Ramai yang ada pengalaman beri hutang pada kawan tapi akhirnya tak dibayar. Kadang-kadang terpaksa mengemis minta bayar hutang.
Ada yang terkena berkali-kali keadaan ini kerana sifat tak sampai hati kita.
Supaya tak berlaku lagi situasi begini, kita mungkin boleh ikut saranan dari Azizul Azli Ahmad, penulis buku berkenaan kewangan dan hartanah ini.
Menurut beliau golongan begini boleh kita tolak dari beri hutang.
11 ciri kawan yang kita boleh tolak beri hutang
#TabungHutang
JANGAN BERI HUTANG
Ads
Semua antara kita pernah memberi hutang saya rasa. Walaupun ‘Melayu mudah lupa” tetapi bila orang berhutang dengannya, ia kekal dalam fikiran sampai bila bila, Itu fitrahnya.
Saya beranggapan kita boleh menolak untuk memberi hutang golongan manusia yang ;
Buat sambutan hari jadi anak bertema Frozen atau superhero terkini
2. Ada spoiler pada wiranya lebih tinggi dari kancil kita
3. Masih merokok macam biasa
4. Kekal dengan i-phone 6, sedangkan kita masih guna oppo sahaja
Ads
5. Baju rayanya ada tujuh warna dan sebelas jenama
6. Masih updated FB makan di Secret Recipe
7. Bercuti di hotel bergambar sebelah kolam mandi
8. Buat kenduri mengalah anak menteri
Ads
9. ‘Shopink’ masih ke Sogo, Lazadah dan Pavilion lagi.
10. Tempah baju pengantin yang bergemelapan sana sini.
11. Masih langgan saluran tv berbayar, sedangkan kita cuma tengok TV3.
Mereka gagal tentukan yang mana keperluan yang mana kehendak. Anda punyai hak untuk tidak beri mereka pinjaman.
Jika tidak, mereka akan lupa siapa anda, bila jumpa pastinya mencuka. Anda bukan lagi sahabatnya. Anda membina musuh dengan memberi mereka hutang.
#Tips Hutang
Kika hutang untuk beli barang keperluan, sila pertimbangkan.
Jangan tunaikan 100% permintaan hutang, jika dapat 50% dari permintaan
Beri nilai yang kita anggap akhirnya boleh jadi niat sedekah, jika dia tak bayar. Anggaplah sedekah sahaja.
Ayam goreng seringgit ini antara makanan yang selalu kita jumpa di gerai tepi jalan atau pasar malam. Tapi harga sekarang dah tak RM1, dah jadi RM1.50.
Dipotong kecil supaya sesuai dengan harga tapi rasanya yang ranggup ala-ala ayam KFC buatkan ayam goreng ini memang tak cukup seketul kalau makan. Jadinya elok juga ayam seringgit ini kita belajar buat sendiri.
Caranya dikongsi oleh Afy Al Habibi. Nak buat berniaga pun boleh juga ikut resipi yang diberi.
Buat sendiri ayam goreng seringgit yang rangup
1. Seekor ayam kerat 18. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam ‘kepci’ sebenar.
2. Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung Bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
3. Perap ayam selama lima jam.
4. Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung di bawah dan gaul rata.
– 500 gram tepung bestari asli
– 100 gram tepung gandum
– 100 gram tepung beras
5. Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
6. Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk?
Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata.
7. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Untuk saiz periuk ini cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng.
8. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
9. Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan.
10. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas. Rangup sebab banyak kerak tapi juicy di dalam.
Hidangan berasas petai memang jadi kegemaran ramai. Walaupun harga agak mahal tapi tetap dibeli. Jadi berbaloi juga jika nak tanam sendiri terutama kalau kediaman ada tanah yang luas untuk bercucuk tanam.
Jika ada yang nak cuba tanam boleh praktikkan juga petua yang dikongsi oleh Mayour Garage ini. Dipraktikkan oleh bapanya semasa menanam pokok petai hasilnya saiz buah yang dihasilkan besar-besar dan pokoknya berbuah rendah. Sambil bersila pun boleh petik.
Tip tanam pokok petai, bersila pun boleh petik
Pokok petai bapakku, sambil bersila pun boleh petik.
Petuanya masa pokok baru nak naik dulu bapak akan buang pucuk bahagian atas dengan kaedah pulas.
Tanam kena berjarak dengan pokok lain, supaya pokok tak berebut dengan pokok lain supaya tak meninggi.
Baja guna baja buah la kot, buahnya pun besar-besar.
Nampak kelibat tikus dalam rumah kita memang akan mula risau. Kalau dah ada seekor tak lama lagi memang akan membiak. Kena setelkan cepat.
Memang ada cara mudah guna racun tapi kita pula rasa tak selamat. Tambahan pula kalau tikus mati akan berbau busuk jika tak jumpa bangkainya.
Ada juga yang cadang cara guna daun kari, daun pandan atau daun sirih tapi tak jalan.
Jika langkah di atas dah dicuba, mungkin boleh mempraktikkan cara guna kulit telur dan lada hitam pula untuk hindar haiwan ini dari masuk rumah. Caranya mudah dan murah juga.
Guna kulit telur
Caranya:
1. Basuh dan keringkan kulit telur.
2. Tumbuk atau kisar halus menjadi serbuk.
3. Tabur di penjuru dan sekitar rumah.
4. Selebihnya simpan dalam botol.
Cara ini bukan hanya tikus, malah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur pun tiada.
Tabur lada hitam
Kenal pasti laluan haiwan ini dan tabur saja lada hitam atau serbuk lada hitam di luar kawasan lubang tikus. Cara ini boleh membuatkan hidung tikus terganggu dan membuatkan haiwan ini menjauhi kawasan tersebut.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...