Orang perempuan memang cukup seronok tengok baby kembar. Nampak comel sangat kan malah ramai yang teringin memiliki anak kembar ini. Tapi selalunya pasangan yang ada keturunan kembar lebih tinggi peluang untuk memilikinya.
Pun begitu mereka yang tiada genetik kembar pun ada peluang tapi kena usaha. Perkara ini dikongsi oleh Pakar Sakit Puan terkenal, Dr. Hamid Arshat.
Berikut adalah 8 tip yang boleh diusahakan oleh pasangan suami isteri untuk yang inginkan anak kembar.
Ini adalah kandungan kembar yang berusia 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Ads
Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2% sahaja, keluarga belah ibu dan wanita yang hamil pada umur 40 tahun keatas lebih cenderung untuk hamil anak kembar
1. Orang Asia 1-2%
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
2. Keturunan Kembar Sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.
3. Hamil Umur 40 Tahun Ke Atas
Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.
Ads
Pemakanan, supplemen tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga perlu dititikberatkan.
4. Amalkan supplement Vitamin dan Asid Folik
Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplemen vitamin dan asid folik lebih berpeluang hamil kembar.
5. Makan Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6. Makan Keladi & Ubi
Orang-orang asli Afrika yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
Ads
7. Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10 %. Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI Dan IVF
Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Semoga perkongsian ini berguna dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar!
Rutin pakai deodorant nampak simple saja tapi kalau terlupa memang boleh buat kita akan hilang keyakinan diri atau pun terasa malu nak berjumpa orang.
Biasanya bila dalam keadaan nak cepat kita boleh ‘terskip’ rutin ini. Bila dah terkejar-kejar badan berpeluh mulalah teringat yang sebenarnya kita tak pakai deodarant. Cium ketiak sendiri dan memang dah berbau! Lagi parah hari itu juga kita akan jumpa ramai orang. Aiseymen!
So dalam keadaan macam ni apa yang korang kena buat? Boleh ikut step ini ya.
1. Apa yang korang boleh buat adalah pergi cari hand sanitizer percuma yang ada tergantung di dinding-dinding office atau di tempat awam.
Kalau takde carilah rakan office yang jenis mak-mak sikit. InsyaAllah ada hand sanitizer dalam beg tangan diorang. Minta baik-baik dengan diorang, bukan curi.
2. Pergi tandas, keringkan dengan tisu kemudian sapulah ketiak dengan sanitizer. InsyaAllah, ketiak takkan berbau, paling tidak sampai kita balik rumah nanti.
Kenapa pakai sanitizer
Logiknya pakai sanitizer adalah, kita tahu kan punca bau badan adalah disebabkan bakteria yang terperangkap di celah ketiak. Maka di situlah gunanya sanitizer.
Ia untuk membunuh kuman yang ada di bahagian ini. Dalam masa yang sama dapatlah juga mewangikan ketiak kalau guna sanitizer yang ada pewangi! Bijak kan?
Tip ini boleh kita amalkan kalau travel dan lupa bawa deodorant. Hand sanitizer anak punya pun boleh jadi penyelamat. Nak beli baru tak berbaloi kan!
Remote control sama ada untuk TV, Astro, kipas atau aircond bila dah lama digunakan mulalah tak berfungsi. Kena tekan kuat-kuat barulah jadi, ada juga yang tekan-tekan tak juga jadi. Sampai naik geram dibuatnya. Sudahnya kita beli saja remote baru.
Untuk remote yang bermasalah begini kita sebenarnya kita kena buka dan servis supaya ia berfungsi semula. Caranya pun mudah sangat, boleh DIY. Dikongsi oleh Mamak Mamat ini langkah yang boleh kita buat.
Cara servis remote yang bermasalah, tekan-tekan tak jadi
Sekadar perkongsian ilmu untuk dimanfaatkan bersama. Remote TV, Astro atau apa-apa remote bila dah pakai lama, mula lah kena tekan kuat-kuat baru berfungsi. Ada masanya tekan tekan pun tak berfungsi. Jadi saya share cara untuk kita servis remote supaya kembali ok.
Ini tools yang kita gunakan
1. Screw driver leper yag kecil
2. Putik kapas
3. Nail polish remover
Langkah 1
Gunakan screw driver untuk buka remote dan keluarkan semua bahagian di dalamnya. Ini bahagian dalam remote ya.
Langkah 2
Letak nail polish remover pada putik kapas, bersihkan papan litar remote dengan lembut satu persatu.
Langkah 3
Kemudian cuci pula getah butang tersebut menggunakan cara yang sama.
Inilah kotoran dari remote.
Langkah 4
Akhir sekali pasang semula komponen remote yang dileraikan tadi mengikut aturannya. Siap, remote sedia digunakan dan berfungsi seperti biasa.
Bulan Syawal ini ramai yang buat rumah terbuka atau atau ajak sahabat handai datang ke rumah. Untuk acara begini ada yang pilih untuk masak sendiri hidangan.
Tapi untuk masak sendiri dalam kuantiti banyak bukan semua tahu. Jika salah satu menu adalah mee goreng boleh gunakan resipi perkongsian Nur Ismail. Resipi ini dah ada sukatan untuk 60 orang makan. Jadi boleh ikut saja.
Cara masak mi goreng untuk 60 orang makan
Bahan-bahan:
12 bungkus mi kuning
60 ekor udang sederhana besar
4 bungkus fishcake -potong nipis
2 kilo sawi Cameron -potong kecil
1 kilo kobis -potong kecil
20 keping tauhu -digoreng dan potong kecil
400 gram minyak masak
1/2 kg bawang besar -kisar halus
2 labu bawang putih -kisar halus
400 gm cili giling
400 gm sos tomato
300 gm sos cili
400 gm kicap manis
6 SB kicap pekat
6 SB gula
4 SB garam
12 SB stok ayam
800 gram air
Bahan hiasan
12 biji telur -goreng dadar dan potong halus
RM5 daun sup dan daun bawang -potong halus
1 paket sederhana bawang goreng
Cili merah -dihiris
Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
3. Masukkan cili giling, kacau hingga naik minyak
4. Masukkan air 200gm
5. Masukkan batang sawi, kacau hingga layu
6. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat, gula, garam, stok ayam, air kacau rata.
7. Masukkan udang dan fishcake, kacau rata
8. Masukkan sawi, kobis, mi dan tauhu
10. Kacau lagi dan kaup balik hingga sebati dan masak
INFO
Saya goreng 2 kali jadi semua bahan-bahan dibahagi dua.
Masukkan dalam bekas hias dengan hirisan telur dadar, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...