tak cabar tubuh sendiri jadi metabolisme akan jadi rendah, hormon pula statik dan perkara ini akan meyebabkan kita sakit dan cepat tua.
Sebab itu kita kena puasa, bagi umat Islam kita digalakkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau bagi yang tak kuat semangat boleh lah buat IF, puasa 16 jam yang termasuk waktu kita tidur.
Mereka yang mengidap diabetes jenis 2, dalam tubuh mereka ada banyak ‘insulin resistance’ tapi insulin ini tak boleh digunakan, ia tak boleh berfungsi masukkan gula dalam sel. Jadi gula akan banyak dalam salur darah kerana tak boleh masuk dalam sel.
Gula yang banyak ini akan buat kerosakan pada tubuh. Tapi bila pesakit ini puasa, ia akan kurangkan ‘inslulin resistance’ sekaligus memulihkan penyakit diabetes jenis 2. Mengikut kajian bila kita melakukan IF ini insulin boleh turun sebanyak 20-31 peratus dan tahap gula akan menurun antara 3 hingga 6 peratus. Jadi kena amalkan.
Oxidative stress adalah keadaan di mana jumlah free radikal di dalam tubuh melebihi kapasiti tubuh untuk meneutralkannya. Free radikal ini adalah bahan toksik tak boleh sebabkan kanser
Bila badan ada banyak free radikal atau radikal bebas ia boleh mengganggu DNA yang kemudian boleh berubah menjadi sel-sel yang ada kanser
Tapi bila kita berpuasa ia akan kurangkan oxidative stress dan kajian sudah dibuat tentang perkara ini. Ia boleh dikurangkan dengan puasa. Free radikal akan menurun, radang kurang, DNA tidak akan diusik dan kuranglah kita dapat penyakit.
Puasa juga boleh turunkan tahap kolesterol, LDL, Triglycerides dan kolesterol jahat. Tak perlu makan ubat, cuma puasa saja.
Puasa juga membaiki sel, ia boleh buang bahan kotor dalam sel. Sel rosak dalam tubuh sentiasa ada, macam mana ia akan dibuang? Sel akan rosak pecah dan dimakan oleh sel dalam tubuh kita sendiri. Ini cara pembersihannya yang dinamakan autofaghy dan keadaan ini akan berlaku bila kita puasa.
Bila tiada sel rosak, susah untuk terbentuknya kanser dan ia kurangkan penyakit nyanyuk. Puasa atau IF juga boleh halang kita dari kena penyakit seperti kanser, sakit jantung, strok dan pelbagai lagi penyakit. Semua ini dah dibuat kajian oleh saintis.
IF boleh menjadikan otak bijak kerana sel akan diperbaharui . Sel-sel dalam otak akan tumbuh yang baru. Ingatan akan tajam, bersih dan senang menghafal.
Selain untuk kurus, puasa ada banyak manfaat. Kita dapat kesihatan yang baik dan juga pahala. Dari sudut kesihatan, manfaat puasa itu sudah terbukti dari segi saintifik.
Ia boleh elakkan banyak penyakit. Saya sendiri pernah menggabungkan puasa dengan diet ketogenik iaitu diet tanpa karbohidrat semasa bulan ramadan dengan anak-anak.
Saya dapati anak tak mengantuk lepas sahur, cergas sampai pagi. Takde kompelin, migrain malah sihat.
Inilah the best of fasting jadi sebaiknya amalkan. Seeloknya kita amalkan puasa sunat Isnin Khamis, selain dapat pahala ia juga menyihatkan tapi bagi yang tak kuat semangat bolehlah lakukan IF.
Dengan ketinggian haya 149 cm atau 4″11, penyanyi yang dikenali melalui program Akademi Fantasia, Amylea Azizan mengakui mudah nampak gemuk jika berat badan bertambah. Justeru, untuk tampil lebih anggun, dia berusaha menurunkan berat badannya.
Terdahulu, Amylea pernah berkongsi mengenai berat badannya yang pernah mencapai 61.5 kg. Namun selepas mengamalkan diet yang sangat ketat dalam masa sebulan, dia berjaya turun berat badan kepada 53 kg. Pun begitu, ianya tidak kekal lama kerana beratnya naik kembali hingga mencapai 56.6 kg dalam masa beberapa bulan.
A year ago i shared my weight loss from 61.5kgs to 53kgs within a month via strict dieting. ( im only 149cm/ 4”11) After months from that i gain back from 53kgs to 56.6 kg ( the photo on the left) .
Tidak mahu terus mengalami pertambahan berat badan, Amylea kemudian mendapatkan khidmat jurulatih. Sejak Ogos 2018, Amylea mendapatkan panduan daripada jurulatih dan dia turun 3 kg pada Oktober. Hanya dalam masa dua bulan sahaja. Namun yang lebih menggembirakan penyanyi ini ialah jumlah kurang inci yang nampak ketara.
And from 56.6kg i start working out with my trainer from August, and this is the latest result. In October i only lost about 3kgs. But inches loss is visible and most importantly i feel so much better.
Turun berat badan dan kurang inci pada badan melalui tip yang diajarkan oleh jurulatih nampaknya menggembirakan. Amylea mengakui ini hasil melalui usaha 3 hingga 4 kali seminggu work out di gimnasium, 1 atau 2 kali seminggu bermain badminton dan jaga makan.
Antara yang diamalkan adalah makan salad, minum minuman fibre tiap malam, kurangkan pengambilan gula termasuklah makanan manis. Amylea turut berhenti makan makanan segera. Nasi digantikan dengan capati, tosai, salad dan oat. Minuman pula hanya teh hijau.
Badan rasa ringan , kuat & i feel healthy. Honestly this is a result of gym (3-4x a week) Badminton( 1-2x a week) dan i also jaga makan.. continuously feed myself Salads, drink fibre every night, i cut off sugary & sweet food ( but not totally cuz i also snack on snickers to get energy to work out) Cut off fast food and NASI. Thru out 2-3 months ni, i had so much of capati, tandoori, tosai, salads, oats, GREEN TEA ( every single day). I took care of my sleep ( 6-8hours) so i am able to wake up to do work outs. Sauna & Steam room..
Well the activities quite handful and endless, tapi.. i did not do it all at once, sy increase effort sikit demi sikit, bila dh larat buat yg baru tambah yg baru. Buat sy lebih berdisiplin dan tak pressure. Masa first month i just do work out dan x jaga sgt makan, after 2nd month i dh start jaga and add on badminton, little by little u will do it on your own secara automatik. Thanks to my trainer @hazzaje and of course friends punya support .
So thats my story, diet dulu sampai kurang berat so my knees can take heavy work out, then baru start gym secara focus. I have a long long way to go still. Hope can inspire ppl out there! Happy Monday
P/s: i do have work out short diaries on my highlights.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...