8 Perkara Kena Tahu Sebelum Tebus Subsidi Petrol RON95 30 September Ini

Share

Pemberian subsidi RON95 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sememang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) harga petrol dikurangkan menjadi RM1.99 berbanding dahulunya RM2.05 seliter iaitu pengurangan sebanyak enam sen bermula 30 September ini.

Bagi menikmati kadar subsidi ini, kita hanya perlu pastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah sebelum peralihan kepada BUDI95.

Ini lapan perkara menarik mengenai BUDI95:

1. Semua warganegara yang mempunyai lesen memandu aktif layak menikmati manfaat secara automatik.

2. Siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi adalah sehingga 300 liter sebulan.

Bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

3. Proses ‘penebusan’ mudah dan tiada pendaftaran diperlukan.

4. Pengguna hanya perlu membuat pengesahan menggunakan MyKad untuk urusan membeli RON95 pada harga bersubsidi.

5. Terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga di terminal pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan.

6. Terdapat opsyen digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGo.

7. Tak perlu tunjuk lesen memandu.

8. Program BUDI95 dijalankan secara berperingkat untuk memastikan kelancaran sistem tanpa lonjakan penggunaan yang mendadak:

• 27 September 2025 melibatkan 300,000 anggota tentera dan polis.

• 28 September 2025 kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan golongan B40.

• 30 September 2025, sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad serta lesen memandu aktif.

Sumber: Mstar

Published by
VK