Seronok sungguh rasanya bila rumah yang kita beli akhirnya siap sepenuhnya dan kunci sudah pun berada di tangan. Selalunya memang tak sabar nak masuk rumah baru, kalau boleh nak hias secantik yang boleh.
Tapi sebelum melakukan itu semua, kena ingat ada perkara lain yang perlu dibuat sebaik saja kita menerima kunci rumah baru dan perkara ini sangat penting untuk dipraktikkan.
Berikut adalah perkongsian Dr Azizul Azli yang juga seorang pensyarah dan pakar dalam bidang hartanah tentang apa yang perlu kita lakukan.
Bila dapat kunci rumah baru, buat semakkan segera
1. Bismilllah & azan
Mulakan masuk rumah dengan bacaan bismillah dan lebih baik jika kita boleh berdiri di ruang tamu dan azan menghadap kiblat kali pertama masuk rumah kita.
2. Bawa Masking Tape Besar
Tandakan mana mana kerosakkan dalam rumah dengan ini. Tulis huruf atau nombor atas masking tape sebagai rujukan dalam borang aduan.
Ads
3. Pen Marker Merah
Tulis no guna pen marker ini atas masking tape tadi supaya jelas kontraktor nak datang baiki nanti. Jangan tulis terus atas dinding. Jika nak tulis terus gunakan kapur berwarna, buat bulatan di situ.
4. Bawa Kayu atau Tongkat
Kepingan ceramik yang kosong jika diketuk akan bunyi kosong. Periksa tiles dalam rumah agar dipasang betul agar tidak pecah dimasa depan. Jika bunyi kosong minta dipasang semula, jika kita tak buat aduan sekarang. Tiles yang sama warna tidak akan ada dimasa depan jika pecah.
5. Bawa Kamera Ambil Gambar
Bagi semua tempat yang tanda tadi ambil gambar, cetak dan kepilkan dalam borang aduan. Ia juga sebagai rujukan kita sama ada pemaju baiki atau belum.
Ads
6. Tangga Besi
Jika kecatatan itu tinggi guna tangga untuk panjat dan tandakan.
7. Pita Ukur
Ukur kembali secara rawak ketinggian dan keluasan bukaan. Pernah pemaju bayar ganti rugi rumah dalam perjanjian 20’x70′ , tetapi lepas ukur kediaman hanya 18’7″ bukaan sahaja.
8. Bawa Lampu Suluh
Ada ruang gelap untuk kita masuk dan periksa kerana kita belum pasang lampu lagi.
9. Baldi Air
Buat ujian pergerakkan air dalam kamar mandi, pastikan air bergerak ke lubang air dan tidak membentuk takungan ditempat lain. Isi air penuh baldi dan simbah sahaja.
Siapa saja yang tak suka kek coklat. Anak-anak lagilah. Berbaloi buat di rumah. Tak perlu beli bahan mahal kita boleh ikut kek coklat Azlina Ina Fans.
Bahannya cukup mudah dan murah. Sekali beli boleh buat 2-3 kali kek ini.
Tak perlu ada mixer, cuma kacau pakai senduk jer, tapi hasilnya kek tetap gebu.
Bahan-bahan:
3 biji telur 1 cawan gula (suka manis tambah) 1 cawan minyak 1 cawan 1/2 tepung self rising + 1 sk soda bikarbonat atau kalau takde boleh pakai tepung gandum campur 1 sudu kedil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder(ayak) 1/2 cawan serbuk koko (kalau takde Milo pun boleh 1/4 cawan air panas
Cara membuat:
1. Senang saja penting ade senduk dan besen. Masuk telur dgn gula. Kacau tak payah kembang pun.
2. Masuk minyak kacau sampai sebati.
3. Masuk tepung.
4. Masuk serbuk koko, kacau perlahan-lahan sampai sebati.
5. Masuk air panas, ok dah cair elok.
6. Macam ni rupa adunan kek kita. Masuk loyang saiz. Bakar suhu 170 masa 50 minit atau kukus 40 minit.
Bagi ibu yang bekerja ramai stok sambal frozen ini supaya dapat mudahkan kerja memasak. Sekali buat saja, hari berikutnya cuma panaskan saja dan macam-macam hidangan boleh buat.
Memang senang kerja, tapi satu masalah bila nak buat stok sambal ni, dia punya merecik tu habis dinding dapur kena minyak. Ada juga yang sampai ke lantai. Nak elak kejadian macam ni dan menambah kerja untuk bersihkan dapur kita ikut tip dari Fiza Desa ini.
Sambal confirm tak merecik sampai sudah
Tip masak sambal tak merecik sampai ke sudah. Tip ni akan buat korang tak perlu nak lap-lap dan dapur. Sambal ini saya masak banyak dan frozenkan. Nak masak ambil masa 2 jam juga sebab guna api kecil betul supaya sambal masak dan elok kejadiannya.
1. Kuantiti bahan yang digunakan. Cili perlu direbus dan dikisar berasingan dengan bawang.
2. Mula-mula panaskan minyak secukupnya, tumis masak bawang sampai pecah minyak. Guna api perlahan. Guna penutup periuk.
3. Kemudian masukkan cili, guna api perlahan juga. Saya masuk 2-3 keping asam keping.
4. Bila dah masukkan cili, tutup semula kuali. Pastikan pakai tudung periuk yang berat. Waktu ini bolehlah nak buat kerja rumah yang lain sambil sesekali kacau.
5. Tengok dinding bersihkan, sesekali buka kacau sambal. Kalau tiba-tiba sambal meletup ganas, tutup api kejap dan terus kacau. Waktu ini boleh masukkan garam, gula, gula melaka, gula kabung dan sebagainya.
6. Ok…sambal hampir siap. Minyak kalau rasa banyak sangat, boleh ceduk dan buang. Kita guna banyak minyak supaya sambal masak elok.
7. Dah sejuk, letak dalam bekas macam ni untuk simpan dalam peti ais. Dapat 6 bekas.
8. Frozenkan sambal, bila nak guna keluarkan potong guna pisau waktu beku. Agak-agak banyak mana nak guna, lebih simpan semula.
Sambal ini boleh buat sambal ayam, udang, sambal ikan bilis, mi goreng, kuetiau dan macam-macam. Sambal ini sambal siap masak sempurna dan ada rasa.
Nak guna microwave pun dijamin dah masak. Saya kurangkan masin supaya senang nak sesuaikan rasa dengan sambal yang kita buat. Masak 5-10 minit siap tanpa kotorkan dapur.
Kuih kaswi ini ramai peminatnya, dengan rasa lemak manis dan kelapa parut memang sedap.
Cuma kita tak rajin nak buat kuih ini kerana sangka penyediaannya remeh. Tapi sebenarnya cara buat kuih kaswi ini mudah saja. Memang boleh sangat kita buat.
Dikongsi oleh Mariana Zainal ini cara buat sendiri kuih kaswi gedik.
Buat sendiri kuih kaswi ‘gedik’ yang sedap
Bahan-bahannya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula merah timbang (yang serbuk bukan yang ketul) + 2 sdb gula pasir
4 1/2 cawan air
1 sdt air kapur
Kelapa parut – digaul dengan sedikit garam (kukus 2-3 minit supaya lambat basi)
Cara membuat
1. Panaskan kukusan hingga air mendidih. Sapukan minyak masak dalam loyang saiz 8. Nak cantik boleh letak dalam acuan kecil.
2. Satukan gula merah, gula, air dan masak hingga gula larut. Biarkan suam.
3. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur. Tapiskan air gula yang suam tadi. Kacau sebati dan tapis ke dalam loyang.
4. Kukus selama 30 minit menggunakan api perlahan. Jika ada air bertakung, tuang perlahan-lahan atau buang guna sudu. Kemudian kukus semula guna api besar selama 5 minit untuk keringkan air di permukaan kaswi.
5. Biarkan benar-benar sejuk baru potong guna pisau plastik. Gaul dengan kelapa parut yang sudah digaul dengan sedikit garam.